Freelancerdotcom- saya kenal platform ini semasa menyertai program GLOW Penjana bawah MDEC.
Dalam program itu, saya belajar cara buat profile, cara payment, gerak kerja, pancing projek dan klien serta segala ciri-ciri yang ada dalam website ini. Dan paling penting macam mana nak elak scammers.
Untuk daftar masuk ke platform ini, saya rasa penting untuk anda faham apa ada di dalamnya dan bagaimana ia berfungsi terlebih dahulu sebab sekiranya main try and error, bimbang sakit kepala pula nanti.
Cara daftar tak susah pun, ikut steps yang dia tunjuk. Cuma bahagian sensitif yang dia minta adalah kad pengenalan untuk verified identiti kita. Manakala payment pula boleh dibuat melalui akaun PayPal atau terus ke akaun bank kita.
Kalau rasa was-was nak daftar, boleh research dulu atau tanya orang yang lebih berpengalaman.
Selepas siap daftar, anda hanya akan diberi 8 kuota untuk bid projek secara percuma. Sekiranya langgan membership plan (about $10 USD), boleh hantar proposal sampai 100.
Untuk peserta program GLOW, MDEC tanggung membership plan selama 6 bulan.
Apa Yang Saya Tahu Pasal Platform Ini
Freelancer ni merupakan freelancing market yang mula-mula sekali wujud dan sangat famous di kalangan freelancers. Ramai orang berpusu-pusu daftar masuk.
Setakat yang saya tahu, platform ini ada kira-kira 50 juta pengguna. Ya, ramainya bukan main tapi tak semua pengguna aktif pun.
Bila baca review pengguna lain di blog, forum, YouTube dan Google, boleh dikatakan hampir 80% orang cerita mimpi ngeri mereka di platform ini sama ada di pihak klien atau freelancer. Malah ada yang anggap laman ini sebagai lubang neraka.
Saya perhati kebanyakan mereka yang sampahkan freelancerdotcom ini mungkin sebab-sebab seperti berikut:
- Susah gila nak dapat job.
- Ramai manipulator dan scammers
- Banyak klien kedekut dan berlumba-lumba untuk cari freelancer termurah tapi ada hati nak kualiti standard kayangan. Lumrah kot.
- Ada yang cerita payment kena sekat atas alasan yang ridiculous berserta bukti.
- Klien tak dapat hasil kerja yang diharapkan, dan freelancer mereka asyik kikis duit.
Maklumlah, bila ramai sangat manusia ni macam-macamlah ragamnya. Mujur juga saya masuk program GLOW tu sebab mereka explain siap-siap what to expect daripada laman ni.
Tapi bila alaminya sendiri, saya pun tak dapat lari daripada angguk setuju dengan geng 80% di atas, details saya cerita dalam artikel di bawah:
Mula-mula saya hairan juga kenapa pihak penganjur perkenalkan juga platform ni kepada para peserta kalau dah tahu ia shitty marketplace.
Akhirnya saya faham bahawa itulah cara penganjur ucapkan ‘Welcome to the real freelancing world’. Mereka nak peserta belajar on the ground taktik buru klien, buat killer proposal dan macam mana rasanya menghadap scammers
Lagipun platform ini paling senang nak tembus, siapa-siapa pun boleh masuk walaupun baru nak bertatih berbanding platform gig lain yang lebih ketat dalam proses tapisan.
Selepas dah biasa dan mahir dengan Freelancer.com, barulah mereka bawa para peserta ke platform yang lebih semenggah sikit dan recommended iaitu Upwork.
Kesimpulan
Saya tak rasa platform ini buruk belaka.
Mungkinlah ada juga terselit sikit rasa macam buang masa, emosi dan tenaga sebab hakikatnya projek dan klien yang serius merupakan spesies terancam di dalam tu.
Ada juga experienced freelancer lain yang nasihatkan supaya avoid the freelancing markets at all cost kalau tak nak makan pasir dan cari high-paying job dan klien dengan teknik cold calling. Betul lah tu.
Tapi apa pun saya open je experience dengan platform ini sebab hikmah yang saya nampak adalah ia mengajar saya macam-macam perkara, be it soal kerja dan kehidupan.
Dari sudut positif lain pula, ia buka pintu pelbagai peluang dan pengalaman untuk diteroka. Kadang kita kena buat langkah pertama dulu untuk melalui 1001 perjalanan. Rupanya ada beratus lagi tempat gig yang boleh jadi sales channel kepada freelancers.
Macam yang saya cakap dalam entri lepas, ia mencelikkan mata saya bahawa job market terutama freelancing ini tak terhad dalam Malaysia sahaja tapi global, dan boleh bekerja secara remotely.
Keseluruhannya, saya tak rasa daftar masuk ke platform Freelancer.com ni sia-sia kalau tengok benefit dari segi pengalaman.
Sekurang-kurangnya saya tahu platform gig ini penuh dengan sampah sarap. Let’s move on.
Photo by Cookie the Pom on Unsplash
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.
Hai Zafirah. Saya pengguna baru Freelancer.com. Nak tanya, masa first register Freelancer.com tu, kita perlu masukkan nombor kad kredit/debit kita untuk pembayaran? Sedikit risau untuk bab ni sebab ingatkan Freelancer cuma perlukan bank account kita untuk pembayaran. Terima kasih.
Hai Malihah. Sorry lambat reply. Ya, transaksi oversea memang selalunya macam tu. Saya guna paypal