Kaya paling senang tetapi berat nak dapat adalah kekayaan jiwa.
Selepas berhenti kerja, aku aktif semula buka Twitter setelah lama menyepi. Macam biasa, laman sosial itu tak pernah sunyi daripada pelbagai isu, umpatan dan keluhan.
Sebagai millennials, aku pun suka guna media sosial- baca info, insights, wisdom orang, dapat inspirasi dan pengetahuan. Kadang jadi tempat melampiaskan kreativiti dan buat duit.
Cuma aku kena hadkan mindless scrolling sebab aku rasa dunia siber ni ‘bingit dan bising’. Penat otak nak cerna semua content yang lalu di garis masa. Masa yang sepatutnya guna untuk productivity pun banyak terbunuh ditelan media sosial dan phone.
Terlalu banyak yang cuba memancing perhatian, masa dan duit kita. Walaupun aku copywriter, kadang aku pun rasa letih juga dengan iklan yang memenuhi atmosfera ni.
Begitu juga dengan berita-berita yang merangsang kemarahan dan kebimbangan netizen. Belum lagi masuk bab aksi dan statement bangang orang politik, selebriti atau netizen yang kejar perhatian.
Termasuk lambakan informasi yang nampak bagus tapi just memenuhkan ‘sampah’ dalam kepala. Aku suka baca topik bisnes, digital marketing dan culture tapi pengetahuan itu tak jadi ilmu kalau tak amalkan dan praktis. The best learning is via doing namun aku masih struggle untuk tukarkan input jadi output yang bernilai. Turut bergelut nak konsisten.
Susah Betul Nak Fokus Baca Buku Sekarang
Aku tengah merindui momen itu, baca buku di pangkin bawah pokok kat kampung nenek aku di mana line telefon dan internet tenggelam timbul. Jika selebriti atau figura Malaysia terkena cirit-birit, maybe aku orang last yang tahu sebab berita viral tak sampai sana.
Hobi aku beli buku tapi banyak tak terbaca sebab kalah dengan phone. Saingan buku zaman sekarang bukan calang-calang iaitu Netflix, game, YouTube, artikel-artikel online dan luahan masalah percintaan.
Walaupun berzillion maklumat ada di internet ni, tak boleh lawan buku bercetak- sumber ilmu yang dah berkurun wujud. Aku ingat lagi, ketika melalui dark phase dalam hidup, bukulah merawat hati aku yang tercedera.
Masa tu aku hiatus daripada media sosial, langsung tak ambik port apa yang netizen amukkan dalam tu dan habiskan masa dengan membaca buku. Turns out, zaman kebangkitan dan kegemilangan aku pun terjadi.
Kini, perjalanan menuju sukses dirasakan berliku-liku malah ada roadblock walaupun akses dan peluang ada di mana-mana.
Malah nak berangkat dari titik A ke titik B dirasakan amat payah. Kerana tidak jumpa titik tujuan yang sebenar, atau mengabaikannya sebab terlalu sibuk dengar apa kata orang, kata pakar, media dan netizen.
“Dan sering menunda-nunda…” – Tom Liwafa
Kenapa Sukar Nak Kaya Dan Berjaya?
“Kerana banyak mendapatkan ‘sampah’ daripada orang lain.” kata Tom Liwafa dalam buku ‘Personal Branding- Bisa Mengubah Takdir’ yang aku beli di Shopee. Banyak juga ayatnya yang menyentak aku.
‘Sampah’ yang dimaksudkan adalah sampah fikiran yang tiada manfaat untuk perkembangan diri. Sampah itu selalu kata kita tak mampu, tak berbakat, tak kaya sampai jadi pesimis malah sinis.
Sumber sampah ini boleh jadi datang daripada maklumat yang kita serap seperti berita yang menyiarkan kekacauan dan keburukan orang lain. Awas dengan vibrasi negatif ini sebab ia boleh meracun fikiran kita.
Apabila terjebak dengan situasi dan circle negatif, lama-lama timbul satu vibes yang sama. Bila asyik tengok orang mencarut, baran atau kompelin tak puas hati, kita pun jadi marah-marah, sering mengeluh, dengki tengok orang kaya, mahu kaya juga tetapi tiada usaha nak memperbaiki hidup.
Memang ada orang kaya sebab untung nasib, rezeki dia, latar belakang keluarga dan connection. Namun setiap orang juga dikehendaki berusaha mengubah nasib sendiri seperti yang dijanjikan Tuhan.
Dalam hidup ni akan ada perkara berlaku berada di luar kawalan kita misalnya inflasi, keadaan ekonomi, dan perasaan orang terhadap kita. Mahu melihat dunia lebih baik, mungkin bermula dengan pemikiran diri sendiri.