Mula-mula aku agak risau nak belajar bahasa Jepun. Takut hangat-hangat taik ayam macam bahasa Perancis.
But I just want to give it a go.
Kenapa Nak Belajar Bahasa Jepun
Tertarik dengan bahasa Jepun ni sebab semasa kerja dengan a digital media company niche Korean dulu, aku discover culture Jepun lagi kaya dan menarik berbanding Korea.
Banyak info best-best aku jumpa yang tak sabar share dengan dunia, aku siap buat online magazine tau nak curate segala informasi dan content tu.
Kemudian bila aku pergi kedai buku Kinokuniya, novel-novel dan buku dalam bahasa Jepun. Kan best kalau aku faham kontennya.
Lepas tu aku cuba juga pasang niat yang murni-murni, nak berbakti kepada agama.
Dalam buku ‘Mencari Unta Merah Jepun’, ustaz yang berdakwah kat sana kata antara cabarannya adalah jurang bahasa. Tak ramai Muslim pandai berbahasa Jepun untuk ajak rakyat sakura itu mengenal dan memeluk Islam.
Inspired juga dengan tweet @aidanurariza ni:
Then soal kerjaya dan ekonomi turut mendominasi niat aku.
Dalam group FB Entrepreneurs & Startups in Malaysia, ada someone share member dia kerja customer service dengan gaji 15K, beranak di Prince Court ditaja penuh oleh company. Sebab dia mahir bahasa Jepun. So dapat peluang bekerja dengan a big company.
Daftar Kelas Kelas Bahasa Jepun
Bila baca-baca pengalaman orang belajar bahasa Jepun, cara paling berkesan untuk aku serius mastering bahasa tersebut adalah ambil exam Japanese Language Profiency Test (JLPT) tu. Sebab aku jenis exam oriented dan ulat buku.
Aku tahu, kalau belajar sendiri semangat itu memang ke laut.
Jadi aku daftar kelas anjuran yang ditemui kat Twitter. Yurannya tak mahal mana sebab ada promosi masa aku daftar tu- RM 50 sebulan.
Kelas dibuat secara online dan ada rakaman. Nota dan latihan turut disediakan. Difahamkan silibus kelas itu mengikut standard exam JLPT.
Hari Pertama Kelas
Sedikit berantakan sebab diaorang pakai Google Meet untuk online class. Aku prefer Zoom sebab dah biasa guna tapi ikut je lah.
Sensei ajar laju juga macam bullet train kat Jepun. Sedar-sedar dah habis part cara tulis huruf-huruf hiragana. Aku tengok orang lain macam faham je apa dia ajar.
Aku sorang je ke terkial-kial? Bila lost macam tu, aku pun buka YouTube taip ‘Hiragana writing tutorials’ then gelak sorang-sorang baca komen netizen yang lawak-lawak kat bawah hahhahha.
Bila dah habis kelas, sensei minta feedback so aku komen pengajarannya agak laju dan aku tak sempat catch up.
Untuk tangani blur lagi di dalam kelas, lepas ni aku kena prepare dan praktis dulu sebelum sensei ajar. Aku tengok orang lain yang faham ni maybe sebab dia dah ada basic Japanese skil dan pernah belajar sebelum ni.
Itu cerita hari pertama, nanti Insya-Allah bersambung seterusnya…
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.