Pengalaman Masuk Program GLOW Bawah MDEC Untuk Jadi Digital Freelancer

Hujung tahun 2020

Masa tu, Covid 19 masih bermaharajalela dan ekonomi dunia turut hampir terbunuh kesan daripadanya. Di Malaysia, sejuta orang menganggur. Salah seorang daripada statistik itu ialah aku.

Masa Perintah Kawalan Berkurung (PKP) bulan Mac 2020 tu, aku sempat balik kampung dan berkurung di sana bersama keluarga tersayang selama setengah tahun.

Sepanjang itu, aku siapkan tesis masters, buat projek freelance dan merenung masa depan yang tak pasti.

Walaupun belum merasa lagi kerja dan pendapatan stabil, aku bersyukur juga sebab direzekikan:

  • masa yang mewah
  • dapat ilmu pengetahuan baru dan lama
  • keluarga selalu ada di sisi
  • kesihatan okay
  • rasa lebih dekat dengan Tuhan
  • tak ada hutang dan komitmen berat-berat
  • sampai dakwat kering pun tak habis hitung nikmat Tuhan bagi.

Kemudian, aku dapat tahu kerajaan cuba pulihkan eknomi Malaysia melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Apa yang best, banyak kursus-kursus yang harganya ribu-ribu jadi percuma sebab ditanggung beres oleh kerajaan untuk bantu rakyat asah skil yang boleh jana pendapatan.

MDEC, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ada buat sebuah program yang dipanggil GLOW PENJANA.

Dulu dipanggil e-rezeki tak silap aku sekarang ia rebrand jadi GLOW, akronim untuk Global Online Workforce. Apa yang aku faham, program ni nak train orang Malaysia untuk boleh bekerja sendiri dan cari kerja di platform-platform gig. Okay, ini website dia, tekan sini. 

Freelancer ni maksudnya you bekerja sendiri, siapkan projek untuk klien dalam jangka masa tertentu dan bertindak sebagai ‘kontraktor’, bukan pekerja bagi sesuatu organisasi itu.

Untuk GLOW, mereka bagi training 3 hari untuk ajar orang-orang yang berminat nak jadi digital freelancer.

Manakala GLOW PENJANA pula latihan intensif yang berlangsung selama 3 bulan yang lengkap dengan training dan mentoring. Mereka akan bantu sedaya upaya untuk pastikan pelatih boleh cipta kerjaya dan buat duit sendiri. Yang ini mereka utamakan penganggur, orang yang kehilangan kerja dan graduan.

Memandangkan aku ada semua ciri-ciri di atas (tengah pursuing masters, tak pernah bekerja dengan orang, klien regular dari sebuah syarikat penerbitan dah tak boleh bayar servis aku) maka aku pun daftar masuk…

November 2020

Aku dah lama tahu pasal program yang pernah dikenali dengan nama e-rezeki ni tapi tak tahu nak masuk macam mana.

Suatu hari, post tentang GLOW PENJANA daripada page MDEC lalu di dinding Facebook aku. Disertakan juga video tentang bekas peserta yang cerita tentang pengalamannya.

Aku tertarik dan terus daftar masuk. Lepas tu, aku dapat kiriman emel yang berisi link untuk create profile di website mereka. Ada ujian kelayakan untuk masuk iaitu ujian IT dan English. Jangan risau, soalan-soalannya semudah makan kuaci. Insya-Allah.

Kemudian aku terus diterima masuk. Syukur, Alhamdulillah.

Aku ingat susah gila nak masuk tapi tak pun waktu tu. Malah mereka siap cari orang lagi.

Kenapa tak ramai ya berebut nak masuk? Mungkin sebab ramai tak tahu atau tak minat.

Nomad digital belum lagi jadi gaya hidup yang diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Kalau di US, ini dah jadi trend dan tak mustahil dalam masa dua tiga tahun lagi akan sampai juga di Malaysia.

Mungkin juga sama seperti berniaga, freelance ini bukan untuk semua orang. Ia ambil masa jugalah untuk develop skil dan menikmati hasil usaha itu. Sebab itulah ada yang buat freelance ini sebagai side-hustle dan secure juga kerja utama lain.

Training bermula pada akhir bulan 11, berlangsung selama 3 hari berturut-turut secara online.

Sempat juga kami dihidangkan dengan success stories para peserta sebelum ini. Ada yang dah jadi jutawan pun dan bekerja syarikat gergasi dari luar negara seperti Google, Nestle dan Netflix in project basis. Dalam apa jua bidang, soal kewangan dan pencapaian memang jadi kayu ukur untuk tarik perhatian orang.

Aku rasa inspired dengan cerita-cerita mereka walaupun aku rasa apa yang dipertontonkan itu cuma surface. Dan bayangan tukaran mata wang USD ke RM itu memang menggiurkan.

Namun deep inside, aku tahu realiti di lapangan tidaklah asyik cerah je. Mesti terselit juga kisah mendung dan hujan. Tapi tak mengapa, sebab lepas hujan, pelangi pula muncul.

Kalau dijanjikan untuk senang sangat dapat duit, itu biasanya scam bukan kerja.

Cuma aku pelik juga mengapa asyik cerita sisi best je tapi the downside of freelance tidak berapa disentuh dalam kelas misalnya medical benefits tanggung sendiri, lonely journey, segelintir klien from hell, chasing payment dan tak stabil. Dalam artikel yang aku baca, freelancer pun suffers juga sebab tak dapat job dek kerana klien mereka bermasalah kewangan nak hire.

Mungkin mereka tak nak menakutkan atau melemahkan semangat peserta baru nak masuk kot. Atau semua tu guru terbaik yang kena ajar iaitu pengalaman.

Begitulah, dalam mana-mana industri pun ada pros dan cons tersendiri. Kena seimbang lah. Jangan terlalu paranoid dan tak boleh juga naif sangat.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang kenapa aku tak boleh nak tolak untuk pilih freelance industry ni:

  1. Nak based di Terengganu, nak duduk dengan orang tua aku.
  2. Seronok belajar perkara dan skil baru.
  3. Tak nak dikawal sesiapa.

Freelance industry ini memang tiada kepastian atau jaminan apa-apa namun hasilnya berbaloi lepas menuai.

Dalam training untuk jadi freelancer itu, aku belajar macam mana cara nak buat profile di job board, ambil gambar dengan professional dan job flow dia macam mana.

Platform yang dia ajar adalah Freelancer.com yang Insya-Allah akan aku kongsi pandangan dan pengalaman menggunakannya dalam post seterusnya…

Sumber featured image: fancycrave1/Pixabay

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

19 thoughts on “Pengalaman Masuk Program GLOW Bawah MDEC Untuk Jadi Digital Freelancer”

  1. Frustrated peserta

    Hi I juga masuk program myglow from MDEC in November…One thing that is disappointing is sampai hari ni tak dapat allowance RM 500 yg dijanjikan

    What abt u? Did u get your allowance.

    I don’t have confidence in MDEC company.Something not right

    1. Hi, I just claimed last month, belum dapat juga masa komen ini. Oh, you masuk in November, so kita satu batch la. I think maybe sebab they take time nak verify payment apa semua, corporate biasanya macam tu lah, tambahan pula pesertanya sangat ramai. Sabar ya

    2. im trully indeed with your opinion,aku sampai chat HQ dengan coach tu pum tipu jugak cakap nak submit 17march pastu aku dh call hq dia ckp submit tarikh 28 april 🤣🤌🏻 come on lah kan? memang rasa mcm scam lepas join dpt duit, memang tak legit sangat menatang ni, kalau proses lama? kenapa dia xbg date line untuk kita dapat? memang tak lah kan? hq aku sent screenshot yang coach tu ckp pun depa senyap tambah aku sent kt gov punya pun senyap, memang tak legit lah cita dia 🤷🏻‍♂️

  2. Hi! Sy pun peserta jugak. Join bulan dec. Job dh dapt semua dan rasa dah eligible untuk dpt full allowance. Tapi mcm tu lah. Bermula dari bulan pertama sampai habis bulan 3, not a single penny masuk dlm account. Hahahha adoi

    1. Hi Niz! I understand that sebab kita sama boat. Marilah kita berhuhuhu sama-sama tunggu elaun masuk. Apa pun I believe our trainers try their best to fight for our claims

  3. hi salam . nak tanya, pendaftaran untuk glow & glow penjana msih di buka atau sudah tutup? sebab i just quit my one year contract job in medical sector to join this freelancing oppurtunity. thank you..

    1. Hi, salam Afiq. I asked my mentor, dan saya dengar pendaftaran sudah ditutup saat komen ini ditulis. Insya-Allah dalam masa sebulan dua lagi kot mereka buka lagi. Cuba follow rapat-rapat FB page diaorang, MDEC dan GLOW.

      1. Hai nak tanya, elaun glow penjana dah dapat ke? If dah dapat, berapa lama tunggu elaun nak masuk tu?

          1. Huhuhu.. bulan lepas bru dpt sikit . Sikit je.. geng dpt 500 pdhal x berapa aktif. Saya ni bru dpt 150.. huhuhu.. bulan ni pun yillek

  4. Huhuhu.. bulan lepas bru dpt sikit . Sikit je.. geng dpt 500 pdhal x berapa aktif. Saya ni bru dpt 150.. huhuhu.. bulan ni pun yillek

  5. Hi saya nak bertanya tempoh nak dapat training selepas kita register berapa lama? saya dah daftar GLOW ni 13/12 haritu dan sampai sekarang dia masih tulis di status pending GLOW training.

    1. Hi, maaf lambat reply. Batch saya dulu tak lama mana tunggu. Dalam masa 24 jam terus accepted sebab masa tu diorang nak cari peserta ramai-ramai. Now dengar cerita diaorang makin strict dan cari orang yang betul-betul serius nak masuk dan boleh bagi komitmen sahaja

  6. Hi salam, saya baru register glow penjana. Biasanya berapa lama untuk dipanggil interview? Sebab saya masih stage pending interview.

    1. Hi, waalaikumussalam. Saya dulu tiada interview dan terus diterima masuk. Masa tu diaorang nak cari seramai mungkin orang. Sekarang dengarnya pengurusan baru yang handle GLOW dan saya pun tak pasti dah macam mana prosesnya. Maaf tak dapat jawab soalan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top