Pengalaman Mendaftar Di Upwork Sebagai Freelancer

Upwork, salah sebuah tempat freelancer cari projek dan bekerja jarak jauh

Dalam post lepas, saya ada cerita tentang pengalaman bekerja di platform gig bernama Freelancer.com.

Kali ini saya nak kongsi pasal pesaingnya dari Amerika Syarikat, iaitu Upwork.

Seperti freelancer.com, Upwork ini merupakan orang tengah di antara klien dan freelancer.

Apabila klien iklankan cari calon untuk siapkan projeknya, para freelancers akan hantar proposal atau cover letter untuk tunjuk taji siapa paling layak memenangi projek tersebut.

Setakat ini apa yang saya suka tentang Upwork adalah buat kerja for free memang big NO dan mereka akan kejar payment daripada klien sampai ke lubang cacing untuk freelancer yang berpayung di bawah sayapnya. Bayaran pula dalam mata wang USD.

Selain itu, tak dinafikan kerja di Upwork lebih banyak berbanding Freelancer.com serta projek descriptions di dalamnya lebih detail dan profesional.

Manakala dalam freelancer.com pula saya perhatikan rata-ratanya selalu letak ‘I need a blog writer…’, sampai situ sahaja ayat post dia tanpa project description lebih lanjut dan jelas, macam tak tahu nak apa dalam hidup dan tak berapa serius nak cari freelancer.

Tapi apa pun Freelancer.com inilah lubuk rezeki pertama saya dalam mendapatkan job. Alhamdulillah.

Laman Upwork

Apabila mencari tempat terbaik untuk memulakan karier sebagai freelancer (karyawan bebas), memang ramai yang rekomen Upwork.

Ada banyak kisah-kisah kejayaan freelancer dalam tu tak kisahlah sama ada kecil atau besar, tapi tak kurang juga terselit cerita duka.

Walaupun jenamanya terkenal di mata dunia freelancing, laman kerja crowdsourcing ini tidaklah sempurna mana dan mungkin bukan untuk semua orang.

Apa yang saya belajar daripada pengalaman orang lain, mindset kena betul dan kepala berisi ilmu bila nak terjun ke dalam gelanggang ini.

Selalunya ramai yang kecewa dengan Upwork ini saya perhatikan mungkin sebab expectation mereka tinggi, tersalah langkah atau main redah je.

Laluannya berliku-liku dan pintu kejayaannya pun semacam dipagar mawar berduri terutama bagi si pemula macam saya. Tapi kalau tabah, hasilnya Insya-Allah berbaloi.

Dalam diam saya turut rasa Upwork ini macam ‘warden penjara’ selepas mendaftar sebagai penggunanya sebab strict sangat dengan segala mak nenek pantang larang serta peraturannya.

Ia mungkin nampak rumit tapi itulah usaha mereka untuk jaga kualiti dan keamanan para penggunanya yang terdiri daripada 3 pihak iaitu klien, freelancer dan agensi.

Mendaftar di Upwork

Lantaran dengar reputasinya yang bagus itulah saya beranikan diri untuk mendaftar.

Tapi cuak jugalah sebab saya ada dengar pelbagai cerita yang menakutkan tentangnya.

Dengarnya kalau profile tak approved by Upwork, kena tunggu 6 bulan lagi baru boleh mohon balik.

Kita cuma boleh minta kerja bila platform itu approve profile kita.

Bila saya google dan baca pengalaman orang lain di forum, fuhhh, ramai gila mengadu yang Upwork tak approve profile mereka.

Ada yang minta sampai 10 kali tak lepas! Ada yang akaun profile mereka tiba-tiba kena suspended tanpa sebab munasabah.

Saya baca lagi thread mereka dalam forum itu. Antara kemungkinan sebab tak lepas:

1. Skil tak berapa kena.

Upwork cari freelancer yang betul-betul serius dan ada skil yang betul, bukan saja-saja masuk tak tahu nak buat apa dalam tu.

Oleh itu, kena buat profile diri yang meyakinkan mengikut skil yang kita ada.

2. Bilangan freelancer ramai sangat dalam bidang tertentu

Masa baca ni agak bimbang jugalah sebab saya cuba tembus pasaran yang sudah sangat tepu dalam dunia online ini iaitu writing. Sangat ramai orang nak jadi penulis terutama di western world.

3. Tuhan saja yang tahu kenapa.

Ya.

Tapi okay jugalah Upwork buat kawalan gitu untuk jaga kualitinya. Motto utama diaorang adalah padankan freelancer dengan klien terbaik.

Jumpa Shah Rukh Khan Tak Dalam Upwork?

Saya tengok ramai yang frust tak boleh tembus Upwork ini kebanyakannya dari negara-negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh.

Di Freelancer.com, penuh dengan geng-geng dia saja. Ada di antaranya yang suka spam proposal, malah ada yang curi/plagiat karya orang.

Tak kurang juga yang desperate sampai sanggup buang harga. Bukan saja harga pasaran tetapi juga harga diri mereka demi beberapa keping 1 Dolar.

Ini apa yang saya nampak dengan mata kepala sendiri dan turut diakui oleh beberapa orang penulis dari India itu sendiri dalam blog mereka.

Tapi bukan semua macam itu dan tak dinafikan ada juga yang rajin  berusaha keras sampai jadi top freelancer. Malah ramai yang English power-power terutama dalam penulisan.

Cuma kadang saya pun tak tahulah betul ke ni platform orang Aussie ke American yang punya sebab dari job post sampailah ke puluhan freelancers yang memohon tu penuh dengan orang-orang dari negara Hindi tu.

Kenapa orang India ada di merata-rata platform internet? Saya pernah terbaca sebabnya adalah negara mereka no. 1 celik IT di dunia.

Industri digital freelancing sangat boom di sana sehingga menyumbang ratusan juta ke bilion (sorry, tak ingat exact number) dalam pendapatan negara itu.

Selain itu, crowdsourcing platform sebagai alternatif untuk selesaikan job crisis di sana.

Kadang saya harap juga para genius, IT geeks and start-ups di India tu buat sendiri platform untuk menampung 1 billion rakyat mereka di sana. Supaya tidak melimpah lagi ke mana-mana job sites ini dan rebut periuk nasi serta pressure cooker freelancers lain.

Saya tiada masalah jika geng-geng Bollywood ini mahu memeriahkan lagi arena freelancing sebab there’s always enough room untuk semua orang cari makan, tak dinafikan yang 10% daripada mereka ini sangat bagus dan jujur dalam mencari rezeki.

Cuma yang saya tak puas hatinya kalau ada ramai di antara mereka yang ‘bunuh’ market dengan cara yang tak sepatutnya seperti perang harga yang melampau dan paling dahsyat sekali kalau curi/plagiat hasil kerja orang sebab lapar $$$.

Inilah sisi gelap dunia gig yang saya tahu setakat ini. Sebelah kaki sudah bertapak di sini maka ku redah jua. Lagipun saya suka ‘game’ ini.

Eh, jauh sampai ke India dah melalut ni. Okay balik ke cerita mendaftar di Upwork, saya ikut steps yang mentor saya ajar.

Mentor sabar je melayan soalan-soalan saya masa nak isi tu. Terima kasih Umaira!

Kemudian saya tengok juga video tutorial di YouTube tentang Upwork.

Cara isi senang dan straightforward je, ikut apa yang Upwork tu minta, pastikan sampai dapat 100% job profile itu.

Boleh tekan link Upwork ini tentang tahu lebih lanjut macam mana.

Kalau boleh buat elok-elok terus part professional summary, biar complete 100% dan portfolio sebab itu antara bahagian yang potential client akan judge bila dah boleh minta kerja nanti.

Maaf, saya tak cerita detail sangat sebab sekadar nak cerita pengalaman sahaja, bukan buat tutorial.

Dalam masa 24 jam, pihak Upwork akan hantar e-mel untuk beritahu profile kita lulus ke tidak.

Mula-mula saya ingat macam tipis juga nak lulus sebab macam saya tulis tadi, writing ni antara bidang yang tepu dan persaingannya sangat sengit.

Terlalu ramai orang nak jadi penulis terutama di sebelah Barat.

Kalau tanya ‘What is your American Dream?’

Confirm 92% akan jawab ‘I want to be a writer; writing is my passion.’ (Passion! Passion! Passion biasanya jadi mantra hidup geng-geng itu sebelum shattered by realiti hidup)

Saya pernah terbaca yang di New York saja, penulis lebih ramai daripada pembaca! Cuma tak ramai yang boleh ‘hidup’ seperti Stephen King dan Dan Brown.

Untuk online writing, sesiapa pun boleh mengaku ‘freelance writer’ sebab low barrier entry tapi tak ramai yang  kekal lama sebab ia perlukan semangat untuk terus belajar, bakat dan ketahanan yang tinggi.

Saya turut perhatikan rata-rata klien di Upwork ataupun Freelancer.com prefer English native speaker atau Anglo writers.

Yang non-natives ini harus bermati-matian to prove their worth.

Apa pun, saya berserah pada Allah selepas dah cuba yang terbaik.

So, lulus tak your profile?

Pukul 4.00 pagi, saya buka e-mel…

Alhamdulillah, lulus!

 

Mata lebam macam beruang panda jugalah nak sebab asyik tengok skrin dan kepala otak tak rehat, asyik fikir tentangnya. Struggle dan hustle gila nak tempatkan diri dan bid projek dalam tu.

Tapi habis sampai sini dululah post ni, tak larat dah nak taip walaupun banyak benda nak cerita. Lagipun ada projek client yang baru masuk nak kena siapkan.

Saya pun tak tahulah apa yang menanti di Upwork. Saya harap semuanya akan baik-baik saja. Insya-Allah.

Sumber feature imaged: Firmbee from Pixabay & Freelancer Masterclass, Photo edited by ZafirahZapri.com

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

1 thought on “Pengalaman Mendaftar Di Upwork Sebagai Freelancer”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top