Selepas solat Isyak, saya menonton episod akhir siri ‘Travel for Love’, sebuah rancangan realiti di TV.
Pesertanya terdiri daripada lima orang peserta berlainan bangsa, negara dan budaya yang harus merantau ke luar negara untuk mencari cinta. Kiranya melancong sambil dating la.
Di sana, mereka melalui adventurous date bersama beberapa orang calon pasangan warga tempatan yang sudah ditetapkan untuk mereka. Ada yang snorkelling, abseiling dan terjun sungai. You jump I jump.
Semasa salah seorang peserta cuba belajar menganyam tikar, ada makcik menasihati dia, “Kamu harus mencintai diri dulu sebelum mencintai orang lain.”
Akhirnya seorang dua saja yang bawa pulang cinta. Selebihnya berada dalam zon kawan. Walaupun stay single dan tiada penamat seperti dalam novel cinta, mereka tetap nampak ceria dan gembira sebab dapat pengalaman best, bersedia untuk berubah, cuba benda baru and embrace the uncertainty.
Walaupun tajuk rancangan tu ‘Travel for Love’, sebetulnya ada peserta cakap yang dia masuk ni sebab mahu mencari diri yang hilang.
Jadi, 7 perkara yang saya belajar dari situ dan kehidupan sekeliling:
- Relationship bukan untuk semua orang. Jangan paksa diri atau suruh orang lain berpasangan kalau rasa tak bersedia.
- Relationship is about hard work, trust dan komitmen. Bukan kenyang dengan perasaan cinta semata-mata.
- Jangan sedih kalau kena friend zoned, sebab persahabatan mungkin lebih tak sakit kepala berbanding bercinta.
- Kebahagian itu datang dari dalam diri. Tak boleh harapkan orang lain untuk membahagiakan kita.
- Cuba benda baru dan berhijrah agar dapat jadi orang lebih baik dari masa silam.
- Pujuk diri untuk adapt dengan keadaan semasa dan perubahan. Dengan masa yang bergerak semakin laju ini, you change or you die.
- Orang datang dan pergi dalam hidup kita for various reasons. Sesetengah orang cuma boleh berada dalam hati, bukan dalam hidup kita.