Bagaimana Mahu Mengurus Hati Sendiri?

Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)] Sumber

Hati, organ penting ini dapat menentukan sama ada seseorang itu baik atau buruk akhlaknya.

Topik ini bagi saya penting jugalah sebab nak buat apa-apa mesti bermula dengan niat di hati.

Sebagai seorang Muslim, saya beriman dengan kehidupan abadi. Kita hidup ini bukan sekali tetapi akan dibangkitkan di alam ‘sana’ suatu hari nanti.

Saya pernah baca cerita orang yang mati syahid, dermawan dan berilmu tapi amalannya tidak diterima Tuhan sebab tak ikhlas dan nak orang pandang.

Ini jadi salah satu perkara yang saya takuti sebab hati saya pun bukanlah baik mana, ada juga terdetik perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Rasa tak layak pun nak tulis hal keagamaan ini sebab rasa bukannya orang alim pun serta takut cakap tak serupa bikin. Tapi tak apalah, saya tulis juga kerana Allah Taala. Sama-samalah kita membaiki hati dan diri.

Kuliah subuh baru-baru ini menjentik tangkai hati aku untuk berkongsi tentang ‘pengurusan hati’.  Dalam kuliah tersebut, ustaz ada terangkan yang dinding kepada maksiat ini ada dua jenis:

1. Dinding daripada maksiat (dinding antara kejahatan)

Menurut pengajar, biasanya orang ini akan berdoa supaya elak daripada buat kejahatan walaupun sekali. Kata Andrea Hirata dalam bukunya, buat jahat ini sifatnya candu, sebab itulah kebanyakan kes jenayah berulang ini selalunya pelakunya adalah orang yang sama. Oleh itu, janganlah sesekali buka kotak pandora tersebut.

Dinding ini paling bagus sebab buat jahat sekali pun tak nak. Hal ini kerana seseorang itu merasakan Tuhan asyik pandang dia dan dia rasa malu dengan Tuhan.

2. Dinding dalam maksiat (takut manusia tahu)

Contohnya adalah buat maksiat senyap-senyap tapi tak nak orang tahu. Menurut pengajar itu lagi, hati yang ada makhluk (manusia) ini selalunya lalai. Tinggalkan dosa atau maksiat sebab manusia itu riak.

Hati yang penuh dengan manusia ini biasanya suka dipuji, tak suka dikeji dan benci dicela.

Antara perkara yang merugikan dalam hidup ini adalah bila buat sesuatu sebab manusia misalnya takut orang kata apa dan fikirkan sangat persepsi orang. Jangan membesarkan makhluk dalam hati lebih daripada Allah Taala.

Tidak dinafikan bahawa hati ini berada di luar kawalan kita, kadang ia menjadi medan sasaran syaitan untuk melingkupkan kita.

Salah satu perkara yang kita boleh buat adalah terus istighfar dan betulkan hati bila terlintas perkara-perkara yang tak elok.

Lagi satu, pandanglah dunia ini dengan mata hati juga, bukan sekadar zahir sahaja tentang hakikat dunia yang melalaikan.

Dunia ini ibarat bangkai yang berbau bila kita hidup ini hanya untuk berseronok, khayal dan menghiburkan nafsu sahaja. Takut rugi besar hidup macam itu sebab amalan di dunia ini sebenarnya bekalan untuk akhirat.

Bila seseorang itu lalai, dia rasa bebas dan entitled untuk buat apa saja yang dia nak.

Buang beban (lalai dan leka) itu sebelum mati.

Orang mukmin tak rasa bebas untuk melampaui batas kerana dia rasa Tuhan selalu memerhatikannya…

Ini juga peringatan dan nasihat kepada diri saya sendiri.

Sumber featured image: Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top