Pengalaman Buat Sarjana Penerbitan Di Universiti Malaya

Saya ingat-ingat lupa bagaimana saya minta nak masuk Universiti Malaya (UM) ni dulu, sebab dah tiga atau empat tahun berlalu. Seingat saya, buka website rasmi UM, cari bahagian postgraduate dan pilih bidang yang diminati tertera dalam tu kemudian mohon. Cara mohon senang je, tak rumit mana pun, ikut saja steps yang ditunjuk misalnya cara isi butir-butir diri dan dokumen mana yang kita perlu sedia.

Beberapa bulan kemudian, saya dapat tawaran tiga kos yang jenis coursework dan mixed mode dari UM iaitu Masters in Media, Sustainability dan Publishing (penerbitan). Saya memang minta masters jenis itu saja sebab buat apa nak seksa diri dengan full thesis mod research.

Tak silap saya masa bulan Ogos 2017, pihak UM panggil calon postgrad students ini untuk sesi taklimat di dewan utamanya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengesahkan pilihan dalam bidang penerbitan di Jabatan Media dalam mod campuran. Maksudnya, saya kena pergi kelas semasa semester satu. Lepas lulus Sem 1, saya kena buat dissertation. Saya hadap je lah tesis itu sebab nak dekat dengan dunia perbukuan walau ribut petir banjir taufan melanda sekalipun.

Bulan September saya daftar dan dengan rasminya jadi pelajar masters UM. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Staff UM baik-baiklah dan willing to help kalau kita perlukan apa-apa.

Kampus utama universiti tertua di Malaysia ini besar dan berbukit. Boleh bakar ribu-ribu kalori dan nak tercabut skru lutut bila cuba berjalan kelilingnya. Bas disediakan oleh UM untuk pelajar dalam kampus je. Nak makan KFC ke apa ke, cari bas luar.

Untuk tempat tinggal, UM ada sediakan tempat 5% asrama di kolej untuk pelajar postgrad.

Saya tak duduk asrama sebab dah ada rumah family di KL. Sebelum pindah Terengganu, saya dan keluarga pernah duduk situ. Saya berulang-alik naik kereta sepupu merangkap peneman saya di rumah tu/Grab–> LRT–> Bas Rapid–>  Jalan kaki. Sejam juga tu nak sampai. Walaupun kelas start pukul 10 am ke atas, saya memang stay seharian di kampus terutamanya di tempat kegemaran saya iaitu library.

Perpustakaan UM ada empat tingkat dan saya pernah duduk situ sampai malam. Bukan studi pun, sebaliknya duduk baca buku cerita, biografi, sejarah dan buku-buku lama yang kertasnya sudah menguning.

Duduk di celah-celah rak dan dikelilingi buku-buku ini merupakan kenangan manis yang selalu tersimpan dalam kotak memori saya.

Semester 1

Course mate saya tak sampai sepuluh orang dan semua perempuan (tipis harapan nak cari jodoh dekat situ). Jadi kelas kami kecil je dan berlangsung dalam bilik mesyuarat atau bilik komputer. Kelas berlangsung semasa hari bekerja dan kami bersepakat cuba elak weekend. Kelas 5 petang ke atas pun kalau boleh tak nak buat sebab kesesakan trafik di pintu gerbang dan tengah bandar ni like hell jugalah.

Subjek-subjek yang saya belajar adalah:

Writing & Editing

Dalam subjek ini, pelajar diajar macam mana nak edit manuskrip, apa formatnya dan berkenalan dengan kamus paling berguna semasa proses pengeditan.

Seminar of World Publishing

Ini kelas saya paling suka sebab beberapa pemain industri selalu dijemput untuk kongsi mereka punya pengalaman, pendapat dan pengetahuan tentang dunia buku. Assignment yang diberi pun menarik di mana semua orang kena cari publishing house dan interview staff di dalamnya fasal topik buat buku. Dari situlah saya kenal Pak Chong, penerbit dan pemilik kedai buku Gerak Budaya yang tak jauh dari UM. Buku-bukunya banyak yang ber-intelektual, berhaluan kiri dan agak ‘berat’ jugalah.

Entah bila saya berkesempatan lagi untuk berkunjung ke kedai buku indie beliau.

Publishing Project

Sepanjang semester tu, kami perlu buat buku. Ya, dari proses manuskrip mentah, edit, buat layout, reka kulit buku sampailah pencetakan. Insya-Allah, kalau rajin saya cerita dalam post lain cara-cara buat buku sendiri.

Research Methodology

Ini kelas pengenalan untuk buat research dan tesis semasa semester depan. Kami belajar fasal isi kandungan dalam tesis macam Introduction, Literature Review, Methodology, Result, Discussion dan Conclusion. Kalau anda pernah ambil Final Year Project (FYP) masa undergrad dulu, mesti familiar dengan benda alah ni.

Management of Publishing Organisation                

Dalam subjek ni, seingat saya kami belajar fasal segala mak nenek teori dalam management dan organisation, cara pengurusan sesebuah syarikat penerbitan dan paling interesting buat business plan. Lecturer saya cakap, kalau boleh buat business plan itu macam nak buat business betul. Saya dan group buat fasal freelancing yang little did I know, akan berguna dalam kerjaya yang saya tengah cuba create kelak.

Habis Semester 1

Saya bersyukur, tarik nafas lega sebab lulus Sem 1 dengan pointer 3.61. Tak capai empat rata mungkin sebab subjek lain ada yang tak dapat A dan subjek management pun lulus atas pagar. Memang susah nak mati soalan exam dia. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya dah cuba separuh sewel untuk lulus ke semester seterusnya.

Semester 2

Semasa kelas, pensyarah saya selalu cerita yang seniors saya selalu tak habis belajar dan cabut lari masa buat tesis. Sebab itulah mereka nak tukar mod masters publishing studies ini kepada coursework. Untunglah batch selepas saya!

Dulu saya pelik kenapa seniors banyak yang missing in action tiap kali masuk bab tesis, sekarang dah tak pelik sebab saya pun duduk dalam kasut mereka. Buat tesis memang boleh jadi sangat overwhelmed dan terbabas ke laut dalam jurang Mariana bila hilang kawalan diri.

Insya-Allah saya akan karang panjang lebar fasal my survival dalam thesis’s journey dalam next post. Stay tuned!

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

4 thoughts on “Pengalaman Buat Sarjana Penerbitan Di Universiti Malaya”

  1. Helo Ms Zafirah. Saya pun daftar di UM penghujung 2017.
    Dan ambil Mix mode untuk sarjana saya.
    Happy jumpa blog nie dan baca pengalaman anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top