Review Novel Ranah Pusaka
“Ada benda yang kucari. Barang berharga. Sebuah pusaka. Sangat penting, tapi belum ketemu sampai sekarang. Aku ingin kalian bantu aku menemukannya,” kata Arka, si pemilik rumah sewa itu.
Mahu tidak mahu, Kali, Badran dan Ilyas menurut sahaja permintaan Arka demi duduk di rumah sewa itu secara percuma.
Mereka pun bekerjasama memecahkan misteri harta karun yang tersembunyi di dalam rumah pusaka tersebut. Sekaligus rahsia kehidupan peribadi para penghuni terkuak.
Semuanya bermula dengan rumah sewa di hujung jalan itu. Tersingkap kisah pemberontakan jiwa, pencarian harta karun, kehadiran tetamu misteri dan menyusuri masa lampau.
Saya tertarik dengan novel ‘Ranah Pusaka’ karya penulis Nellaneva dari negara jiran ini sebab ilustrasi kulit buku yang cantik. Lantas membelinya di Gramedia Shopee setelah membaca ulasan pembaca lain.
Alhamdulillah, tak salah buat pilihan sebab jalan cerita, gaya bahasa dan pesan moral yang terkandung dalam buku ini menepati selera.
Apa yang saya suka tentang naskah ini adalah mesej tersirat yang boleh relate dengan kehidupan ini menerusi cerita wataknya.
Kadang jiwa kacau sebab banyak meletakkan expectations pada diri. Misalnya kena berjaya pada umur sekian-sekian. Belajar pandai-pandai supaya jadi orang hebat.
Tapi kadang hidup ni tak bergerak lurus, bila jumpa jalan tak rata atau terlopak, jadi stress sebab tak capai expectation.
Itulah yang berlaku kepada Kali. Sedar dirinya tak cantik mana, dia belajar sungguh-sungguh dan aktif dalam kepimpinan kerana mengejar pencapaian serta mahu memikat lelaki idamannya.
Baca lagi: Tuesday & Dumped By Amal Nadiah: Live Bigger, Love Harder And Travel Further
Dia percaya hidup ni perlu ikut norma masyarakat seperti belajar tinggi-tinggi–> bekerja professional–> berkahwin dengan pasangan ideal. Jika lari daripada kebiasaan itu, biasanya dianggap ‘loser’ atau ‘produk gagal’ oleh masyarakat.
Apabila terhalang atau belum masanya mencapai semua itu, jiwa Kali memberontak. Dia berasa ketingggalan belakang dalam menuju alam dewasa dan marah pada semua benda termasuk menyisihkan diri, menolak orang sekelilingnya.
Sehinggalah dia bertemu Arka di rumah sewa itu, yang perlahan-lahan cuba membantunya keluar dari konflik dalaman.
Kali: Kamu tak peduli kata-kata orang? Cakap-cakap jiran tetangga atau saudara mara? Tidak iri lihat teman seangkatan yang mungkin sudah lebih sukses?
Arka: Kenapa harus peduli dan iri?
Kali: Kerana, yalah, ‘ekspektasi masyarakat’ ?
Arka: Hmm, kenapa harus seksa diri hanya untuk penuhi kata-kata orang? Kenapa perlu paksa diri buat sama macam orang lain?
Kali: Tak takut rasa tersisih dan tertinggal belakang?
Arka: Ketika kita paksa untuk jadi macam orang lain, padahal belum tentu itu sesuai buat kita, itu maknanya kita sudah tidak menghargai diri sendiri.
Paling susah sekali adalah memahami yang benar-benar kita inginkan tanpa ikut-ikutan orang lain. Otak kita sudah terpateri sejak kecil untuk ikut pola sama seperti majoriti manusia.
Padahal tidak harus seperti itu bukan? Apa dengan lulus cepat akan jadi jaminan sukses? Sememangnya definisi sukses itu apa?
Apa dengan punya banyak wang bakal senang terus? Apa dengan menikah seseorang bakal automatik bahagia? Apa manusia baru bisa merasa ‘utuh’ setelah punya anak?
Apa semua itu adalah prestasi yang harus dipenuhi? Aku rasa tidak. – Arka, Ranah Pusaka
Kali hairan dengan tingkah laku Arka yang bersahaja, dan kagum dengan wawasan pemuda itu yang mahu menjalani hidup hanya dengan menjadi sendiri, memberi manfaat kepada orang dan accept the life as it is. Tetapi ternyata pemuda itu pun ada kisah sedih tersendiri.
Akhirnya Kali berusaha memahami dan berdamai dengan emosinya sendiri. Pasrahkan diri bahawa memang ada hal-hal yang berada di luar kawalannya. Kadang tak perlu paksa sangat diri bagi mengawal keadaan sebaliknya belajar juga untuk menerima.
Sebelum menaip artikel ini, saya terbaca perkongsian menarik Maisarah Mahmud via Lysa di Twitter.
Bila cita-cita atau hajat belum tercapai, pujuk diri, ‘Allah knows best’.
Untuk dapatkan buku ini, boleh cari kat aplikasi Shopee, Gramedia.