Review FB Dating & Online Dating
Mula-mula aku rasa agak ralat nak cerita hal peribadi kat sini. Tapi memandangkan aku suka cerita pengalaman guna apps itu ini, jadi aplikasi pilihan kali ini adalah FB Dating.
Baca lagi: Review Platform Gig Freelancer.com
Saat menaip artikel ini, aku masih termasuk dalam statistik warga bujang Malaysia. Sudah tentu tak terlepas daripada soalan ‘bila nak kahwin’ atau ‘bila boleh makan nasi minyak’?
Maaf, mereka mungkin tak dapat rasa nasi minyak sebab aku rasa nak jamu bihun goreng tomyam kalau bernikah waktu malam.
Tapi bersyukur juga sebab environment aku positif. Makcik-makcik tanya ni sebab diaorang prihatin, mungkin sekadar berbasa-basi malah ada yang nak tolong carikan jodoh.
Cumanya….
Aku Belum Ready
Banyak perkara aku nak buat dalam hidup ni:
- Ada company digital media sendiri
- Jadi copywriter jutawan
- Gapai PhD
- Mengelilingi glob, travel ke negara-negara idaman

Bukan tak boleh capai semua tu bila kahwin, cuma aku tak yakin boleh multitask ke tak nanti. Jadi aku rasa nak achieve satu-satu dulu big things ni selagi hayat dikandung badan.
Tapi…
Umur Bukan Makin Muda
Bila buka media sosial, bersepah orang post pasal relationships. Ada yang rasa sendu sebab single, ada nikmati hidup single, heartbreak dan tak kurang juga kisah manis-manis yang lalu di garis masa.
Ramai juga wanita berusia yang masih bujang nasihatkan supaya travel berbanding fikir pasal jodoh. Nasihat itu tak salah, cuma tak boleh menidakkan naluri dan fitrah untuk berpasangan juga.
Kadang terfikir juga, macam mana ya orang boleh jumpa pasangan, bercinta, bertunang dan berkahwin dengan smooth?
Memandangkan aku takde kawan lelaki in real life, so aku berikhtiar melalui online. Salah satunya Facebook Dating.
Facebook Dating (FBD)
Aku agak sceptical dengan apps ni sebab ramai yang review banyak jumpa bodoh daripada jodoh. Ada yang taken tapi saja test market, tak serius dan belum lagi masuk bab catfisher/scammer.
Namun ada juga yang berjaya sehingga ke kerusi pelamin. Aku berkeputusan untuk cuba je lah.
Lepas buat profile, ada berpuluh orang menghulur salam perkenalan tapi tak bersambut sebab aku rasa overwhelming dengan pilihan yang banyak ni. Jadi choice paralysis.
Tapi ada seseorang yang aku rasa okay (sebab aku kenal mutual friends dia) lantas accept dia…
He’s Just Not That Into Me
Mula-mula je dia macam beria lepas tu lama-lama senyap, sampai sekarang.
Ketika orang ramai melakar sejarah dalam hidup mereka seperti bertunang, berkahwin dan beranak pada tarikh cantik 22/2/22, aku pula merenung skrin phone menanti balasan mesejnya.
Bersangka baik:
“Mungkin dia busy… Sebab dia pun ada kerja & life sendiri.”
“Mungkin dia pemalu/bad at texting.”
Bersangka buruk tapi realistik:
“Mungkin dia hilang minat, sebab itulah dia ghosting/zombieing me…”
“Maybe ada vibes aku yang buat dia rasa tak selesa atau bosan…”
Bila dah mula persoalkan self-worth macam tu, cepat-cepat aku selamatkan diri daripada berharap dan moved on. Kembali sibuk dengan kerja, cari ilmu pengetahuan & penulisan sebab aktiviti itu membahagiakan aku.
Memang cepat moved on kerana aku pun sebenarnya takde perasaan atau romantic interests kat dia. Kenal pun tak lama mana.
Begitulah kisah Februari 2022, bulan cinta yang diraikan orang ramai.
Pendapat Tentang Online Dating
Aku simpulkan online dating contohnya thru apps macam FBD ni 50-50 untuk berjaya. Dan perlu bersedia juga untuk dilayan sebagai ‘pilihan’, bukan priority.
Kerana kemungkinan untuk dia chat dengan prospek atau calon-calon lain dan kita jadi option yang ke-2,3,4 tu ada.
Tapi it’s okay sebab selagi belum berjanji setia dan ada ikatan sah, memang kita atau dia berhak untuk pilih yang terbaik dan berkenan di hati.
Kalau kenal someone lagi thru online, aku tak letak harapan tinggi untuk dilamar ke level seterusnya, cukup sekadar kenalan/kawan.
Bila selami hati sendiri, sejujurnya aku prefer jumpa pasangan face to face dan kenal hati budi. Paling best bila kenal juga keluarga.
Online dating ni aku rasa kurang selesa sikit sebab kita cuma tahu superficial things, lagi pun karakter seseorang individu biasanya lain dalam online dan offline.
Keseluruhannya, aku cuba belajar buka pintu hati untuk pandang perkahwinan itu sebagai ibadat. Cuma for now, aku memang takde hati kat sape-sape. Rasa nak fokus diri, revamp lifestyle & attitude serta tubuhkan online magazine seperti yang dicita-citakan.