Saya baca buku ‘Tuesday’ karya Amal Nadiah.
Ia sebuah memoir penulis yang pergi ke Paris selama sebulan untuk praktis bahasa Perancis. Menurut ceritanya yang saya ingat, studio yang disewa sempit, boleh berlaga dengan meja. Dan bilik air pula kongsi, bila flush satu rumah dengar. Seterusnya, buku ini tentang refleksi kehidupan si penulis dan orang-orang di sekelilingnya semasa di Paris dan juga di tanah air.
Buku ni sekuel kepada ‘Dumped’ yang turut menceritakan anekdot hidup penulis. Saya membayangkan gadis tersebut cantik, kelakar, berkelulusan luar negara, kerja bagus, dah beli rumah sendiri, ada gaya hidup yang cool, pusing satu dunia dan macam-macam pencapaian lagi yang mungkin every woman dying to have.
Namun di suatu sudut hidupnya yang hampir sempurna itu, dia tercari-cari sesuatu iaitu cinta. Dalam bukunya banyak diceritakan soal relationship, heartbreak dan lesson learn. The momen kena dumped by her boyfriend sehari sebelum birthday tu buat kita yang baca ni pun rasa ngilu.
Mungkin benar kata orang yang bukan semua benda kita boleh dapat. Ada orang luck dalam cinta, ada yang bertuah dalam kerjaya dan sebagainya. Tapi ada juga orang yang kita tengok hidupnya hampir lengkap, itu memang sudah tuah rezeki dia.
Kata orang, untuk hidup tenang kita kena bebaskan diri daripada sebarang expectations dan harapkan pleasures di dunia ini berkekalan setiap masa.
Apa yang kita boleh kawal adalah give the best shot dalam ruang personal kita. Paling penting, bahagia itu kita yang rasa.
Saya review buku-buku karya Amal secara ringkas sebab saya suka tulisannya, baca dah lama, samar-samar ingat isinya dan baru sekarang berkesempatan untuk ketuk dalam blog ini.
Saya suka juga baca blog Bootsoverbooks dan kolum beliau tentang gaya hidup dalam NST.
P/S: Bila agaknya Cik Amal nak keluarkan buku seterusnya?