Kenapa Kejar Cinta Manusia Itu Menyakitkan?

Bila tonton filem, novel dan drama TV (tak kisahlah buatan tempatan atau luar negara), perasan tak wajib ada watak hero dan heroin?

Saya pun suka juga layan cerita-cerita rom-com (romantik komedi). Kalau cerita orang putih memang kelakar habis.

Cerita Melayu pun best cuma tak berapa nak berpijak di bumi nyata sebab saya pernah tengok CEO muda syarikat anak papa dalam sebuah drama yang sanggup batalkan semua mesyuarat penting semata-mata nak kejar seorang perempuan. Banyak betul masa dia.

Saya juga perhatikan kebanyakan cerita selalu mempamer kebahagiaan dalam hidup watak utama itu seolah-olah cuma hadir bila jumpa cinta hati atau pasangan.

Kalau single ni semacam kesian, sunyi dan ketandusan kasih sayang.

Mesti penamat cerita tersebut berakhir dengan gembira di mana watak tersebut kahwin atau menemui cintanya.

Jaranglah jumpa cerita yang memaparkan watak tetap happy walaupun hidup solo.

Begitulah lumrah menulis cerita cinta untuk komersial, kalau buat lain daripada jalan cerita itu bimbang kena baling telur busuk dengan penonton atau pembaca.

Bait-bait lirik lagu yang saya dengar sebagai hobi pun selalu mendayu-dayu ‘oh mengapa, ku juga ingin bahagiaaaa’ dan pelbagai lagi rintihan bila cinta tak kesampaian.

Memang payah la nak hidup tenang dan bahagia bila ruang hati penuh dengan makhluk melebihi Tuhan sampai tenggelam dalam fantasi.

Saya tidak menentang perasaan suci itu sebab saya faham bahawa cinta itu fitrah manusia dan setiap orang nak berkasih sayang.

Cuma saya rasa insan cerdik pun boleh jadi bodoh dan produktiviti hidup terganggu bila larut dalam keasyikannya dan tidak mengawal perasaan itu.

Bila cinta diletakkan sebagai satu jalan sahaja untuk mencari kebahagiaan dalam hidup, saya rasa tanggapan itu perlu diperbetulkan. Makna kehidupan ini lebih daripada itu.

Cinta sesama manusia lain jantina memang nampak sweet dalam skrin terutama sekali bila ia sampai ke gerbang perkahwinan. Seolah-olah planet bumi ini milik mereka berdua sahaja.

Hakikatnya, dalam realiti ini bila berkahwin seseorang itu bukan saja setakat hidup bersama dengan pasangan tetapi juga sekali pakej dengan keluarganya yang akan mewarnai hidup.

Kadang pasangan juga mungkin ada ‘ketidaksempurnaan’ yang nak kena hadap misalnya muka dah handsome atau cantik tapi ego pula tinggi.

Cinta jadi menyakitkan bila mengharapkan sesuatu daripada manusia, lalu jadi kecewa bila dia rupanya tak seperti yang kita harapkan.

Sekiranya cinta itu saja boleh menyempurnakan hidup seperti yang digambarkan dalam fiksyen, mengapa mahkamah syariah tidak sepi daripada kes-kes masalah rumah tangga dan perceraian?

Bila masuk bab nak kahwin, antara persoalan pertama yang selalu dibangkitkan oleh masyarakat adalah ‘ada ke duit nak kahwin’?

Tak dinafikan duit itu penting sebagai alat untuk kegunaan hidup, tapi aspek penting lain pun perlu diambil kira juga terutama sekali dalam nafkah agama dan kesediaan nak pikul tanggungjawab tersebut bersama-sama.

Kahwin hanya sebab cinta semata atau alasan klise nak mengelak maksiat memang tidak cukuplah, niat itu harus disertai sebagai ibadah kerana Allah, tanggungjawab dan mengamalkan ajaran agama dalam gaya hidup.

Sumber featured image: Image by Agata Mucha from Pixabay

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top