Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Travel Writer & Penulis Lirik

Bila sebut nama Shah Shamshiri, mungkin satu Malaysia tertanya-tanya siapakah sosok itu? 

Tapi bila dengar lagu Mahakarya Cinta lantunan Faizal Tahir, tak mustahil ramai tahu sebab lagu ni famous betul pada sekitar lewat 2000-an. Malah sehingga sekarang orang layan lagi di YouTube sampai ruangan komen pun dah bertukar jadi kalendar. 

“Ada lagi ke orang dengar lagu ni tahun 2020, 2021, 2022, 2030?’

Lirik lagu ini merupakan salah satu mahakarya Shah Shamshiri yang handal bermain mata pena sampai boleh keliling dunia. Selain penulis lirik profesional, beliau juga merupakan seorang travel writer. 

Kenapa tulis tentang beliau dalam blog ini? Kerana aku admire dengan karier dan gaya hidupnya.

Masa tu tahun 2018, aku yang masih menuntut di UM sebagai pelajar masters hadir ke career talk by Shah Shamshiri di Fakulti Bahasa & Linguistik. Mesej tersirat program ini untuk menunjukkan kepada para pelajar, apa yang boleh dicapai bila mahir dalam ilmu bahasa. 

Apa yang menarik, Shah fasih berbahasa Perancis. Terpegun aku dengar dia berborak dengan lecturer dalam bahasa tersebut. Aku pernah bersemangat nak belajar bahasa romantik itu, cuma terkubur buat seketika kerana hambatan masa dan pelbagai list-to-do. 

Baca lagi: Ini Sebab Saya Tertarik Belajar Bahasa Perancis

Aku mencatat pengalaman dan kisah hidup yang beliau kongsi di dewan itu tapi entah di mana buku nota itu. Apa pun aku bersyukur sebab ada minda & daya memori yang baik. Berbekalkan ingatan yang sipi-sipi, aku curahkan kat sini lah sebelum luput. 

Latar Belakang Pendidikan

Ceritanya, beliau merupakan bekas pelajar komunikasi massa di UiTM. Shah ada cakap tertarik untuk belajar bahasa Perancis sebab tengok movie rasanya. Kemudian beliau cabar diri sambung masters dalam bidang international relation di Perancis. 

Permulaan Karier

Balik dari Perancis, Shah bekerja di hotel sekejap. Kemahirannya berbahasa asing digunakan untuk serve pelancong. 

Kemudian beliau jadi pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah fesyen & gaya hidup antarabangsa. Kalau tak silap aku, majalah Cosmopolitan kot. Secara tak langsung, dapat bina kontak/ networking dengan selebriti & pemain industri hiburan. Mungkin dari situ juga Shah intai peluang jadi penulis lirik lagu.

Katanya lagi, beliau pernah terima cek bernilai ribuan ringgit hasil menang anugerah dan dapat royalti. Bayangkan penulis lirik, komposer dan penyanyi legend seperti M.Nasir dapat berapa…

Travel Keliling Dunia

Aku teruja bila dia berkisah dia travel around the globe secara pecuma, hanya dengan menulis. Sounds too good to be true, tapi kalau true pun apa salahnya. 

Shah hantar artikel-artikel tentang pengalamannya travel ke pelbagai media. Ini salah satu keratan artikelnya:

Sebelum travel, beliau contact hotel (termasuk yang mewah berbintang-bintang) atau tempat menarik dan mengatakan nak tulis artikel tentang premis tersebut. 

Kebanyakan permintaannya disambut baik malah ada hotel yang sanggup taja percutian/pengembaraannya. Malah Shah pernah menginap bilik termahal di hotel!

Untuk sampai ke tangga tu, portfolio kena mantap lah kot baru orang ada trust. Untuk pemula, Shah nasihatkan mula je sendiri dulu, termasuk biaya sendiri contohnya review kafe-kafe ke.

“Lifestyle journalism suits me well, kalau news, yawnnn.” katanya. 

Perkembangan Terkini

Pada tahun 2018, last perkembangan tentangnya yang aku tahu adalah beliau jadi editor konten digital untuk radio Suria rasanya. Tahun 2022 ni, hasil carian google menunjukkan dia kini seorang Editor Gaya Hidup & Hiburan di portal berita getaran.my. Tak hairan pun, memang suits him well.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top