Pengalaman Pertama Kali Guna Freelancer.com dan Dibayar Dalam USD

Dalam post lepas, saya ada cerita serba sikit pengalaman saya join GLOW PENJANA anjuran MDEC. Ini bukan sponsored content atau promote berbayar program tu ya, tapi sekadar nak share pengalaman saya.

Manalah tahu, ada sesiapa yang tengah Google fasal program ini, berminat nak jadi freelancer atau nak buat side-hustle lalu terjumpa coretan saya ni.

Tiada apa yang saya harapkan melainkan anda semua dapat manfaat daripada setiap penulisan dan buah fikiran saya, dan juga keredaan-Nya.

Semasa program itu, saya berkenalan dengan salah sebuah crowdsourcing platform dan job boards terbesar di dunia dari Australia iaitu Freelancer.com.

Ketika training, kami peserta program ini belajar macam mana cara nak buat profile, misalnya letak gambar, tulis profesional summary dan buat portfolio.

Selain itu, kami turut diajar macam mana nak cari kerja, elak scammer, cara urusan transaksi luar negara dan tulis proposal untuk bidding projek.

Sekiranya MDEC buka lagi program macam ni, join je sebab tak rugi apa pun, semua free ditanggung beres dan siap diberi elaun.

Cuma mungkin menuntut komitmen, masa dan tenaga yang bagi saya berbaloi jugalah bila niat nak labur untuk menuntut ilmu dan serius nak jadi freelancer.

Dalam program itu, saya tunjukkan kesungguhan nak belajar dan kaut ilmu sebanyak-banyaknya daripada mentor sebab saya betul-betul nak cari makan dengan menulis sebagaimana saya perlukan oksigen di atas muka bumi ini.

Saya juga sudah give up dengan 9 to 5 job terutama dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, dengan bahayanya Covid-19, tak beranilah nak cari kerja di KL yang termasuk dalam ‘red zone’ saat artikel ini ditulis.

Lagipun banyak majikan yang dah tak mampu nak tanggung overhead cost terutama bayar gaji pekerja jadi ada sesetengah upah lah freelancer (pekerja bebas) yang tak terikat dengan syarikat.

Persaingan mencari kerja pun sangat sengit lalu saya opt for jalan yang tak ramai sangat tahu atau kurang popular, iaitu freelancing.

Pengalaman Job Searching & Project Bidding

Selepas habis training, para peserta dipersilakan untuk mula cari kerja dan bid projek dalam platform Freelancer.com itu.

Lepas habis training dan kena bid, saya mengaku yang saya takut nak bid sebenarnya. Rasa overwhelmed bila tengok banyak kerja yang baru bagi saya, tak biasa buat sebelum ni dan kena tulis dalam bahasa Inggeris.

Tapi rasa terhibur pun ada sebab jumpa projek yang unik-unik seperti berikut:

  • Projek genealogy- disuruh research tentang nenek moyang keturunan
  • Teman speaking English untuk beberapa jam
  • Virtual assistant dari Australia ke Malaysia
  • Buat esei fasal manusia nak pergi Marikh
  • Artikel blog fasal cinta
  • Dan banyak lagi

Masa dan tenaga macam banyak habis dekat baca job description daripada bid 😂. Itu yang lama sangat nak bid itu.

Kadang saya masuk contest yang dianjurkan dalam itu, kalau menang dapat $$$. Tapi setakat ini saya tak pernah menang lagi lah. Tapi tak apa sebab hasil kerja tu boleh simpan dalam portfolio.

Tapi bidding ni wajib sebab nak rekod dekat e-file yang sudah disediakan oleh pihak MDEC untuk claim elaun nanti.

Proposal bid ni macam cover letter je sebenarnya untuk ‘jual diri’ kenapa kita orang paling layak dapat projek tersebut.

Akhirnya saya tapis dan tukar strategi dengan ikut nasihat mentor masa training untuk fokus mastering satu skill yang betul-betul yakin nak buat je dulu.

Lalu saya pun kecilkan lagi skop dalam job search. Oleh sebab saya minat penulisan, terutama blog, so fokus situ je dulu.

Untuk pengetahuan anda, blog zaman sekarang ini bukan lagi untuk sekadar hobi mengisi masa lapang tetapi juga dah jadi satu karier dan ruang perniagaan yang menguntungkan. Di Malaysia, mungkin sedang merangkak naik manakala di US dan negara lain pula tengah boom.

Mana-mana kerja lain yang menarik, saya copy paste job description dia dan simpan dalam satu fail, sebagai case study lah kononnya.

Kalau rajin, cuba buat apa yang klien tu nak walaupun tak dapat job tu, hanya sebagai latihan. Hasilnya boleh jadi sample work kalau klien minta. Practice or mock job ni berguna naikkan keyakinan kita untuk buat kerja.

Then saya keeps bidding, stay calm dan tak expect apa-apa sebab sedar yang it’s very fierce, competitive dan tough job market. Yang penting bid, (sebab nak submit report claim dekat MDEC)

Cara bid saya ikut apa yang mentor-mentor ajar contohnya greeting (Hello, Hi), salin balik masalah klien tu dan offer solution dekat mana boleh bantu dia. Jujur dan jadi diri sendiri je lah. Bila tulis dari hati Insya-Allah sampai juga ke hati dia.

Selain dengar cakap mentor-mentor, saya buat homework lebih sikit dengan google ‘How to make a killer proposal/bid’ untuk tembak job yang saya berkenan. Memang banyak tips/tricks dekat situ and anda boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan diri anda.

Klien Pertama

Sebulan kemudian, dengan izin Allah, saya berjaya dapat projek dan apa yang paling mahal sekali adalah memenangi kepercayaan seorang klien Perancis yang tinggal di Peru. Beliau buat bisnes online courses bahasa Perancis untuk non-native speaker.

Lepas tanya pendapat mentor, dan bincang dengan klien tentang payment, time frame dan job scope, maka saya pun terima projek penulisan blog untuk website beliau.

Bermulalah episod pertama saya sebagai ‘freelancer’ dalam freelancer dotcom.

Projek Berlangsung

Secara peribadinya, saya enjoy tulis artikel blog itu. Mungkin sebab jiwa saya memang ke arah bahasa, pendidikan, suka explore tentang negara-negara dan budaya. Lagipun saya pun sebenarnya dah lama teringin nak belajar bahasa Perancis. Bonjour, Salut, Merci, Je, Vous, Francais.

Apa yang penting di sini adalah tahu end-goal kita dan klien tu. Saya take note apa yang klien nak, dan buat seperti yang disuruh.

Kalau tak faham or tak pasti, clarify dulu dengan klien untuk elak salah buat.

Kalau boleh selalu update progress kita dekat dia.

Kalau saya, saya cuba buat yang terbaik bukan saja sebab fikirkan reputasi diri, tetapi juga sebab bawa bendera Malaysia dalam tu. Tak naklah orang asing cop orang Malaysia tak kompeten atau perangai tak elok. It will affect all of us lah.

Jangan risau, klien itu pun manusia biasa juga dan okay je kalau cakap baik-baik dengan dia.

Itu klien yang jenis okay, kalau yang psycho saya tak pasti dan semoga kita semua dijauhkan daripadanya.

Bekerja dengan klien dari benua dan zon masa lain ini merupakan suatu pengalaman baru bagi saya. Tak dinafikan kitaran tidur saya agak terganggu dan asyik terkejut dapat mesej dari klien pukul 3 pagi. Tapi sekarang dah biasa dah, Alhamdulillah.

Dapat Bayaran dan 5-Star Review Pertama

Selepas siapkan kerja dan klien berpuas hati, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba iaitu payment released and I’ve got my first five-star review! Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.

Review ini penting jugalah untuk bina reputasi dan naikkan ranking dalam algorithm Freelancer dot com itu. That’s why orang kejar sangat benda ni dan nak dapatkan even satu single job ini bukan mudah. Saya pun lepas sebulan daftar ni baru dapat, dengan izin Allah.

Bayaran pertama yang dapat adalah USD $10 per article. Yeah, I know. Mungkin bagi sesetengah orang nilainya itu agak menyedihkan dan tak padan dengan masa, usaha dan sebagainya.

Tapi nak buat macam mana, ia seakan dah jadi salah satu ‘rules’ dalam arena ini untuk tak cerewet sangat dengan harga terutama kalau level beginner walaupun kita rasa kita ni ‘worth more’.

Kalau nak kupas lebih banyak bawang tentang bayaran ‘peanuts’ dalam industri ini memang kena buat post lainlah sebab panjang ceritanya.

Bila dah banyak pengalaman, mahir dalam skil tertentu, bina clientele base, kerja berkualiti dan ada reputasi barulah rate boleh slow-slow naik selayaknya yang kita dapat.

Saya pun sering pujuk hati ini supaya bersabar dan pilih knowledge, experience, skil over the pay check dulu. Sebab kalau fikir duit memanjang memang stress dan dikhuatiri cepat give-up.

Untuk kuatkan lagi semangat dan spiritual, saya gunakan senjata power sebagai seorang Muslim iaitu doa untuk merengek, mengadu dan meminta kepada-Nya. Yang Maha Berkuasa ini memang selalu kirimkan ilham, naluri, firasat, protection dan bantuan melalui pelbagai medium kepada saya.

Untuk klien ini, memang saya overdeliver jugalah dan buat sungguh-sungguh kerjanya.

Bila klien itu happy gila dengan hasil kerja saya, segala good review dan pujian melambung yang dia bagi itu saya simpan sebagai testimonials untuk klien-klien akan datang.

Kemudian dia repeat hire saya dan dikehendaki untuk tulis 22 artikel lagi untuk klien tersebut.

Tak mengapalah, direzekikan dapat tugasan yang boleh buat dan jumpa klien baik pun besar juga nikmatnya tu.

Good review atau duit ini biarlah dia datang sendiri, tak perlu dikejarkan sangat sehingga terlupa bersyukur dengan nikmat yang ada.

Slip bayaran yang dapat saya simpan dalam fail khas dan ikutkan hati memang nak frame sebagai bukti konkrit kepada diri sendiri yang ‘You Can Make Money Online!’

Okay lah, dalam post akan datang, insya-Allah saya ulas lagi pandangan saya tentang platform Freelancer.com ini. Stay tuned!

P/S: Doa-doakanlah saya supaya lebih konsisten dan rajin update blog ini.

Sumber featured image: geralt / 22485 images on Pixabay

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

26 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Guna Freelancer.com dan Dibayar Dalam USD”

  1. Bagi saya, saya sangat tidak suka Freelancer. Masa sebagai seorang freelancer banyak terbuang semasa proses bidding dan mencari job. Platform alternatif saya adalah Fiverr dan Upwork, lebih selesa dan memuaskan hati.

    1. Hai Azmir, terima kasih sudi singgah sini. Secara peribadinya, saya pun tak berapa dengan Freelancerdotcom sebab banyak scammers, klien berkualiti dan profesional sangat rare serta kerjanya tak sebanyak Upwork dan Fiverr.

      Tapi buat masa ini saya bersabar je dulu sebab nak guna habis-habisan free subscription 6 bulan yang ditanggung MDEC. Then saya leverage pengalaman dan good reviews yang saya dapat dalam freelancer.com itu ke dalam platform lain yang lebih recommended seperti Upwork dan Fiverr.

      Nanti saya nak post story tentang Upwork. Jemput baca dan bagi feedback ya!

  2. Satu lagi saya rasa pihak GLOW under MDEC perkenalkan dulu platform Freelancer.com ini mungkin sebab lebih mudah nak daftar berbanding Upwork. Mungkin mereka juga nak para peserta biasakan diri dulu dengan situasi buat proposal, handle jenis-jenis clients, hadap realiti scam dan taktik nak ‘tackle’ job sebelum pergi ke next level. Ada juga tau peserta yang dapat banyak job dan buat duit ribu-ribu dalam freelancer.com ni.

    Selepas dah biasa dengan semua itu, mereka ajar pula cara nak tembus Upwork. Upwork dengarnya sangat strict dan tak approve sebarang orang. Kalau profile kena reject dengarnya kena tunggu berbulan-bulan lagi baru boleh minta.

    1. Salam Zafirah, boleh saya bertanya tentang prosedur penerimaan job di platform Freelancer? Adakah kita perlu membuat bayaran seperti assurance fee atau pape bayaran kepada klien untuk menerima sebarang job?

      1. Wasalam Shafiq, saya cadangkan selepas bincang/negotiation sampai kedua-dua pihak puas hati baru accept job tu. Jangan sesekali bayar apa-apa kat klien sebab dia yang patut bayar kita buat job, bukan sebaliknya. Kalau ada klien minta duit dulu baru nak bagi job biasanya itu scammer. Hati-hati ya

  3. hai.

    saya 1st timer nak buat freelancer ni.
    Boleh tolong saya tak?
    dan bagaimana nak redgister dengan mdec ye?

    1. Hai Adibah, mungkin awak boleh dapat gambaran awal dulu macam mana platform ini berfungsi dengan baca artikel ni, https://zafirahzapri.com/review-platform-gig-freelancer-com/

      Setahu saya program ni dah tutup, mungkin akan buka balik nanti. Jadi anda boleh follow Facebook page/email list MDEC rapat-rapat.

      Ini link artikel pengalaman macam mana saya masuk program GLOW ini https://zafirahzapri.com/pengalaman-masuk-program-glow-bawah-mdec-untuk-jadi-digital-freelancer/

      1. Hai. Nak tanya, macam mana nak tahu kalau org tu scammer kat platform freelancer? Sebab saya ada dapat 1 job/project (retype dokumen). Saya di minta untuk bayar security fee sebelum start. And berkemungkinan tak dapat refund kalau saya tak complete task. Macam mana ye nak tahu samada project tu legit atau scam? And kalau nak bayar security fee tu selalu guna apa ye? PayPal ke? Sebab dia just bagi no akaun.

  4. Hi Zafirah, congrats on your new experience & achievement! Experience tu yang paling mahal. Ya, betul. The reason MDEC expose freelancer.com sebab senang approve compared to upwork. Btw, saya one of Trainer MDEC dulu program eGHI sebelum ditukar nama menjadi GLOW. Saya juga dah join freelancer & upwork since 2013 before program MDEC lagi. Freelancer dah semakin banyak scammer dan upwork semakin strict. Tapi kawan saya masih aktif dalam freelancer dan income dia dah around 20k USD rasanya. Every week client repeat. Ada tips & tricks juga. Kalau ada sesiapa nak register upwork better pilih 1 skill sahaja dan pilih skill sets dari skill tersebut. Jika ada yg nak try freelance kat sini, boleh juga explore linkedin dan platform yg specific dengan skill masing2. Don’t give up! Dengan keadaan pandemik sekarang job online akan makin bertambah. Jika ada yang nak ebook free tentang freelance boleh email saya, freelancersquad.academy@gmail.com nanti saya bagi. Good luck semua! 🙂

    1. hi zafirah,sy baru nak berjinak2 buat kerja freelancer..cume mgkn sy xde ape2 skill istimewa so sy cuba nak cari keje berkait data entry dan typist..blh bg guide tak camne nak sedia profile y bagus..dan adekah berbaloi sy join freelancer dgn byrn blnn kalau sy xpasti akan mendatangkan hasil atau tak..tp sbnrnye sy lbh pada nak mencuba..kalu boleh tambah pendapatan mesti seronok.t.kasih

      1. Hi syu, saya rasa mungkin boleh start dengan pakej free dulu. Jujur cakap, data entry dan typist saingannya sengit. Maybe sebab orang ingat senang, dan kerja ini juga saya perhatikan jadi target scammer untuk scam pemohon kerja. Saya syorkan cari skill yang awak betul2 minat dan buat portfolio. Profile yang bagus dan tarik perhatian klien adalah bila yang ada portfolio, iaitu your past works. Contohnya saya suka menulis, saya tunjuk artikel yang saya buat

  5. Hi zafirah..
    macam mana nak bezakan antara scammer client dengan yg real customer. Pernah dapat msj dari customer minta saya whatsapp dia.

    1. Hi Padly, contoh scammer client adalah jenis yang cuba bawa awak keluar dari platform tu, (cth: minta wasap dia) dan minta duit walau apa pun alasan dia. Real customer adalah dia bagi job scope detail dan bayar awak lepas siap kerja

  6. Hai saya nak tanya macam mana nak dapatkan bayaran duit hasil kerja kita daripada client luar negara ye? Kena guna paypal ke? And perlu ke pastikan akaun bank kita kosong ?

    1. Hai Syiqin, setahu saya guna paypal atau boleh juga direct ke akaun bank. kalau rasa was-was, guna paypal lah. Untuk link paypal dengan bank local, saya telefon bank local dulu dapatkan approval

    1. Hai, kena tengok kelakuan dia juga. Saya alhamdulillah dapat klien baik dulu, bila dia cakap happy dengan hasil kerja kita, then puji dia dulu lepas tu baru minta ihsan dia untuk review. Cakaplah review dia tu means a world to me ke, atau apa-apa ayat yang buat dia feels good dan dah bantu orang.

      Review 5 star itu tak dinafikan penting dan bermakna bagi newbie macam kita, tapi pada akhirnya itu hak klien untuk bagi review ke tak.

  7. Hi Sis,
    Saya baru nk berjinak-jinak dgn dunia freelancing.. Masih mencari-cari skill yg ada high demand, & nk belajar skill2 tu. Seronok dpt baca pengalaman sis kat sini.. Semoga dipermudahkan urusan sis..

    1. Hi Bella,

      Tahniah sebab ada usaha itu dan semoga awak berjaya. Betul, seeloknya asah skil yang high demand dan paling penting, kita minat untuk keep a momentum. Jangan serik ya baca blog ni, now baru nak aktif balik haha

    1. Wow, banyak tu. Maaf saya tak yakin nak bantu sebab saya sendiri tak pernah withdraw duit tu di paypal sebaliknya guna duit tu untuk beli theme wordpress dari oversea hihi

  8. Terima kasih share.

    Saya baru 2 bulan freelancing. Dan disebabkan saya hired informally, saya guna nama pena instead of nama sebenar (due to personal reason).

    Just curious, perlu diberi personal details mcm IC ke? Dan kalau nak cashout hasil kerja boleh bagi no acc orang lain?

    1. Diberi kepada freelancer.com ke? Ya, saya dulu pun ambik gambar IC untuk verification. Sorry, yang part cashout guna no.acc orang lain saya tak pasti boleh ke tak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top