Assalamualaikum dan hai, maaf lama tak update. Kali ini Insya-Allah saya cuba kembali ke atas track.
Dalam blog post ini, saya nak mengenang kembali perjalanan sepanjang mengejar cita-cita saya sebagai seorang penulis bebas atau freelance writer.
Saya bukanlah nak memperkecilkan diri, namun jujur saya rasa macam cetek lagi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini. Title penulis tu pun semacam holy word for me dan rasa macam realiti dalam mimpi.
Tetapi itulah minat dan cita-cita yang saya tak boleh bohong dengan diri sendiri serta siang malam asyik fikirkan tentangnya.
Tahun 2018
Saya mengikuti kursus jangka pendek di ASWARA dalam bidang digital marketing di bawah tajaan Bank Rakyat.
Semasa kursus, saya paling tertarik dengan topik digital media. Penceramah jemputan pula merupakan seorang co-founder syarikat portal IT terkenal dan berpengaruh di tanah air. Beliau cerita macam mana nak mulakan laman online magazine itu dari scratch dan paling penting bagaimana untuk monetize.
Macam-macam saya tanya beliau tentang dunia portal dan blog sampai beliau tersandar nak jawab tujahan soalan saya. Dari situlah, saya pasakkan minat untuk jadi penulis kandungan.
Tahun 2019
Ini merupakan tahun paling manis buat saya. Namun tak semestinya sempurna.
Sebuah syarikat penerbitan buku yang pernah terkenal di kalangan millennials ambil saya sebagai penulis portal secara freelance untuk rangkaian projek digital mereka.
Bayaran dibuat berdasarkan views artikel. Saya okay kan aje sebab saya dah gatal tangan nak menulis ni. Setiap bulan, beratus ringgit jugalah mereka bayar upah saya. Cukup buat saya yang berstatus pelajar dan tiada komitmen berat-berat. Alhamdulillah.
Awal-awal itu views memang sendu. Walaupun mereka mempunyai ramai followers di media sosial, tidak menjamin ramai yang nak klik pautan artikel itu.
Tapi saya happy je menulis di situ sebab saya tak expect pun ramai nak baca. Jadi saya bebas jadi diri sendiri semasa menukil artikel tanpa gusar fikir apa persepsi orang.
Asyik sekali saya mengetuk story sehingga tak sedar empat jam berlalu.
Dari views puluh-puluh jadi beratus ribu dalam masa 6 bulan-setahun. Memori terindah bila tengok audiens nampak seronok menikmati tulisan saya. Bitcoins pun tak boleh beli perasaan itu.
Tapi langit tak selalu cerah…
Tahun 2020
Rezeki dengan portal rumah penerbitan itu hanya bertahan setahun lebih setelah saya ambil keputusan untuk pause atau stop terus.
Saya dengar mereka banyak isu terutama dari segi kewangan. Ditambah pula Covid-19 melanda.
Upah dua bulan saya pun ditahan hampir setengah tahun. Hubungi penerbit bagaikan nak jumpa perdana menteri, kena buat appointment sebab beliau 24/7 sibuk.
Perasaan saya bercampur baur antara trust issue dengan simpati. Sektor penerbitan ketika itu memang sedang struggle dan bukan semuanya bernasib baik.
Sekiranya saya nak teruskan menulis di situ juga, mungkin saya kena sanggup makan pasir.
Menulis artikel memang membahagiakan namun ia juga menelan banyak masa, tenaga dan emosi.
Setahun lebih jugalah nak move on sebab saya suka sangat menulis dekat situ.
Walaupun jumpa banyak lagi laman portal lain malah yang lebih baik pun ada, hati saya semacam tertinggal di situ.
Makan tahun tau nak kikis emotional attachment itu. Kadang saya buang malu dengan tanya penerbit tu “boleh tak saya nak menulis di portal tu balik?” Walaupun for free.
Beberapa orang nasihatkan saya supaya jangan sampai dimanipulasikan.
Banyak kali saya cuba ikut nasihat mereka dengan cuba menjauhkan diri dari portal tersebut. Ternyata, saya bukan sedih sebab tak dapat duit tapi tak dapat menulis.
Big boss sebenar saya bukanlah penerbit, organisasi itu dan netizen atau mana-mana manusia tetapi stories yang berlari-berlari atas neurons dalam kepala saya minta dihidupkan dalam bentuk tulisan.
Satu perkara saya belajar adalah walau kita nak bekerja dengan seseorang atau sesuatu organisasi secara abadi pun, jangan sampai leka untuk intai peluang lain.
Selepas itu, saya mula buat personal website blog dan join program GLOW PENJANA.
Tahun 2021
Saya cuba tembus pasaran luar negara dengan menggunakan platform Freelancer. Saya pilih niche writing sebab ia seperti sudah bersatu dengan DNA dalam sel-sel tubuh saya.
Pengalaman ini saya cerita panjang dalam artikel-artikel di bawah:
Pengalaman Masuk Program GLOW Bawah MDEC Untuk Jadi Digital Freelancer
Pengalaman Pertama Kali Guna Freelancer.com dan Dibayar Dalam USD
Semangat kembali pulih apabila saya discover banyak sangat tips dan ruang dalam freelance writing ini bila baca reddit, Quora dan medium.com.
Kalau rasa rindu bertandang, saya menulis juga jarang-jarang di portal tahun 2019 itu. Saya masih cuba untuk at least okay dan tidak bakar jambatan dengan penerbit tersebut sebab industri ini kecil sahaja dan pusing-pusing pun muka sama je.
Dalam industri penerbitan dan media ini, connection dan network adalah golden ticket bagi sesiapa yang terjun ke dalam industri ini. Itu cabaran jugalah bagi saya yang malu-malu ni.
Pada masa yang sama saya belajar juga sisi bisnes sebab tak nak jadi starving artist.
Ada juga rasa terhutang budi dekat klien pertama tersebut yang bawa saya masuk ke dunia penulisan seterusnya jadi titik permulaan kepada freelance writing.
Apa pun, saya tetap kena move on.
Masih ingat co-founder dari tahun 2018 yang telah percikkan minat saya pada online writing? Kini saya sedang giat menulis di salah satu rangkaian lamannya yang lebih berfokuskan kepada lifestyle pula.
Kita sama. Ada impostor syndrome. But actually its normal. Orang yang dah berpuluh tahun dalam industri pun masih rasa diri mereka ‘fake’. So keep it going. Do what make u happy. 🙂
Thank you for your kind words :). Tak sangka influencer online business sudi singgah ke blog kecil ini, terima kasih tuan.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Masih mencari-cari juga job menulis untuk mana-mana blog. Ada yang terima cuma bayarannya kadangkala tak setimpal. Terima sebab perlu untuk kelangsungan hidup…bertabahlah…