Image by Wokandapix from Pixabay
Selepas berhenti sebagai penulis portal di sebuah syarikat penerbitan , saya grieving for a few months.
Sedih jugalah sebab kolum saya itu sudah dianggap seperti darah daging sendiri, semacam ada emotional bonding dan banyak momen manis dalam tu.
Lantas saya start from scratch bangunkan sendiri blog atau website, bukan satu tapi tiga untuk serious business. Salah satunya adalah zafirahzapri.com ini sebagai infinite playroom, praktis menulis dan nota-nota self-development serta informasi yang diharapkan bermanfaat pada diri dan orang ramai.
Tak kisahlah sama ada you CEO ke, eksekutif, kuli atau anak raja sekalipun, bagi saya menulis ini penting untuk susun dan express our thoughts dan banyak lagi manfaat lain yang beyond the materialistic things seperti duit dan populariti.
Kalau saya, blog ini jadi creative outlet untuk saya melampiaskan segala kreativiti yang ada. Untung-untung, boleh jadi side/full income dan melatih diri untuk pandai influence orang. Ya, sejujurnya saya ada hati juga untuk monetize di samping beri value pada orang. Bukanlah untuk tersenarai sebagai 400 orang terkaya di dunia oleh Forbes tapi bagi melangsungkan apa yang saya suka buat; menulis. Dalam hidup ni, kalau idealism tak seiring dengan realiti, boleh jatuh murung tau.
Paling penting, blog ini juga sebagai persediaan untuk kehidupan selepas mati nanti sebab setahu saya, ada tiga amalan yang berterusan pahalanya walaupun jasad sudah terbenam di dalam bumi iaitu doa anak soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Jadi, saya ingat nak sedekahkan pengetahuan yang ada kepada umum. semoga Allah reda dan terima usaha saya ini.
Tambahan pula, saya terinspirasi dengan seorang penulis bernama Hilal Asyraf. Dalam buku bertajuk ‘ Malaysia Membaca’ terbitan Jejak Tarbiah, beliau menceritakan bagaimana penulisan jadi medium untuk sampaikan dakwah dan sediakan bahan bacaan yang bermanfaat kepada masyarakat.
Selain itu, blog ini saya ingat nak jadikan portfolio penulisan saya sekiranya nak minta kerja dalam bidang media, penulisan atau marketing ke nanti.
Saya teringat nasihat dua orang bloggers terkenal dari US bahawa buat blog ini bukan skim cepat kaya dan buat duit segera. Kadang makan tahun juga untuk melihat hasilnya (duit dan great audiences) sekiranya kita konsisten dan passionate pada aktiviti yang kita buat ini. Apa yang penting, enjoy the journey, serve orang dengan baik dan ada solid reason untuk the big fat ‘WHY’ nak blogging.
Sebelum ini, saya ada buat blog dengan Blogspot. Tapi mengaku blogger guna blogspot.com itu samalah seperti mengaku kita ni Britney Spears sebab ia sangat old school dan outdated. Setakat nak buat diari-diari, bolehlah. Kalau nak nampak profesional, buatlah proper website.
Tapi tak dinafikan bagusnya blogspot ni adalah entry post itu memang terpampang dalam page pertama Google (sebab blogger ni yang Google punya) tak perlu pening kepala fikir pasal SEO bagai untuk rank nombor 1 dalam carian google.
Sekarang platform menulis dalam talian dah makin meriah dan buat websites pun tak complicated macam dulu, perlu pecah kepala fikir coding/programming bagai sebab dah ada ready-made contohnya ada Medium, Joomla, Wix, Weebly.
Saya pilih platform WordPress ni sebab dengar cerita hampir lebih separuh websites dalam dunia ini dibuat dari WP.
Kadang saya terfikir juga, berbaloi ke habiskan masa kerah sel-sel otak supaya berhubung untuk belajar WP ni, sebab entah apa jenis platform pula yang naik nanti sebab teknologi bergerak laju. Tapi bab-bab masa depan ni, biarlah kekal menjadi rahsia Tuhan. Saya fokus masa sekarang.
Semasa mula-mula buat websites guna WordPress (WP) ini, memang it took forever to learn sebab saya bukanlah orangnya yang IT skilled. Kalau tak biasa dengan benda alah itu memang rasa noob habis. Tapi nak upah web developer atau designer mahal-mahal tak mampu dan berkira, jadi saya buatlah sendiri. Kalau anda berduit, nak jimat masa dan tiada masa untuk sakit kepala, upahlah mereka.
Hampir 90% saya belajar dari Internet; baca segunung artikel dalam carian Google, tengok tutorial YouTube, tanya-tanya orang, tengok thread Quora, Medium dan baca tweets IT geeks yang rajin share tips dalam Twitter.
Banyak kali jugalah bergaduh dengan diri sendiri masa proses belajar tu, tapi bila tengok dah siap seperti yang dibayangkan, memang puas hati gilalah dan macam tak percaya buat dengan tangan sendiri.