Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sorry sebab biarkan blog ini bersawang lama tak update. Banyak juga komen-komen bertanyakan pasal freelancing dan lain-lain di blog ini, maaf tak sempat balas.
Kerana hampir setahun ini saya terlalu fokus pada kerja full-time. Blog orang diberi susu farm fresh, blog sendiri tak cukup makan.
Ya, kerja saya adalah menulis content untuk blog/portal news company digital media. Now baru lepas hantar resign letter bila dah cukup saving dan dah puas menimba pengalaman.
Sungguh saya rindu nak melepas perasaan dan bercerita dalam blog ini tapi selalu tertangguh.
1 Julai 2021: Mula Masuk Kerja
Saya ditawarkan jadi content writer sekaligus editor fanpage di sebuah company digital media. Kalau sebut nama page Facebook ni rasanya ramai kenal.
Saya dapat job ni, indebted thanks to Qaisara, rakan sekerja dulu yang saya respek habis sebab dia super dedicated & komited pada kerjanya.
Dia rekomen saya pada bos company tu and the rest is history. Sejak itu saya mula percaya kabel-kabel untuk dapatkan kerja ni memang penting haha. I mean, networking. Lumrah lah orang bagi kerja/kepercayaan pada orang yang dia kenal.
Saya bekerja sebagai freelancer dulu sebelum diserap jadi full-timer. Page itu buat content pasal Korean Wave. Saya bukanlah kaki kpop pun tapi saya decided untuk just give it a try dan adapt je lah.
Bertahan 11 Bulan
Pejam-celik-pejam-celik, hampir setahun jugalah saya kerja kat situ. Antara tugas saya adalah:
- Update contents untuk blog & media sosial
- Berurusan dengan klien
- Buat branded & sponsored content
- Report bulanan
Kerja sebagai content writer & social media manager di page famous itu bukanlah rainbows and unicorns belaka. Ada ups and downs.
Baru 2 bulan kerja pernah rasa nak berhenti sebab tak tahan dengan workload dia tapi tak jadi sebab saya suka menulis kat situ. Kalau nak tahu pasal gaji pulak, terus terang saya cakap gaji lipat baju di UNIQLO lagi banyak berbanding perah otak menulis.
Apa yang mahalnya, saya dapat ilmu & pengalaman yang bernilai, portfolio padu dan mantapkan skills.
Momen best bila tengok banyak konten yang saya buat dari hati tu viral, beribu like & share, dibaca jutaan pembaca and people cherish them.
Hilang penat lelah dan tak sedar masa berlalu. Paling manis juga bila ada business proposal & content yg saya buat menambat hati klien.
Apa yang buatkan saya bertahan juga sebab:
- Boleh kerja remotely & work from home
- Salaried
- Bersyukur ada kerja, tak nak jadi penganggur balik
- Flexibility
- Bos baik dan tak berkira
- Sedar yang ramai orang beratur nak tempat saya ni
Maybe ni kerjaya idaman kaki kpop, kmovie dan kdrama but wait till you kena buat berpuluh dan beratus artikel sebulan. Siapa kata menulis konten viral ni kacang je pergi lah try baru tahu langit tinggi ke rendah. Lagipun lain feeling dia menulis sebab hobi dan cari makan.
Segala sources berita dan artikel banyak dipetik dari website berita Korea seperti Insights, Wikitree, Naver dan portal-portal news bahasa Inggeris. Seronok juga baca artikel-artikel kat situ, banyak info menarik.
Apa yang best jadi digital content writer ni adalah hari-hari belajar perkara baru. Kerja ni sesuai untuk orang yang suka membaca (terutamanya artikel-artikel online), menulis, merayap di internet dan ada curiosity yang tinggi.
Skills yang saya asah semasa bekerja
Antara perkara yang saya belajar dan praktis sepanjang jadi content writer & editor page tu:
- Storytelling, writing & viral content
- Documentation & report
- Korean & Japanese culture
- Kenali perangai-perangai manusia termasuk diri sendiri
- Content marketing
- Canva design
- Handle client
- Anger management 😂
- Thick skin bila menulis untuk public
Akhirnya saya lepaskan jua…
Tapi, setiap permulaan ada pengakhirannya. Sampai masa berhenti, berhenti je lah.
Sebab utamanya adalah saya nak berehat sekejap (Penat weh buat 6 contents setiap hari) dan ada perancangan lain.
Lagipun jiwa saya penat hadap dunia hiburan memanjang dan cerita-cerita selebriti yang saya sebenarnya tak peduli pun hidup mati mereka.
Netizen pun hipokrit juga, kata berita pasal artis ni sampah tapi ambil tahu dan sumbang traffic juga. Kalau tengok analytics, berita macam tu lah yang ramai orang baca.
Kena tulis pasal artis & cerita-cerita viral demi sesuap nasi ni lama-kelamaan saya rasa macam dikurung di dalam bilik bawah tanah sambil diseksa dengar lagu donde donde donde 100 kali.
Saya buat konten entertainment to entertain orang tapi saya gagal hiburkan hati sendiri. Resah, gelisah. kurang tenteram. Plus, takut Allah murka dan tak reda dengan kerja saya ini. Segala skil, knowledge, talent dan pengalaman yang diraih ni patut digunakan ke jalanNya, bukan mengajak manusia makin lalai. Ampuni aku, Ya Allah…
Mula-mula saya bimbang juga masa fikir-fikir nak berhenti tu sebab banyak dimomokkan oleh suara hati sendiri: ‘Susah nak dapat kerjalah, mana nak cari bos baik macam tu, mana nak jumpa kerja WFH macam ni dan lain-lain’.
Tapi bila dah emotionally dan mentally exhausted macam tu, saya decided to walk away sambil pujuk hati sendiri yang rezeki Allah tu luas lagi.
Sangkaan saya itu benar sebab selepas resign, terlalu banyak peluang dan pilihan untuk cari rezeki ni sampai tak terkejar nak buat semuanya. Setelah emel surat perletakan jawatan, tidak lama kemudian terus job copywriting masuk.
Saya juga tak sempat nak menganggur, chill & Netflix sebab sekarang tengah dilambak dengan projek digital marketing untuk company resort.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk segala nikmat dan rezeki ini…
Doakan saya ya supaya konsisten update blog ni untuk share pandangan, pengetahuan, pengalaman dan cerita-cerita. Niat saya nak buat documentation untuk rujukan masa depan dan semoga penulisan ini juga memberi manfaat kepada anda, yang sudi singgah dan membacanya.