Minat belajar bahasa Perancis ini tercetus sebab kebelakangan ini saya selalu berjodoh dengan hal-hal yang berkaitan dengan negara itu.
Contohnya sering terjumpa buku-buku yang berlatar belakang Perancis, baca dan tulis artikel tentang bahasa Perancis untuk klien berbangsa Perancis.
Oh, My Perancis!
Berdasarkan pembacaan, saya dapat tahu yang orang Perancis ini jiwanya halus dan berseni. Mereka sangat menghargai seni, budaya dan sejarah negara mereka.
Tapi ada juga dengar cerita yang mereka ni angkuh (terutama kepada English speakers), jenis percaya diri dan berani.
Dan tak adalah pembersih mana sebab dengar cerita kalau di Paris tu, bau hancing dan tahi anjing bersepah.
Tapi belah-belah perkampungan dan pedalaman di Perancis itu cantiklah.
Photo by Iga Palacz on Unsplash
Apa pun saya tak boleh la nak generalise semua bangsa begitu begini sebab sifat manusia memang tak sama walaupun berkongsi akar leluhur yang sama.
Klien Perancis
Setakat ini saya tak pernah bersemuka depan-depan dengan mereka. Klien yang tugaskan saya tulis artikel untuk blog dia ni pun cuma berhubung di alam maya.
Sepanjang bekerja dengan orang Perancis ni, boleh dikatakan dia tak lokek dengan pujian dan apresiasi bila perform buat kerja.
Tapi pujian dan mulut manis sahaja tak kenyang. Sisi mata duitan saya nak lah juga dia bagi bonus ke, tips ke atau naikkan tangga kadar upah setelah beberapa kali kebolehan dan kesungguhan saya dah terbukti.
Penat jugok bilo kito cubo bagi servis Ferrari kuasa kuda tapi demo nok bayar level ekzos kancil jah sokmo.
Ini kalau si French guy tu faham bahaso Kelate mungkin saya akan disumpah jadi roti baguette bawang putih apabila dapat tahu saya membawang tentangnya ini. Shhh, jangan beritahu dia ya.
Memandangkan saya dah setuju untuk dibayar sekian-sekian sebab haus pengalaman over the pay checks ketika itu, maka saya cuma boleh bising dalam blog ini sahaja dan simpan entitlement itu di dalam laci.
Bila dah ada pengalaman, portfolio dan makin cerdik sikit, Insya-Allah saya naikkan rate mengikut harga selayaknya untuk klien seterusnya.
Dalam bincang soal bayaran dan agreement sebelum kerja ini, negotiating skills memang kena power dan mainkan peranan. Tapi itu pelajaran dalam episod nanti.
Image by Reimund Bertrams from Pixabay
Untuk entri ini saya tengah belajar bersyukur dan cari apa lagi kelebihan melebihi kehendak materialistik sepanjang bekerja dengan orang Perancis ini.
Sekurang-kurangnya dia bagi saya job, boleh bertolak ansur dan saya pun enjoy buat kerjanya walaupun kadang-kadang mari juga rasa ‘ughh, bila nak habis projek ni!’
Kenapa nak belajar Perancis?
Bila dah selalu research dan tulis artikel tentang Perancis untuk klien ini, timbul rasa minat nak belajar bahasa yang sinonim dengan cinta ini.
Macam seronok pula bila boleh baca dan tulis dalam French, semacam boleh jadi alter-ego dan ada identiti ke-3 gitu.
Motif utama saya nak belajar bahasa Perancis simple je iaitu nak hadam artikel-artikel dalam bahasa tersebut.
Google translate memanglah ada, tapi lain feel dan kepuasannya bila kita boleh automatik faham sendiri.
Selain itu, ini ada tiga lagi kelebihan lain kalau anda pun berminat nak belajar nak belajar Perancis:
1. Bahasa Bisnes
Berdasarkan Google, kira-kira ada 300 juta penutur bahasa Perancis di seluruh dunia.
French speakers ini tidak hanya ada di Perancis tetapi juga di Kanada, benua Afrika dan beberapa bahagian di Eropah seperti negara Belgium, Switzerland dan satu lagi tak ingat apa dia.
Benua Afrika ini pun bukanlah semuanya kebulur dan makan pasir seperti yang selalu ditayangkan dalam media.
Ada beberapa bahagian di negara itu dah maju, buka pintu perniagaan dan pelabur dari western world berebut nak bertapak di situ.
Kebanyakan negara di benua itu memang jadikan French sebagai bahasa kedua, mungkin sebab sisa-sisa peninggalan kolonial menjarah tempat yang pernah kaya dengan hasil bumi berlian itu.
Tidaklah saya nak suruh anda meniaga di Afrika sana.
Cuma kalau anda nak intai peluang pasaran ke luar negara ke, bagus untuk anda belajar bahasa yang mendominasi orang tempatan dan budaya mereka. Ini quote kegemaran saya:
“If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his own language, that goes to his heart.” – Nelson Mandela
Penutur bahasa Inggeris dianggarkan berjumlah 300 juta native speakers + 1.5+ billion bilingual, bahasa Perancis pula 300 juta orang, dan bahasa Cina Mandarin 1.3+ billion.
Jadi sekiranya anda menguasai 3 bahasa ini (campur pula dengan bahasa Melayu), maksudnya anda boleh berkomunikasi dengan separuh penduduk planet bumi ini.
Dan bahasa Inggeris, Mandarin dan Perancis merupakan antara bahasa bisnes utama di dunia.
Tambahan pula dalam dunia internet tanpa imigresen ini, ruang perniagaan semakin terbuka luas dan berada dalam zon bebas.
Kalau dulu urusan eksport-import atau nak buka perniagaan di sesuatu negara, nak kena cari orang di kedutaan. Tapi sekarang orang cari di LinkedIn je.
Dengan macam-macam kewujudan e-commerce lagi seperti shopify, shoppe, Amazon, Ali Baba. Boleh jadi nilai tambah sekiranya anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan antarabangsa dalam bahasa lidah mereka.
2. Bahasa Elit & Kerjaya
Saya pernah terbaca, pada zaman dahulu, bahasa Perancis merupakan lidah percakapan golongan aristokrat Inggeris.
Di Eropah, Perancis jadi bahasa kedua terpenting selepas Inggeris dan diangkat sebagai salah sebuah bahasa rasmi antarabangsa dalam organisasi besar dunia seperti United Nation (UN), World Health Organization (WHO) dan Olympic Committee.
Saya turut perhatikan ramai orang terutama di negara India berebut nak belajar bahasa Perancis sebab nak meningkatkan status sosial dan ekonomi mereka.
Ada yang nak kerja dengan syarikat multinasional dan ramai juga yang nak cari peluang pekerjaan atau berhijrah ke negara maju yang tak ada penduduk sangat seperti Kanada.
Kalau di Malaysia pula, bahasa ketiga yang berkaitan dengan kerja dan sedang boom sekarang adalah Mandarin. Buka iklan kerja, memang bersepah nak Mandarin speakers.
Betul ke syarikat letak syarat itu sebab hanya nak ambil kaum dia sahaja dan berkaitan dengan rasisme, itu saya tak tahu.
Tak boleh nak kata juga sebab pernah terbaca komen seorang gadis yang mengatakan tak berapa suka syarat tu sebab dia sendiri tak reti Mandarin walaupun dia berketurunan Cina.
Tey, seorang kenalan masa belajar dulu pernah nasihatkan saya, “Zaf, kalau you nak mudah dapat kerja, it’s better for you to learn Mandarin. Sebab banyak companies sekarang mau tarik itu pelabur dari Mainland China.”
Kata-kata Tey itu saya rasa boleh pakai juga sebab sepanjang kenal, dia memang seorang yang sensible, resourceful dan pandai macam wikipedia jadian.
China dah jadi jerung besar yang digeruni sekarang dan pegang ekonomi memintas Amerika Syarikat.
Malah orang putih yang selama ini asyik mendongak ke barat pun dah mula condong ke timur sikit dan mula giat belajar bahasa Cina.
Kadang untuk tidak dibaham oleh jerung itu adalah jangan terkapai-kapai lemas tetapi kena berevolusi jadi jerung dengan pandai bercakap dalam bahasa mereka.
Bila rasa tak boleh nak lawan kehebatan atau kuasa besar seseorang, lebih baik berkawan dan belajar daripada dia berbanding berseteru.
Apa pun saya lebih berminat dengan French la sebab alphabet dia lebih mirip dengan rumi kita berbanding huruf Cina yang berbentuk seperti pencawang elektrik itu.
Lagipun, bahasa romantis itu berkait rapat dengan bidang yang saya cinta iaitu penulisan dan sastera.
Pandangan 20 Sen Saya
Sambil-sambil meniupkan semangat anda untuk sama-sama belajar bahasa ketiga, keempat dan sebagainya ini, saya pun tengah fikir-fikir juga patut ke tak belajar bahasa asing ni.
Yalah, buat apa belajar bahasa asing kalau tak guna pun di Malaysia ini kan? Sejak kecil, masuk sekolah, U dan alam kerja pun, bahasa utama kita adalah Melayu dan Inggeris je kan?
Bahasa Melayu kita dah mantap sejak lahir, bahasa Inggeris pun ramai yang dah mahir, apa kata jika kita cabar diri untuk teroka bahasa yang asing dalam hidup kita pula.
Sekurang-kurangnya ia boleh meluaskan lagi horizon realiti kita.
Dan dapat cari jalan keluar daripada terus merungut tentang peluang pekerjaan ideal yang nampaknya kelabu-kelabu asap di Malaysia ini.
Saya pun baru dapat kesedaran yang peluang rezeki pekerjaan dan pendapatan ini sebenarnya tidak terhad di Malaysia sahaja, tetapi ada di segenap bumi Allah yang luas ini, malah berada hujung jari kita melalui internet dan teknologi.
Contohnya HQ dan big boss berpangkalan di Dubai tapi tukang buat kerja atau subcontractor ni bertebaran di seluruh dunia. Jumpa dan berhubung melalui internet je.
Itulah sebab apa saya nampak kepentingan belajar bahasa asing ini. Nak kerja dengan orang Arab boleh, Sepanyol boleh, China boleh kalau kita reti cakap bahasa majoriti umat tersebut.
Impak Covid-19 itu memang telah tukar habis model perniagaan dan sektor pekerjaan.
Jadi, cara bekerja sekarang dah tak konvensional macam dulu lagi. Sesetengah sektor pekerjaan pun bakal senasib dengan dinosaur.
Apa yang berada dalam kawalan kita adalah betulkan mindset, sedia berubah, berusaha, reti cari dan sambar peluang, sabar dan bertawakal kepada-Nya.
Nak naik level platinum lagi, kuasai bahasa asing ini untuk sebarkan dakwah Islam.
Dan gali ilmu sebanyak-banyaknya dalam bahasa tersebut untuk majukan lagi ekonomi umat Islam supaya naik juga saham untuk dunia abadi kelak.
Saya tertarik dengan kisah Zaid bin Thabit yang kuasai pelbagai bahasa untuk bantu Nabi S.A.W. terjemah dan tulis surat dalam bahasa asing untuk sebarkan dakwah Islam.
Tak terlawan bahasa pertama
Mungkin ini bunyinya kontra.
Tapi meskipun saya cerita pung pang pung pang kelebihan belajar bahasa asing terutamanya Perancis, kedudukan mereka hanyalah bahasa ke-3.
Bahasa Melayu siap dengan dialek Kelantan dan Terengganu tetap no.1 dalam hati dan hidup saya.
Saya tetap selesa dengan lidah sambal dan budu saya.
Featured Image by AnnaliseArt/pixabay