Affiliate Shopee Bersepah Di Internet
Bila buka media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok, ramai betul orang promote produk berserta link shopee. Sampai ada istilah ‘racun shopee’.
Bila kita klik dan beli menerusi link tersebut, mungkin mereka dapat komisen.
Seronok juga tengok orang buat konten pasal barang terutamanya mainan, craft dan hobi. Paling banyak orang buat dan dapat sambutan adalah produk dekorasi dan peralatan rumah, kecantikan, kesihatan dan fesyen.
Cuma saya perhatikan ada juga shopee ambassador atau affiliaters yang kurang beretika dan kejarkan sangat komisen sampai main promote je produk tanpa selidik dulu, jauh sekali beli sendiri dan cuba dulu.
Hal ini tak patutlah lebih-lebih lagi bila melibatkan kesihatan dan keselamatan pengguna. Belum lagi bab cerita rembat konten orang seperti tiru sebiji copywriting dan gambar buat macam dia punya dan letak link, amboiii.
Elakkan terlampau nak untung cepat sampai langgar moral. Tak berbaloi dan lama-lama hilang kredibiliti dan kepercayaan orang.
Ramai begitu tapi bukan semua shopee ambassador dan affiliaters macam tu. Saya terinspirasi baca perkongsian seorang copywriter, Sophie yang ‘bedah siasat’ tentang skill copywriting dia menerusi affiliate di Twitter.
Daftar Affiliate Shopee Tapi Tak Dapat
Terpesona dengan dunia internet marketing dan nak praktis copywriting, saya pun daftar Affiliate Shopee.
Mula-mula saya daftar di Involve Asia atas saranan orang ramai. Namun beberapa hari kemudian saya dapat emel permohonan saya tu ditolak sebab tak cukup syarat khususnya trafik blog dan jumlah audiens.
Bila baca penolakan itu, saya okay je dan just angkat bahu sebab ada beberapa lagi program affiliate lain yang saya join, diterima masuk dan nak kena fokus.
Tapi saya tetap target shopee sebab saya kaki shopping kat situ dan itu antara e-market place paling famous semasa artikel ini ditaip.
Selain Involve Asia, ada satu lagi network affiliate yang sedang meningkat naik dari Jepun iaitu Accesstrade. Saya cuba cari kempen untuk shopee tetapi tidak available dalam senarai.
Apa pun saya happy dengan accesstrade sebab senang nak join, tak banyak cekadak macam Involve Asia, tak ramai tahu dan ada beberapa brand kegemaran saya seperti kinokuniya, canva dan Lazada. Kalau anda nak join juga program affiliate ni, boleh klik sini.
Daftar Dengan Website Shopee Terus
Sebelum ini, Shopee takde buat program affiliate sendiri dan banyak bergantung kepada pihak ketiga seperti Involve Asia.
Kini saya dapat tahu platform e-commerce tu dah ada program affiliate sendiri dan boleh daftar terus dengan mereka tanpa perlu melepasi pihak ketiga lagi.
Apa lagi, saya pun apply laju-laju. Shopee ada 3 jenis program untuk pengguna iaitu Shopee Ambassador, Shopee Affiliate dan Shopee Brands.
Shopee Ambassador setahu saya adalah untuk influencer atau ada ramai followers di social media dan blog. Manakala Shopee Affiliate untuk orang biasa macam kita-kita ni lah.
Shopee Brands pula promote brands atau mall yang ada di Shopee seperti Laneige, Oppo dan Adidas. Komisen ni paling tinggi.
Sekiranya anda pun tercari-cari kat mana nak apply dan daftar affiliate shopee macam saya dulu-dulu, boleh daftar jadi affiliate member kat sini. Guna referral code 3GRSL79
Cara daftar pun tak rumit mana, ikut sahaja arahan mereka yang tertera. Kemudian pihak shopee akan review permohonan tersebut dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.
Bila Dah Berjaya Daftar
Selepas dah berjaya daftar dan diterima, nanti dia bagi dashboard untuk tengok data clicks, conversion dan komisen.
Alhamdulillah dan selamat jadi member affiliate shopee. Tapi our journey tak berhenti kat situ sebab kena belajar juga cara buat affiliate yang betul ni macam mana.
Effort buat affiliate ini Insya-Allah akan diceritakan dari masa ke semasa.
Berdasarkan research, network affiliate marketing yang disebutkan di atas ni legit atau perniagaan yang sah.
Bagaimanapun, anda tetap perlu berhati-hati dengan kegiatan scammer yang menyamar sebagai pekerja Shopee dan tawarkan kerja yang bunyinya lumayan tapi minta duit kita. Hal ini Insya-Allah saya akan kupas dalam entri lain.
Stay tuned!
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.