Hampir seminggu saya berangan nak bela ikan.
Rasa terinspirasi tengok orang berjaya bela, dan pernah terbaca dalam satu artikel ni yang tenung ikan berenang-renang ni satu terapi tau terutama bila tengah stress.
Asalnya nak letak ikan di dalam kolam yang dah berkurun terbiar kosong ni. Gigih cuci kolam sepagi terik masa bulan puasa. Ni nak kena cuci balik sebab keladak bawaan hujan.
Seingat saya, kali terakhir ada ikan dalam tu semasa saya sekolah rendah rasanya. Ikan tilapia yang orang bagi. Tapi bila hujan, ikan-ikan tu melompat keluar dan ada yang riwayatnya berakhir di kuali, jadi lauk makan tengah hari.
Alhamdulillah, angan-angan tu jadi kenyataan bila singgah kejap di kedai pet. Teruja kejap tengok variasi warna warni ikan tengah berenang di dalam akuarium. Aksesori akuarium pun turut dijual.
Kura-kura pun ada juga (masuk dalam bucket list untuk dibela nanti, Insya-Allah). Ada bajet nak set up vivarium pula.
The Guppies
Saya beli enam ekor ikan gapi, sepasang jantan dan betina. Biasanya yang cantik-cantik tu jantan. Dua ringgit seekor.
Saya tukar fikiran untuk mula akuarium lah dulu. Kolam ni macam banyak benda pula nak kena fikir. Kena beli pam, penutup kolam dan sebagainya supaya ikan bahagia duduk situ.
Berapa kos nak set up akuarium kecil ni?
Kos semua sekali akuarium ni dalam RM 107.00
- Akuarium kaca= RM 45
- Anti-klorin= RM 7
- Vitamin= RM 15 lepas diskaun RM 20
- Anti-bacteria= RM 15 lepas diskaun RM 20
- Ikan gapi 6 ekor= RM 12.
- Aksesori akuarium (pasir, batu, pokok hiasan) = tak ingat berapa.
Saya beli yang akuarium kaca anti lumut terus sebab kalau plastik memanglah murah tapi macam cepat kotor dan rosak. Baik beli sekali terus dan guna berkali-kali.
Set up akuarium
Amoi kedai pet tu tunjuk cara-cara nak pasang akuarium dan jaga ikan macam mana.
1. Sebelum penuhkan akuarium dengan air, basuh dulu batu-batu kecil tu, macam basuh beras.
2. Lepas tuang air, letak setitik anti-klorin. Biarkan sejam dulu. Tak apa, ikan-Ikan tahan duduk dalam plastik ni selama 24 jam.
3. Sejam kemudian, letak ikan-ikan ke dalam akuarium dan selamat berbahagia tengok depa berenang-renang.
Selain anti-klorin, penjual tu turut bekalkan vitamin dan ubat anti-bacteria.

Anti-klorin wajib letak setiap kali cuci dan isi air paip (atau coway) ke dalam akuarium. Sebab kalau tak, saya ada google yang ikan tu jatuh sakit nanti.

Manakala vitamin dan ubat antibakteria tu pula sekali seminggu.

Letak makanan pula secubit kecil macam garam.
Puas hatilah bila tengok ikan-ikan berenang ni. Itu cerita hari pertama.
3 hari kemudian
Ikan-Ikan ni dah beranak pinak! Kecil-kecil dan comel-comel anaknya.
Patutlah ikan ni turut digelar ‘Ikan Sejuta’, sebab ia senang beranak.
Tetapi saya asingkan cepat-cepat sebab masa buat research sikit, dikatakan mak pak ikan ni jenis makan anak.
Jangan bagi banyak sangat makanan
Malangnya, ada seekor ikan Guppy dewasa mati. Saya tilik, badannya merah-merah. Bila tanya Dr Google, kemungkinan besar kena racun ammonia /nitrit.
Silap saya, sebab bagi ikan tu makan banyak semalam. Ikan-Ikan tu asyik ternganga cari makan, kesianlah pula tengok. Bagi sekali habis, kali kedua, licin dimakannya. Then bagi kali ketiga. Bimbang depa lapar punya pasal.
Rupanya lebih baik ikan tu ‘berpuasa’ sehari atau berdiet daripada overeating sebab sisa makanan dan najis mereka tu menaikkan lagi paras ammonia yang boleh buat ikan jatuh sakit.
Oleh itu, janganlah ulang kesalahan saya ni. Bagi sekali makan sehari cukup.
Disebabkan tak ada pam oksigen dalam akuarium mini ni, maka memang kerap cucilah. Saya basuh selang 3 hari sekali.
Setakat ni, faedah yang boleh dapat bila bela ikan atau mana-mana ikan ini adalah ia melatih sifat sabar dan cuba jadi orang yang bertanggungjawab.
Guppy ni asalnya nama orang
Berdasarkan sejarah, ikan tropika ini dinamakan sempena nama seorang pengkaji alam berbangsa Inggeris iaitu Robert John Lechmere Guppy ratusan tahun yang lalu.
Pada tahun 1866, R.J.L Guppy jumpa ikan ini. Tertarik dengan bentuk dan warna-warni fizikalnya, beliau hantar spesimen ikan tersebut ke British Museum.
Sekian sahaja perkongsian saya hari ini. Kalau anda nak kongsi pengalaman atau tips dengan ikan guppy, silakan komen di bawah~
Image by Zucky123 from Pixabay
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.