Saya ada menawarkan servis freelance writing. Antara servis saya adalah tulis artikel blog untuk klien-klien yang sibuk, mungkin tiada skil tertentu dan tiada masa untuk menulis.
Klien pula berlatarbelakangkan daripada pelbagai industri. Semakin banyak industri yang terapkan content marketing dalam operasi perniagaan mereka.
Begitulah fenomena yang berlaku di peringkat global sekarang.
Antara saluran yang saya guna untuk buru klien dan projek adalah platform gig seperti Freelancer, Upwork dan insya-Allah akan datang Fiverr.
Namun tak dinafikan yang kadang-kala menghadap laman ini boleh menaikkan bacaan tekanan darah sampai pening alat monitor itu.
Memikirkan kesejahteraan mental, saya nak lepas geram dan batu dalam kepala tentang perangai sesetengah klien yang tak boleh lari daripada menghadapnya.
Perangai tersebut adalah mereka cuba cari hamba abdi untuk menyiapkan kerja mereka. Rata-rata spesies ini saya jumpa dalam laman Freelancer dot com.
India di mana-mana
Freelancer dot com ini memang dibanjiri orang-orang dari Asia Selatan seperti India, Bangladesh dan Pakistan dari klien sampailah ke freelancer. Dalam laman forum Reddit dan artikel Forbes, klien dari India ini dinobatkan paling teruk sekali untuk berurusan.
Bukan niat nak rasis, tapi kalau dah ramai benci lumat, mestilah bersebab kan? Saya pun dah tak tahan nak sembunyikan rasa menyampah dekat mereka.
Saya faham, lumrah manusia yang rasa ketuanan dia tu tinggi bila bayar khidmat orang dan rasa ‘berhak’ untuk dapat apa yang dibayar.
Tapi mereka ni dahlah tak berduit mana, letak harga serendah mungkin (atau kalau boleh tak keluar sesen pun) lepas tu minta macam-macam dalam job description, payment pun kebanyakannya tak verified. Saya tak faham betul dengan orang macam ni. Memang tak ada rasa segan silu ke? Biar papa asal boleh berlagak raja.
Selalunya project description pun macam entah apa-apa puak ni post. Tak tahulah kenapa Freelancer dot com tu pejam mata je. Patutlah tak disebut-sebut mana dalam senarai best platform untuk freelancing. Malah ramai yang kecam platform ni.
Puak Terdesak
Sebagai permulaan dan orang baru, tidak mengapa sekiranya mahu merendahkan sedikit harga berbanding freelancer lain tapi janganlah sampai jerat diri serta tak mampu beli beras.
Secara peribadinya, saya juga tidak setuju kalau ada freelancer yang sanggup buang harga gila-gila tak setimpal dengan kerja sebab terdesak nak job tersebut.
Hal inilah yang menyebabkan upah perah otak menulis lebih murah berbanding kadar bayaran flip burger di McD, malah ada yang lebih murah daripada set kecik McChicken!
Macam biasa, ruang proposals penuh dengan geng-geng Bollywood ni. Siap ada yang tulis, ‘Mengapa perlu bayar lebih jika ada yang sanggup terima $4 per 1000 words article?’
Begitulah sadisnya harga pasaran dibunuh. Kadang saya terfikir juga, betul ke $4 ni boleh tanggung makan pakai mereka seminggu?
Eksploitasi Skil Penduduk Negara-Negara Membangun
Bila ada freelancer yang sanggup terima upah bawah $5 untuk menulis, maka para klien pun automatik ‘Oh, takpe buat macam tu. Buat apa bayar mahal kalau boleh dapat murah.’
Lalu ramai klien negara maju laju-laju ambil kesempatan ini. Hal ini bukan berlaku dalam laman Freelancer je, tetapi juga Upwork dan Fiverr.
Dalam beberapa job post, saya pernah melihat ada klien yang tergamak tawarkan upah €1 dan $4 untuk tulis artikel lebih 1000 words, berbentuk teknikal, perlukan research dan siap SEO bagai. Ramai pula tu yang spesies begini.
Jangan mimpilah mereka nak dapat hasil kerja yang dimahukan, sebaliknya mungkin dapat jari tengah je. Sekiranya mahu kerah kudrat orang for peanuts, mereka patut upah tupai je buat kerja.
Sekiranya ada juga freelancer yang terima ini, mungkin sebab sama ada memang betul dia terdesak atau tak sengaja menempah bala.
Bagi saya kalau kena tulis artikel berbentuk teknikal 1000 ke atas untuk harga bawah $5 ini memang tak berbaloi. Rugi masa dan emosi. Kalau anda kental dan tabah, terpulanglah kalau sanggup…
Baca job description saja sudah penat, apatah lagi jika menerimanya. Dari segi tulisannya pun kita sudah boleh ‘hidu’ klien ini jenis orang yang macam mana. Ini bukan soal duit sahaja, tapi hati budi klien itu pun perlu diambil kira juga supaya tak penat mental.
Klien baik-baik masih wujud
Smart client akan faham konsep ‘You get what you pay for’. Mereka pun takut kalau anda letak harga murah sangat sebab meragui kualiti kerja.
Klien yang betul-betul appreciate dan bayar selayaknya ini memang rare la, umpama berlian di celah arang batu.
Namun ada juga klien yang bayar murah ni bukan sebab dia kedekut atau berkira tapi memang itu saja bajet yang dia ada terutama startups yang baru nak hidup ni. Yang ini tak apa, asalkan senang dibawa berbincang dan boleh negotiate.
Bila tengok insiden-insiden ini, buat saya menilik diri dan terfikir sesuatu- saya mungkin tak boleh dah lawan sistem yang rosak ni, jadi apa yang saya boleh buat adalah:
Adapt sahajalah dengan sistem tersebut, learn from the best macam mana nak survive.
- Ukur nilai diri, masa dan sesuatu projek
- Kemas kini profile
- Menajamkan skil dan portfolio
- Bina reputasi
- Baiki keperibadian dan pemikiran supaya dapat tarik klien yang berkualiti juga. Insya-Allah.
Tapi jangan risau sebab genuine clients sebenarnya masih wujud cuma harus pandai cari, upgrade skil dan diri sampai boleh hasilkan kerja yang berkualiti.
Photo by Marcos Paulo Prado on Unsplash
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.