Semasa melayari Twitter, saya terbaca kicauan seorang pelakon tanah air yang saya lupa namanya apa tapi ingat isu yang disuarakannya. Isunya adalah pihak produksi tak nak ambil dia pelakon sebab followers IG dia sikit, dalam 100,000 je.
‘Seratus ribu dikatakan sikit?! Habis tu aku yang ada dua ketul followers ni apo?’ getus hati saya.
Pelakon itu juga dikatakan bagus, selalu muncul dalam filem, drama atau telemovie yang berkualiti. Cuma mungkin tidak selaku Aaron Aziz.
Begitulah bagaimana masyarakat zaman di mana saya berada kini mengukur seseorang berdasarkan kuantiti, bukan kualiti. Dan juga rupa.
Berapa ramai likes, followers, viewers dan tweets. Orang yang cari makan dengan usaha menarik audiens pasti masak sangat dengan metrics ini.
Termasuklah menulis.
Penulisan ini salah satu nadi juga dalam industri hiburan. Kalau anda perasan, banyak filem Hollywood yang diadaptasi daripada novel.
Begitu juga drama pukul 7 di Malaysia yang kebanyakan kandungannya daripada isi novel-novel cinta yang melambak di pasaran.
Di FB, saya ada terbaca ayat seorang otai dalam bidang perbukuan yang berbunyi lebih kurang begini; ‘Nak jadi penulis zaman sekarang kena glamor macam artis, buat video live etc etc, kena market buku sendiri dan penerbit sangat melihat berapa angka followers kamu ada.’
Masa saya pergi interview penerbit-penerbit buku untuk kajian disertasi pun, majoritinya hampir senada dan sekapal dengan pandangan beliau.
Bila banyak followers, audiences dan peminat tulisan seseorang tu, kemungkinan ramailah potensi pembeli buku tersebut.
Seingat saya, ada di antara mereka cakap yang penulis sekurang-kurangnya wajib ada akaun media sosial sebab kalau google nama tak jumpa duduk planet mana, agak sukar untuk mereka consider terima manuskrip itu.
Ataupun karya berkenaan memang kena bagus gila sampai susah nak tolak.
Kalau sesebuah karya penulisan itu viral ke, ramai orang nak baca dan penulisnya ada pengaruh yang kuat di laman siber, biasanya akan ada penerbit approach untuk bukukan karya tersebut.
Royalti 10% tapi kerja-kerja marketing pun depa juga yang nak kena buat.
Secara mata kasarnya, saya tengok trend sekarang macam tu lah.
Penulisan ni salah satu cabang seni manakala penerbitan pula sejenis bisnes. Tak salah pun kalau penerbit nak duit balik cepat (dan banyak) selepas laburkan modal pada karya penulis terkenal dan best seller.
Saya pernah baca sebaris ayat seorang penulis yang mengatakan dia benci orang yang buat art sebab duit. Mungkin dia maksudkan ‘hamba duit’.
Bagi saya, kebahagiaan buat art dan duit ini kena seiring dan sejalan.
Bukan semua benda boleh beli dengan wang namun beli sesuap nasi ayam juga bukan boleh bayar pakai daun.
Nak dapatkan duit ini pun bukanlah sebab nak termasuk dalam senarai Forbes 400 orang terkaya di dunia tapi cukup untuk dapat meneruskan apa yang kita suka buat. Saya tak nafikan kepuasan buat content/art itu lebih mahal daripada nilai wang ringgit.
Tapi saya juga belajar yang kalau tak ada duit sebagai alat untuk beroperasi dan meneruskan kelangsungan hidup, terduduk juga. Memang boleh sembang macam-macam pasal passion tapi bila idealisme tak seiring dengan realiti, takut jatuh murung nanti.
Saya pun seronok bekerjasama dengan orang yang bayar saya elok-elok untuk menulis. Sebab maksudnya dia appreciate masa, effort dan value skill yang saya ada. Jadi, saya pun tulislah sepenuh jiwa raga sebab saya pun tak main-main dengan duit dia.
Namun buat duit dengan menulis ini bukan duduk menulis 24/7/356 sahaja, kena layan dia macam business juga kalau nak hidup sedap. Jika anda sudah laku keras macam J.K Rowling dan setingkat dengan Sasterawan A. Samad Said, abaikan sahajalah artikel blog ini.
Saya selalu juga jumpa bengkel atau seminar yang jual pengalaman, kemahiran dan air liur untuk ajar cara-cara menulis dengan power, personal branding dan build the audiences. Kalau ada duit lebih, boleh la pergi join sebab effort tu memang bagus.
Cuma….
Cuma personally saya rasa, ‘Why you write’ tu patut diperkukuhkan dulu bagi seorang penulis pemula sebelum pergi ke bab ‘How to Write’ dan ‘How to build the audiences’.
Sebab…
Sebab kalau ada niat yang baik dan kuat untuk menulis, insya-Allah tak ada rasa kecewa dan putus asa bila ditolak.
Contohnya, Ramlee Awang Murshid. Dalam satu artikel yang saya baca, buku pertama beliau diceritakan pernah tak laku selama 12 tahun.
Namun beliau tetap bersangka baik dengan Allah, keep calm, bersedekah dan menulis seperti biasa. Semuanya bukan berlaku dalam satu malam untuk jadi novelis thriller no. 1 Malaysia.
Kalau menulis untuk bina pengaruh dan audiences semata-mata, dikhuatiri anda akan down dan mula persoalkan nilai diri bila tak dapat semua tu dengan cepat.
Lebih keji lagi kalau ada orang yang sanggup guna jalan pintas dengan ciplak/curi karya asal orang lain sebab kebulur perhatian dunia.
Audiences/followers ni pula adalah sesuatu yang berada di luar kawalan sebab mereka bebas datang dan pergi.
Apa yang kita boleh kawal adalah kualiti penulisan, suara hati, level empati kepada pembaca, jumlah hasil kerja, dan belajar banyak benda untuk improve diri dan content.
Kadang saya terfikir juga, dalam ramai-ramai followers tu, berapa ramai sebenarnya yang betul-betul jadi loyal supporters dan memang beli buku karya penulis tu walau badai ribut taufan melanda? Atau ramai haters, pemerhati dan the merriers je?
Saya rasa kalau terbit buku individu itu hanya sebab dia famous dan influencer pun macam naif juga. Kena jaga juga kualiti buku tu. Kalau dapat penulis popular, penulisan bagus dan cukup pakej memang publisher tu hit the jackpot.
Tapi kualiti ni subjektif. Saya pernah baca karya seorang tweetfamous ni, cerita dan tulisannya tak berapa kena dengan cawan teh saya tapi mungkin ada beribu lagi orang yang suka membacanya. Akhirnya, berbalik kepada market demand semula untuk komersial.
Tapi it’s okay. Walau apa pun niat orang menulis misalnya sebab minat, nak cari makan, kerana nama dan sebagainya- tak ada salah dan tak ada betul seperti skema pemarkahan peperiksaan. Itu hak masing-masing, asalkan bahagia.
Kalau saya, menulis ni best bila bebas jadi diri sendiri dan bercerita walau dekat seorang dua. Lebih manis bila ada yang terhibur dan dapat manfaat. Cuma ‘syarat’ ada audiences ramai-ramai ni buat saya rasa berat jugalah sebab saya enjoy my quiet life dan sukakan privasi.
Rahsia penulisan power yang sebenarnya-benarnya pula adalah banyakan membaca dan menulis. Dan bak kata slogan Nike, ‘Just Do It’.
Akhirnya, saya pilih untuk buat apa yang saya happy. Dulu saya malu-malu kucing nak cakap yang ‘I am a Writer‘ sebab ia seakan holy word for me, rasa macam belum sampai ke tahap itu lagi. Tapi sekarang saya belajar untuk tebalkan kulit, make it happen.
Cuma ada satu perkara yang saya concern- sejauh mana saya boleh kekalkan momentum untuk buat apa yang saya suka ni.