Tahun 2017
Masa tu, saya baru habis ijazah pertama dan merupakan seorang fresh graduate yang dah tak berapa fresh. Hari konvokesyen dah lama habis. Enam bulan saya terperap di rumah menghabiskan beras.
Saya jadi ‘penanam anggur’ separuh masa sebab ada la buat freelance sikit-sikit. Kerja pertama saya masa tu adalah penterjemah manuskrip komik dan penulis artikel untuk website dan majalah. Bila publish, dapat la duit honorarium.
Saya suka kerja dari rumah ni, lagipun pengalaman semasa praktikal dulu buat saya perit nak hadap kesialan segelintir perangai manusia di tempat kerja. I used to be an ambitious, ada banyak goals dan pengejar sijil dekan semasa di universiti tapi entah kenapa saya down teruk masa tu. Mungkin terkejut dengan transisi ke alam dewasa dan belum matang. Gone sudah zaman huha-huha.
Masa itu jugalah saya sedar yang life ini bukan bergerak lurus seperti yang dimahukan. Mesti ada bengkang bengkok dan persimpangan.
Selepas kena ‘basuh, bilas dan berus’ dengan keluarga supaya bekerja dan jadi orang berguna kepada bangsa dan negara, akhirnya berbelas resume & CV saya hantar kepada pelbagai organisasi dan syarikat untuk minta kerja yang sesuai dengan degree saya tapi hampas yang saya dapat. Ada yang jawab dan ada juga cengkerik tolong reply. Krik krik krik sampai ke hari ni.
Cari kerja
Selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah as a freelancer, saya nekad nak cari pengalaman kerja di luar rumah pula dan tengok matahari. Rasa macam baru lepas keluar dari gua pun ada.
Suatu hari, saya pusing-pusing sekitar Dataran Austin untuk cari kerja buat sementara waktu ni. Tak kisahlah kerja di kedai pun, asalkan kerja halal dan berkat.
Saya target Pizza Hut sebab kalau orang tanya apa makanan kegemaran, saya akan jawab pizza! Tapi tak dapat kerja situ sebab penuh. Biasalah, budak-budak U tengah cuti sem. Ramai juga yang tengah cari kerja part-time ni.
Selepas impian nak makan pizza hari-hari berkecai, saya pun move on cari kedai-kedai lain. Alamak, semua penuh.
Saya teringat ada iklan jawatan kosong terpampang di pintu kaca cafe Secret Recipe, saya ada ambil nombor telefon yang tertera lalu saya pun contact supervisor di situ.
Diterima bekerja
Esoknya, supervisor itu interview saya di kafe tersebut. Dipendekkan cerita, saya diterima bekerja di situ tapi sebagai trainee.
Sebenarnya kan, saya dah lama teringin nak rasa kerja kat kafe. Mungkin terpengaruh dengan novel dan komik yang dibaca. Entah kenapa saya rasa kerja barista ni cool gila walaupun tak glamour. Tapi saya tak dapat pun kerja barista tu, sebaliknya saya ditempatkan ke bahagian kitchennnn.
Saya nervous gila masa tau dapat kat kitchen sebab saya noob gila hal ehwal dapur ni. Parents saya bersorak happy masa tau saya kena duduk dapur juga akhirnya. Inilah peluang nak belajar masak kata mereka.
Sampai ke dapur secret recipe youuu belajar masak. Ini lah yang orang kata, perempuan belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga akhirnya. Saya memang selalu masuk dapur pun sebelum ni, sebab lapar dan dahaga nak minum air je. Hehe
Saya pasrah bila tau hakikat tu, tak apalah, lagipun nak tau juga apa yang secret sangat recipe diaorang ni.
Sebelum bergerak ke kafe, saya posing-posing dulu depan cermin dengan uniform yang dipakai. All in black (uniform untuk trainee). Dari hujung tudung, baju, seluar sampai hujung stoking semua serba hitam. Macam nak pergi bersilat.
Sampai di kafe, saya diperkenalkan kepada semua staff dan diberi apron, warna hitam juga.
Kafe ini diuruskan oleh empat orang pekerja dari Nepal dan supervisor saya orang Nepal, saya bekerja di bawah pengawasan mereka.
Ramai je staff perempuan di sini tapi mereka duduk di bahagian servis, barista, jaga kek, kaunter. Saya satu-satunya awek yang tercampak di dapur itu. Dah itu saja jawatan kosong yang diiklankan masa tu.
Saya dapat tahu, jarang perempuan jadi kitchen crew di sini sebab kerjanya agak tough. Pinggan mangkuknya pun besar-besar dan berat.
Selepas hai-hai semua orang, saya pun dipersilakan masuk ke dapur. Buka saja pintu, saya disambut dua orang pemuda Nepal (umurnya mungkin sebaya saya) yang tengah terangguk-angguk dengar muzik dan telinga disumbat earphone sambil cuci pinggan.
Oh my God…
Dua orang rakan sekerja saya itu bernama A dan B (bukan nama sebenar, nama sebenar mereka Anil dan Bishal). Mula-mula sekali, B ajar saya cara potong sayur dengan penuh kesabaran persis seorang bapa yang mengajar anak kecilnya cakap ‘Paaapa’.
Selepas lapan kali ajar baru saya mahir. Saya rela disuruh terjun laut daripada kena potong bunga kobis tu. Cara mop lantai dengan betul pun mereka ajar dan macam mana nak bersihkan dapur sampai berkilat. Kemudian mereka ajar saya cara nak semak stok barang dapur.
Kerjanya memang penat nak mati, sampai saya rasa nak tidur je di kerusi urut ogawa di shopping mall itu.
Itu cerita hari pertama, sedar-sedar sudah dua minggu saya bekerja di Secret Recipe.
Di kitchen
Alhamdulillah, saya dah mula serasi duduk bahagian kitchen ni. Masa mula-mula tu huru-hara jugalah. A dan B (rakan sekerja) gelak je tengok saya yang nampak benor kekoknya masa pegang pisau dengan senduk.
Saya dengan jujur dan lurusnya mengaku sajalah tak reti masak. Terus terang je, malas nak deny. Kalau acah-acah pandai karang, saya juga yang problem.
Selepas buat pengakuan tu, saya ingat mereka nak ketawa berguling-guling (sebab umur saya dah nak masuk suku abad dan perempuan pula tu).
Rupanya taklah, diaorang siap cakap, “Come, let me teach you.”
Kemudian mereka tunjuk cara nak masak dan sediakan makanan, saya perhatikan mereka buat macam mana, take note dan tulis dalam notebook kecil.
Hari-hari saya study resipi dan menu itu sampai mereka naik seriau tengok sebab saya study buku resipi tu macam esok nak exam. Balik rumah, dah tak jadi secret recipe dah sebab saya bocorkan rahsia resipi tu dekat ibu saya.
Resipi kek saya tak tahu sebab ia tak dibuat di dapur kafe tapi nun jauh di kilang sana.
Hari-hari saya praktis, praktis dan praktis di dapur tu. Masuk hari ke-5, saya dah boleh masak sendiri. Tapi bukan semua menulah, setakat ni baru nak masuk 20 jenis makanan yang saya rasa confident buat sorang-sorang.
Macam tak percaya bila tengok masakan aku terhidang depan mata, bagi orang makan. It’s a wonderful feeling. Biasanya nak masak kat diri sendiri pun tak lepas. Haha.
Bila customers ramai
Cuti hujung minggu dan hari promosi kadang-kadang nightmare bagi saya.
Customers ramai, tak putus-putus order masuk. Serabutnya sampai satu tahap, saya rasa nak rebus mesin order tu dalam periuk spageti yang tengah mendidih. Mendidih darah aku dengar bunyi tret tet tet tret tet tet berturut-turut yang keluar dari mesin tu. Bukan salah perut customers pun, saya yang panik kalau order masuk banyak-banyak.
Mamat dua orang tu gelak je tengok saya yang tengah stress, bercekak pinggang, duk shhhh kat mesin tu. Eeeeii, ketuk dengan senduk ni kan baru tau.
Part paling sedih, masa nak buang makanan yang orang tak habis makan. Ada yang tak terusik pun. Tong sampah lah yang kena tolong makan semua ni. Ada juga saya kutip sisa-sisa ayam dengan ikan, nak bawa balik bagi dekat kucing saya yang dua ekor di rumah.
Kucing-kucing saya melompat girang sambil meow-meow suka semasa saya bagi diaorang rasa secebis sisa grilled chicken black pepper. Kucing pun tau makan secret recipe and appreciate the food. Jealous la pula tengok, nak beli mahal. Lagipun, saya bukan staff betul lagi. Baru trainee so tak dapatlah staff price.
Rakan Sekerja
Rakan-rakan sekerja pun jenis okay-okay, alhamdulillah. They’re nice to me.
Nepalese tu pun okay. Saya respect diaorang so mereka respect saya balik. Diaorang tak kacau perempuan pun, perempuan kacau diaorang adalah sebab good looking kot terutama Nepal yang duduk belah-belah Kashmir tu. Nampak biasa je bila pakai uniform dengan topi. Tapi sekali mereka cabut topi dan pakai smart-smart, pergghhh hensem giler. Ada yang muka iras Hans Isaac! Ramai budak perempuan usyar mereka tak kira staff atau customer.
Cuma adalah sekali nepalaese tu tanya saya, mengapa orang tempatan selalu ketawa kalau mereka tersalah cakap ke apa dalam bahasa Melayu?
Saya cuma boleh angkat bahu kata tak tahu. Mungkin kalau saya tersalah sebut ke apa dalam bahasa Nepal mungkin bunyinya lucu dan diaorang pun akan ketawakan saya.
“No, I’ll not laugh, I’m not making fun of you. I’ll teach you until you pandai speak in my language.” kata B dengan muka serius.
Hal ini buat saya sedar yang kalau ada orang asing yang berusaha belajar dan cakap dalam bahasa ibunda nenda kita ini, janganlah mempersendakan atau gelak dekat orang tetapi sebaliknya tolong betulkan ayat dialah.
A dan B latih saya sungguh-sungguh sebab tak lama lagi B dah nak balik ke negaranya. Lepas tu, dia nak pergi Europe untuk jadi chef di sana. Ah, chef campak kat mana-mana pun boleh hidup. Reti buat makanan sendiri.
B sempat cerita dekat saya serba sikit geografi negara dan keluarganya. Katanya, mak dengan kakak-kakaknya bising suruh dia balik dan kahwin. Tapi dia tidak berminat lagi sebab dia nak fokus career dia dulu.
Dah ada calon bini ke?
“Yeah, she’s waiting for me…” katanya dengan muka yang berseri-seri.
Katanya lagi, awek dia tengah belajar di Jepun sekarang. Hmm, saya pun nasihatkan dia kahwin je la. Sebab 12/7 dia bergayut telefon dengan makwe dia, sengih-sengih dekat microwave sorang-sorang. Kuch kuch hota hai~
So sekarang tinggal saya dengan A je la nanti. Kalau A off, maka tinggallah saya sekor-sekor terkontang-kanting kat dapur tu.
Sekali sekala, saya mencelah juga ke front line. Jadi waitress, ambil order, hantar makanan dengan bill dan bungkus kek. Macam-macam ragam pelanggan saya kena hadap. Ada yang ramah, ada yang kerek, yang baran lagilah ada.
Bos pesan, kalau customer marah/maki tu senyum je. Bak kata orang putih, right or wrong, the stupid customers always right. They are the king. Apa pun, senyuman dan ucapan terima kasih daripada customers, always made my day. Tapi kebanyakan pelanggan yang jumpa baik-baiklah.
Sekali seminggu, lori dari KL sampai dan kami unloading barang-barang dapur termasuk kek.
Malam-malam pula dapat merasa jugalah closing outlet macam mana. Bila pelanggan semua dah balik dan shopping mall tutup, kami naik troli macam orang gila dan berlumba tengok siapa lagi laju.
Sampai di sini saja
Sebulan kemudian, saya hantar notis berhenti sebab surat tawaran dari Universiti Malaya untuk sambung masters sudah sampai ke tangan.
Seronok jugalah kerja di situ walaupun untuk sementara. Macam-macam pengalaman dan pengajaran berharga yang saya dapat kutip. Dapat mengenali dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia yang mewarnai kanvas hidup saya yang sebelum ni cuma hitam putih je.
Tapi apakan daya, jodoh saya dengan Secret Recipe bertahan sebulan je. Saya ingat nak stay lama sikit, nak rehatkan kepala otak tapi dunia akademik memanggil-manggil saya semula untuk memerah otak balik. Insya-Allah.
Saya campak ego jauh-jauh untuk kerja di situ pun sebab nak latih diri dalam hands-on experience. Aku selalu rasa incompetent bab-bab hands-on ni sebab aku rasa tak mampu buat.
Saya lebih suka berkepit dengan buku daripada pegang kuali. Tapi sampai bila? Nak survive dalam hidup ni, tak cukup kalau book smart je. Kena street smart juga.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya buktikan kepada diri sendiri yang saya sebenarnya jauh lebih bagus daripada apa yang saya fikir. Terima kasih Allah, dan kepada semua staf Secret Recipe KT3. Thanks for the memories.
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.
I used to eat a meal in secret recipe and truly enjoyed the special cakes especially indulgence. So I too truly enjoyed this piece of story that tells a bit of what is happening in the back kitchen. Wishing the writer a great success and keep on sharing her life’s experiences All the best.
Alhamdulillah, thank you Faiza. Your kind words touch my heart and may Allah bless you.
Your story is really fun to read. Maybe it’s because I’m working at Secret Recipe too, throughout the story I just couldnt stop imagining having a fellow friend like you working at the same outlet as mine hahaha. Good luck with everything that you do! 🙂
Haha, thank you Ani sudi singgah sini. All the best to you too! 🙂