Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menceburi bidang penulisan sejak tahun 2016. Pada ketika itu, saya baru habis ijazah pertama dalam bidang Sains Samudera di UMT dan semacam lost tak tahu nak buat apa dalam hidup.
Saya amat meminati bidang penulisan dan bercita-cita mahu menjadi seorang penulis majalah.
Namun sektor industri penerbitan majalah yang pernah gah suatu ketika dahulu adalah sunset industry dan banyak yang sudah bungkus ikat tepi. Cuma tinggal beberapa sahaja syarikat yang berdiri.
Bagaimanapun, saya tetap cari jalan untuk menapak dalam industri penulisan ini di mana hari-hari saya google dan membaca artikel tentangnya.
Akhirnya saya dilorongkan Tuhan untuk masuk ke penulisan web atau online. Segala-galanya bermula selepas saya menghantar karya pertama ke laman MajalahSains.com dan diterbitkan.
Kemudian, sambil buat masters dalam bidang penerbitan, saya turut menulis secara kecil-kecilan di mana karya pernah disiarkan dalam Majalah Sains, Astro Awani, In Real Life, Majalah Tunas Cipta, Dewan Siswa.
Saya turut pernah menjadi penulis tamu untuk portal I Am Lejen, sebuah rangkaian projek Lejen Digital.
Pada tahun 2020, saya mula bangunkan sendiri blog dan laman web termasuk zafirahzapri.com ini untuk belajar secara serius selok-belok tentang penulisan online.
Blog semi- profesional saya ini insya-Allah akan memaparkan topik tentang blogging, freelancing, tips, informasi menarik, pandangan 20 sen dan anekdot hidup saya.
Saya tak terhad pada satu niche topik sahaja sebab kalau saya rasa nak tulis soal kewangan, keagamaan dan kehidupan, saya bebas untuk tulis sahaja.
Selain itu, khidmat content writing secara freelance juga ada disediakan. Untuk sebarang pertanyaan, boleh e-mel saya di nurzafirah.zapri@gmail.com.
Lepak dulu, minum kopi.
Salam perkenalan,
Zafirah Zapri