Jahatnya Scammers! Elakkan Jenis Penipuan Ini

Jahatnya scammers! Ikutkan emosi dan hati yang panas, rasa nak maki habis-habisan diaorang ni.

Macam-macam cerita tentang orang kena scammed yang naik di garis masa media sosial aku. Antara cerita yang aku pernah baca:

#1 Scammers Pelaburan & Trading

Seorang ibu dedah dia kena scammed oleh skim pelaburan atau trading.

Duit untuk keperluan hidup seperti sewa rumah yang dilabur akhirnya lebur sebab terpengaruh dengan  pulangan lumayan oleh pemain trading.

Menerusi luahannya dalam grup FB, dia dijerat di grup telegram trading. Aku pun beberapa kali dimasukkan ke dalam grup haram tu dan aku terus left & report. Entah dari mana diorang dapat nombor aku.

#2 Scammers Kerja Part-Time Online

Kalau nampak iklan kerja part time online yang janjikan kerja mudah dan bayaran RM 500 sehari, lari lah jauh-jauh atau report scam.

Kalau ada kerja macam tu, dah lama diorang rembat untuk diri sendiri. Buat apa beria cari orang. Takde orang nak bagi duit banyak-banyak  senang-senang macam tu kat kita.

Hari tu aku terbaca tular di Twitter seorang student lesap RM 7,000 sampai tinggal seringgit lebih di dalam akaun!

Lelaki ni pula bongkar sindiket scammer rekruiter kerja online:

#3 Scammers Agensi Pelancongan & Haji

Ini paling sedih, sebab orang Islam dan Melayu sendiri buat makan duit haram dan menganiaya orang. Kecewa juga bila baca orang tunggang agama untuk scam duit orang.

Semasa artikel ni ditaip, heboh satu negara apabila seramai 400 orang jemaah haji terkandas di KLIA sebab VISA tak lepas.

Dan banyak lagi cerita-cerita scam lain seperti love scam, hartanah, sewa bangunan, scam derma dan lain-lain. Paling banyak phone scam, jangan sesekali share no.OTP bank atau maklumat peribadi kepada nombor asing.

Ragam Netizen Tentang Scammer

Macam-macam respons netizen bila isu scam ni naik. Ada yang share macam mana dia scam scammer tu balik, bagi ayat pickup line dan pasang apps truecaller pada phone.

Paling dahsyat bila ada yang santau scammer tu sampai muntah paku darah dan merayu-rayu minta maaf nak pulangkan balik duit. Janganlah bertuhankan duit sampai tergamak buat kerja syirik dan tergadai akidah. Peringatan ni untuk aku juga.

Pengajaran

Bila viral cerita-cerita macam ni, ia bagi pengajaran dan warning supaya orang ramai awas. Namun cerita-cerita ni saban tahun naik, tapi still ramai yang terkena. Kadang aku tertanya, adakah orang tak ambik iktibar atau macam mana?

Bercampur-campur juga antara rasa bengang dan simpati pada mangsa.

Aku risau nak kata macam ni sebab takut terpantul balik atau diuji benda sama tapi aku bengang juga pada mangsa yang mudah terpedaya, mahukan easy money dan tak ambik iktibar atau tak fikir panjang.

Rasa kesian pula sebab maybe si mangsa naif (terutamanya golongan tua), mungkin terdesak dan mahukan harapan dalam hidup ni atau dah cuba macam-macam untuk tepis tapi terkena juga.

Iktibar yang aku dapat daripada kisah-kisah ni adalah cari duit di saluran yang betul, jangan kelabu mata dan takde easy money di dunia ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top