Aku bersetuju dengan ciapan Hazeman Huzir ni sebab Canva banyak berjasa dalam urusan kerja aku, Alhamdulillah.

Siapa Founder Canva?
Dengan izin Allah, Canva banyak mudahkan urusan kerja orang. Namun untuk wujudkan software design yang kini terkenal di seluruh dunia, bukan mudah.
Banyak liku-liku yang dilalui oleh Melanie Perkins, CEO dan confounder Canva ni.
Menurut Forbes, bukan senang dia nak cari pelabur. Startup dia pula berasal nun jauh di benua Australia, bukan Silicon Valley di AS yang merupakan lembah segala bisnes IT.
Tak putus asa, kini Canva boleh bersaing dengan gergasi teknologi seperti Adobe dan Microsoft.
Apa Itu Canva?
Terus terang cakap, Canva adalah sejenis software dan apps yang sesuai untuk orang macam aku yang tak begitu mahir dalam bab design.
Ia menawarkan pelbagai templates grafik, video, audio, gambar dan banyak lagi.
Malah kalau nak buat poster, menu restoran dan ucapan hari perayaan pun boleh. Kat TikTok banyak tutorial dan tips design guna Canva.
Untuk kegunaan individu dan team, Canva ni ada yang free dan ada yang berbayar dipanggil (Canva pro). Pakej-pakej yang ditawarkan anda boleh tengok di sini.
Kenapa Aku Pilih Canva Pro
Sebelum labur my hard earned money, aku baca dulu ulasan tentang Canva Pro ni. Rata-ratanya happy dan kata software ni good investment untuk content creators, freelancer dan small business owner.
Lalu aku pun upgrade ke akaun Canva Pro dan happy sebab setiap sen berbaloi. Aku labur sekitar RM 250 untuk setahun (Trial Pro), Alhamdulillah dapat pulangan ribuan ringgit sebulan menerusi my creative work guna Canva ini.
Semasa jadi content producer dan jaga page FB sebuah company media, aku banyak guna apps ni untuk buat engagement post dan grafik blog.
Templates yang disediakan dalam Canva Pro ini juga unlimited, boleh akses ke gambar dan design yang lawa-lawa untuk kegunaan personal atau bisnes.
Apa yang best, senang je nak buat, boleh ikut cita rasa dan kreativiti sendiri.
Kenapa Canva Pro Sesuai Untuk Usahawan
Sekiranya anda usahawan dan buat sendiri marketing media sosial, boleh guna Canva untuk buat poster dan iklan cantik-cantik.
Gambar dan grafik memang penting untuk tangkap mata dan perhatian orang, itu perkara pertama yang audiens nampak dulu.
Selain boleh automatik schedule di media sosial, Canva Pro turut sediakan brand kit, template invois, kad bisnes dan logo.
Pandangan Peribadi Tentang Canva Pro
Canva memang ada yang free, tapi aku pilih yang Pro sebab nak peace of mind bila boleh guna features dia yang premium tanpa sekatan.
Jenis Canva Pro yang aku guna ni Pro Trial (~RM 250) selama setahun. Manakala harga sebenarnya ~RM 56 sebulan atau ~RM480 setahun. Boleh guna 1-5 orang dalam satu team.
Berbaloi ke tak spend untuk Canva ni terletak kepada keperluan anda. Adakah selalu guna online design platform ni untuk buat bahan marketing? Buat duit menerusi design? Atau kemudahan bisnes?
Sejujurnya aku pun termenung juga bila tengok harga sebenarnya kat sini. Tapi adatlah kat dunia ni kalau nak yang terbaik dan berkualiti memang menuntut harga yang mahal.
Cara Murah Beli Canva Pro
Alternatif bayar Canva pro lain yang aku jumpa adalah di Shopee. Rata-ratanya dalam RM 1-RM5. Contohnya seller yang jual account Canva Pro ni.
Bila baca review seller di Shopee, salah seorang pembeli komen yang mereka hanya perlu bagi emel dan terus dapat invitation.
Bagi yang dapat invitation selepas bayar kat seller shopee ni, aku rasa mereka ni cuma ‘sewa’, memang boleh design tanpa had tapi tetap bukan owner akaun Canva tu.
Owner sebenar boleh tengok apa kita buat/hasil kerja dengan Canva. Dan diaorang ada kuasa untuk remove atau add sesiapa dalam akaun Canva tu.
Untuk jadi owner akaun Canva Pro sebenar, baik beli direct je lah dengan Canva.
