Selepas satu muka surat cerita kenapa saya mulakan blog, kali ini nak cerita pengalaman saya macam mana cara nak buat websites atau blog dengan menggunakan WordPress (WP).
Saya percaya pasti at least ada somebody yang tengah gigih google ‘Macam mana cara nak buat websites’ macam saya dulu-dulu dan saya rasa terpanggil untuk membantu setakat yang boleh. Websites sekarang ini dah jadi keperluan atau kewajipan terutamanya bagi sesiapa yang ada bisnes dan mahukan online presence.
Saya buat sendiri blog dan websites untuk business family saya sebab saya sedang mewah dengan masa (musim covid-19 ni memang tak keluar rumah dan jobless), dah lama teringin nak belajar buat websites dan nak jimat kos bayar developers yang ribu raban itu.
Saya pilih platform WordPress ni sebab ia sangat mainstream dan dengar cerita hampir lebih separuh websites dalam dunia ini dibuat dari WP.
Untuk buat website daripada WP, tiga benda wajib ada iaitu domain (yang ada dot com tu), hosting dan WordPress. Secara analoginya, WordPress itu rumah manakala domain pula alamat dan hosting itu tapak atau tanah.
Berdasarkan pengalaman saya, proses dia macam ni:
-
Beli Domain dan Hosting
Saya beli domain name dan hosting daripada Exabytes dan Server Freak sebab rekomen dan review yang bagus.
Lagipun dua developer tempatan ini cover yang Malaysia punya, kalau ada apa-apa senang nak contact and diaorang pun helpful sangat. Bayaran pula boleh dibuat secara online banking FPX tu.
Kalau penyedia domain dan hosting dari luar negara yang famous seperti Go Daddy, Namecheap, Bluehost dan Hostinger memanglah dikatakan bagus juga tapi kena bayar dengan cara overseas transaction di mana saya belum biasa lagi nak guna cara itu. Lagipun saya baca dalam sebuah blog, dikatakan hosting dari luar negara ini tak cover sangat yang Malaysia.
Domain name ini pilih betul-betul ya, sebab setahu saya dah boleh ubah lepas beli. Harganya adalah dalam lingkungan RM 50 – RM 70.
Harga hosting pula ada pakej bulan-bulan, setahun atau 3 tahun. Nak jimat, ambil yang 3 tahun terus sebab tak payah renew dengan harga yang lebih mahal dah lepas tu. Harganya dalam RM 300- RM 500. Ada yang offer free domain name selama setahun dalam pakej hosting.
Server Freak lebih murah berbanding Exabytes dan kualitinya memuaskan.
-
Tunggu 24 jam atau 72 jam untuk hidup
Selepas siap bayar, nanti dapat kiriman e-mel daripada company developer itu tentang resit dan maklumat berserta link fasal website yang anda beli. Kena tunggu dalam masa 24 jam atau ada yang sampai 72 jam untuk propagate website tu.
Kalau ada apa-apa masalah, terus contact atau report kepada developer dalam ruangan chat yang disediakan. Jangan risau, diaorang akan bantu sedaya upaya dan secepat mungkin.
-
Install Theme dan Plugin
Theme pula dekorasi untuk website anda. Terdapat beribu jenis theme dan cabarannya adalah mana satu nak pilih sebab semua cantik-cantik. Ada yang free dan ada yang berbayar.
Jika Theme buat website anda nampak cantik dan presentable, plugin pula memastikan website anda berfungsi. Contohnya plugin untuk e-commerce selalunya orang guna WooCommerce.
-
Design Website
Antara bahagian paling mencabar bagi saya adalah sini. Walaupun dah install dan activate theme yang berkenan, ia tetap nampak jauh panggang dari api dengan rupa theme asal tu.
Cuba buat dulu baru anda akan nampak apa yang saya maksudkan. Saya tak sempat nak screenshot gambar sebelum itu sebab sibuk gigih google macam mana nak selesaikan isu itu sambil tahan geram.
Masa pertama kali tu, saya stress jugalah kenapa rekaannya macam untuk blog je. Ketika itu saya nak buat official website untuk business homestay family saya. Selepas tiga kali buat websites pakai WordPress ni barulah nampak game dia macam mana.
WP ini asalnya untuk blog tapi boleh juga customize jadi websites, untuk buka store e-commerce dalam tu pun boleh dengan plugin yang sesuai.
Cara nak rupa website sebiji macam dalam theme itu adalah dengan google ‘demo theme’ yang kita berkenan tu. Bila dah jumpa, download it, install dan activate dalam plugin. Ada yang free dan ada yang berbayar.
Atau pun boleh juga design sendiri guna plugin Elementor atau Gutenberg mengikut kreativiti. Tak susah mana pun, heret je macam wix.com tu (salah sebuah platform Content Management System macam WordPress yang popular juga).
Untuk part ini juga perlu sediakan gambar dan content untuk website siap-siap.
Dalam zafirahzapri.com ini saya guna konsep minimal hitam putih saja sebab saya nak pembaca lebih fokus pada content yang saya nak sampaikan.
Akhirnya siap pun website!
Tahniah sekiranya anda sudah berjaya ada website atau blog sendiri. Pasti anda tidak sabar mahu menumpahkan segala isi di dalamnya.
Apa yang saya ceritakan di atas sebenarnya baru basic. Untuk lebih detail, boleh baca blog encik Wan Yusof yang lebih pro.
Membuat website atau blog, menulis content dan promote content sebenarnya adalah tiga skill yang berbeza.
Ada banyak lagi kerja untuk bangunkan website dengan generate trafik misalnya tahu tentang SEO, affiliate, Google Analytics dan lain-lain yang saya pun sedang belajar sekarang ini.
Tapi tak apa, perjalanan yang jauh pasti dimulakan dengan langkah pertama.
Ada apa-apa pendapat atau soalan nak kongsi dengan saya? Luahkan di ruangan komen bawah ini:
Sumber feature image: Photo by Stephen Phillips – Hostreviews/Unsplash
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.
Menarik dan sangat bermanafaat kepada saya yang baru nak belajar pasal blog
Alhamdulillah, all the best Fetrah 😊