Selepas grad first degree pada tahun 2016, saya pernah meluahkan rasa dalam blogspot lama saya tentang ketidakpastian saya dalam mengatur hidup dan berperang dengan konflik dalaman.
Hari ini saya dilanda persoalan yang sama sesudah hantar tesis untuk sarjana. ‘Apa saya nak buat dalam hidup, nak kerja apa dan how to make a living?’
Sampai bila saya kena bergelut dengan persoalan ini? Macam mana orang lain boleh just follow the flow manakala saya pula selalu rasa nak lari daripada follow the crowd?
I hate doing those dull jobs, bencilah jadi hamba duit dan hidup kalau sekadar hidup, babi hutan pun boleh hidup.
Mengikut hukum baby boomer, sewajibnya lepas grad terus kena kerja gaji 4-5 angka, kumpul duit dan harta banyak-banyak supaya senang hari tua nanti.
Tapi hidup ini tak ada jaminan sebab saya perhatikan walaupun orang ada pengalaman kerja bertahun-tahun, ada yang kena reversed balik, dipecat malah ada yang bekerja sampai ke hujung usia sebab belum capai financial freedom. Paling menakutkan, ada yang bunuh diri sebab hutang bertimbun seperti yang dilaporkan media.
Tahun 2020, dunia diserang virus Covid-19. Habis nyawa melayang dan ekonomi lingkup. Masa ni lah ramai sedar yang kerja 9 to 5 tu pun tak stabil juga. Online business dan IT industri pun meroket naik. Buka social media pun dah macam katalog shopping.
Sinar harapan di hujung lorong tiba apabila salah satu kerjaya yang sedang booming adalah content dan copywriting. Banyak blog, portal dan social media yang nak pakai penulis.
Saya sedang berusaha make a living dengan buat apa yang saya competent dan passionate. I know I’m good at writing. Bukan saja-saja nak angkat bakul sendiri tapi ini memang anugerah Allah yang patut saya yakini dan syukur. Bila menulis, terbit rasa bahagia seakan-akan satu semesta berkomplot dengan saya. Sedar kekuatan, minat dan kelemahan diri ini penting ya untuk cari purpose dalam hidup.
Kata orang, penulisan juga salah satu bidang yang sustain, robot tak boleh ambil alih sebab mereka tak ada emosi macam kita. Jadi, saya rasa tak rugi pun asah skil ini tajam-tajam.
Cuma cabarannya adalah, saya dilema antara passion dan survival. Boleh ke sustain hidup dengan kerja menulis? Lagipun banyak saya dengar keluhan atau rintihan daripada karyawan-karyawan tempatan soal kesusahan hidup mereka. Ada yang nak beli susu anak pun merayu-rayu.
Hal ini buat saya takut dengan bayang-bayang sendiri. Saya takut hidup susah. Saya tak nak jadi starving artist. Jadi saya tak boleh lagi pandang writing dengan 100% passion sebaliknya perlu treat it like a business juga.
Alangkah seronoknya bila dapat cari makan dengan buat apa yang kita suka. Rasa passion itu adakalanya teruji dengan realiti, penat berperang dengan self-doubt, imposter syndrome dan procrastination tapi saya tak nak putus asa.
Saya nak garis peristiwa penting semasa tahun 2016-2020 untuk lihat sejauh mana saya merangkak, bertatih, berjalan dan berlari dalam mengejar impian.
2016
Internship, grad UMT, artikel pertama tersiar.
2017
Translate komik, artikel masuk majalah, kerja kejap di Secret Recipe dan masuk UM buat masters.
2018
Artikel diterbitkan oleh Astro Awani, masuk ASWARA untuk short course digital marketing, interview publishers untuk kajian tesis dan dapat tahu Lejen Press buat portal terbit artikel.
2019
Jadi penulis portal IAmLejen.com.
2020
Stop buat kerja freelance, fokus 199% siapkan tesis, belajar buat website, blog. Get back dengan buku-buku lepas lama tinggal, join kursus project management, dihubungi seorang influencer di twiiter untuk tulis artikel, masuk kelas interpersonal skil dan pengurusan emosi. Join program GLOW under MDEC untuk buat kerja as a digital freelancer.
Entri hujung tahun 2020 ini jadi saksi yang saya sedang dahagakan ilmu pengetahuan, skil, pengalaman dan cuba mendaki tangga karier. Makin banyak belajar, makin rasa bodoh diri ini.
Banyaknya perkara yang saya tak tahu dan tak reti.
How I wish I can tell myself that I just doing fine. Ada juga rasa jauhnya nak jadi penulis ni.
‘Hey, you’re not struggling. You’re growing.’ pujuk suara hati saya.