Review Masuk Program GLOW Penjana

Dalam entri lepas, saya ada cerita pengalaman mula-mula masuk program GLOW Penjana.

Secara ringkas, difahamkan GLOW Penjana ini wujud untuk melatih rakyat Malaysia jadi freelancer dan cari peluang dalam pasaran kerja di peringkat global secara jarak jauh.

Macam mana nak join program ini, boleh baca details dalam artikel ini.

Pengalaman Masuk Program GLOW Bawah MDEC Untuk Jadi Digital Freelancer

Saat artikel blog ini ditulis, saya telah pun habis menjalani program tersebut yang berlangsung selama 3 bulan.

Jujur saya rasa, banyak perkara yang saya belajar sepanjang program itu. Sama ada sisi manis dan pahit.

Sisi manis

Semasa program ini, saya berkenalan dengan freelancing market utama seperti Freelancer, Upwork dan Fiverr.

Mentor dan trainer banyak ajar macam mana nak guna platform Freelancer tu. Penting untuk faham features dan cara gunanya sebab kalau main redah je, macam-macam akibatnya.

Kos membership Freelancer selama 6 bulan ditanggung beres oleh MDEC. Bila jadi membership, kita ada kuota untuk bid kerja banyak mana kita suka (limit 100).

Seterusnya, tips untuk survive dalam freelancing world pun turut diperturunkan kepada para peserta oleh mentor yang berpengalaman.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk rasa macam mana bekerja dengan klien dari luar negara, merentas benua dan garis zon masa secara jarak jauh dalam bidang kecintaan saya iaitu penulisan.

The momen dapat my first job dan rating 5 star di platform gig itu Insya-Allah tak akan saya lupa sampai bila-bila. Mungkin ia nampak benda kecik di mata orang. Tapi, it means a world to me sebab pengalaman baru dan bukan mudah nak dapat.

Selain itu, saya turut discover pelbagai peluang, tips tentang freelance writing dan belajar daripada orang yang berpengalaman. Banyak artikel dan video tutorial tentang bidang ni yang saya simpan untuk tengok balik dan kongsikan dengan anda dari segi teknikal.

Apa yang saya belajar secara umum:

  1. Sangat ramai orang nak jadi freelance writer di seluruh dunia.
  2. Orang-orang yang sudah top tak terkecuali untuk bermula dari bawah, melalui kepayahan untuk sampai ke tahap di mana mereka berada sekarang.
  3. Cepat atau lambat, minat dan kesungguhan Insya-Allah akan membuahkan hasil. Saya lihat orang yang suka sangat dengan apa yang dia buat, dia tetap buat sama ada dapat duit atau tak. At the end, skil dan minat yang dituai itu berbakti kepadanya pula.
  4. Freelancing market platform memang lubuk cari klien. Tapi untuk cari klien yang lebih berkualiti dan job mahal bukan di situ. Ada taktik lain. Bila dah ada pengalaman dan makin cerdik, jangan harapkan freelancer, Upwork dan Fiverr tu semata-mata. Cari juga saluran lain.

Sisi manis lain, boleh praktis dan test English okay ke tidak masa berkomunikasi dengan overseas client terutama dari segi penulisan.

Last sekali, program ini percuma.

Sisi gelap

Mencari genuine client dan job dalam platform gig ini ibarat cari jarum dalam jerami sebab banyak sangat cheap clients dan scammers.

Scammer ini tidak terhad pada peras duit tetapi juga perah hasil kerja anda secara percuma. Cheap client pula nak bayar keringat anda serendah mungkin, atau samakan nilai masa anda dengan harga sandwich.

Pemerhatian dan pengalaman ini saya akan cerita dalam entri seterusnya, iaitu khusus untuk review platform Freelancer.com sahaja.

Sekiranya anda ada pengalaman jadi freelancer bertahun-tahun dan sudah pro, saya rasa program GLOW ini bukan level anda tapi untuk pemula yang baru nak kenal dunia freelancing.

Sebab para peserta selalu digalakkan untuk bermula dari bawah dan terima je job walaupun upah ciput demi pengalaman dan rating kalau you tak ada experience langsung untuk buktikan apa-apa dekat potential klien.

Main dalam gelanggang freelancing market ni memang selalu kena start dari zero. Kalau anda staf mithali di tempat kerja atau rock star dalam gig Fiverr, dan contohnya baru nak join Upwork, anda tetap perlu mula dari garisan permulaan. Tapi usah lupa untuk leverage segala pengalaman dan kelebihan yang anda ada.

Saranan itu bukan sahaja terpacul keluar dari mulut tok guru kami tetapi juga freelancers lain yang saya baca dalam blog dan forum. Untuk bincang bab harga ni memang kena power nego habis and know your worth.

Dalam program itu, para peserta dijanjikan untuk diberi elaun dalam program selepas capai target. Tapi entah kenapa MDEC lambat bank-in. Saya dengar banyak juga peserta yang dah bising. Apa pun saya percaya pihak master trainer selalu cuba yang terbaik untuk fight for our claims.

Nanti kalau pihak berkenaan dah bank in insya-Allah saya update balik.

What to expect

Saranan saya kepada sesiapa yang berniat nak sertai program ini:

1. Elakkan tunggu disuap

Dalam program ini ada master trainer dan mentor yang akan membimbing dan bantu anda sedaya upaya mereka. Mereka akan melayan anda seperti orang dewasa. Maksudnya di sini, mereka tak akan paksa atau suap anda semua benda.

Mereka hanya akan bagi joran, suluh jalan dan terpulang pada diri untuk guna pengetahuan dan ilmu yang dikongsi itu macam mana bagi memancing klien dan kerja.

Mereka ajar basic, kemudian diri sendiri yang perlu banyak teroka dan praktikkan.

Pada akhirnya, pengalamanlah yang jadi guru terbaik anda. Begitulah bagaimana orang dewasa belajar. Bukan lagi anak-anak sekolah yang perlu dirotan sekiranya tak buat tugasan yang disuruh.

Freelancing ini memang solo journey dan kena banyak berdikari. Mentor ni macam buddy la sepanjang program tu, supaya kita tak give up.

2. Kenal pasti minat dan tahu nak buat apa dalam hidup

Dalam industri freelancing, kebanyakan job biasanya saya tengok dalam bidang kreatif seperti penulisan, rekaan, multimedia, digital marketing, bahasa.

Manakala lain-lain pula saya tengok akaun, admin, data entry, komputer dan IT. Dan apa lagi ya? Kalau ada bidang yang saya terlepas pandang, boleh kongsikan di ruangan komen.

Pada pendapat saya, penting untuk kita tahu apa goals dan steps yang kita nak capai dan sangat suka buat.

Janganlah bila tengok orang buat duit dengan virtual assistant, kita pun nak jadi virtual assistant. Bila tengok kerja data entry senang, kita pun nak kerja data entry.

Maksud saya di sini ialah tak usah jadi lalang tapi jadilah pokok yang tak tercabut akar dengan pertahankan minat kita biar ribut sekali pun. Baik fokus satu dulu dan buat sampai jadi. Ouch, tersentak dengan kata-kata sendiri.

Satu lagi, bahaya juga kalau mengharapkan dapat duit banyak dengan buat kerja senang sebab biasanya itu jerat scammer.

3. Tak perlu expect apa-apa terutama dari segi kewangan, niatlah masuk untuk gali ilmu dan pengalaman.

Bukan apa, saya tak mahu anda kecewa sekiranya anda expect apa-apa yang bersimbol wang daripada program ini.

Awal-awal program biasanya anda akan dihidangkan dengan success stories tentang peserta yang jana banyak duit RM hasil convert dolar.

Memang ada peserta yang terbukti successful tapi tidak bermaksud ia senang dan duit jatuh segepuk dari langit begitu sahaja. Ia atas doa, usaha, teknik yang betul malah tuah rezeki.

Dan mungkin anda tertarik untuk join sebab dengar kata dapat elaun. Namun berdasarkan pengalaman sendiri, tunggu duit elaun masuk itu bagaikan tunggu siput babi siap bergerak dari bucu Perlis sampai ke hujung Johor.

Kesimpulan

Keseluruhannya, saya rasa masuk program GLOW Penjana ini bukan perkara sia-sia sebab dengan mindset dan niat yang betul, anda akan belajar banyak perkara dan untung-untung boleh jana pendapatan sebagai side income atau full-time terus.

Selain itu, ia buka pintu dan jendela suatu dunia baru kepada anda. Bila masuk program ni, nanti anda akan nampak macam-macam peluang yang anda boleh teroka dalam dunia internet tanpa batas ini. Dan peluang kerja itu tak terhad dalam pasaran Malaysia sahaja tetapi juga global. Itu apa yang saya nampaklah.

Setakat apa yang saya tahu, penyertaan sudah ditutup. Nanti bila buka balik, rebutlah peluang itu, teguklah segala ilmu dan pengalaman daripada tenaga pengajar dan amalkan.

Selamat maju jaya 🙂

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

2 thoughts on “Review Masuk Program GLOW Penjana”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top