7 Jenis Penulisan Online Sebagai Peluang Kerjaya

Apabila sebut kerjaya penulis, rata-ratanya akan terbayang penulis buku, novel, cerpen…

Sebenarnya ada banyak lagi cabang untuk jadikan penulisan sebagai satu kerjaya. Pada zaman internet 5G ini, banyak bidang beralih ke online termasuk bisnes dan penulisan.

Umum tahu terdapat lambakan konten di internet seperti iklan, social media post dan artikel-artikel blog/media. Penulis untuk kandungan internet ini biasanya westerners panggil ‘online writer’ atau ‘content writer’. 

Saya mula berkecimpung dalam penulisan online sejak 2016, dan jana income pada 2018. Tujuh cabang penulisan online yang saya senaraikan ini berdasarkan pengalaman, pembelajaran dan pemerhatian peribadi:

1) Penulis Blog

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Ini yang paling saya suka dan biasa buat. Untuk cabang ini, anda boleh menulis untuk blog orang atau blog sendiri. Sebelum ada blog sendiri, saya menulis artikel-artikel untuk disiarkan ke portal news atau digital media. 

Rata-rata blog/portal news zaman sekarang ini guna platform WordPress. Ada lagi ke orang baca blog zaman sekarang? Aaada… Berjuta orang jadikan Mr Google ni kawan karib mereka kalau nak cari apa-apa maklumat. 

Kalau di oversea, pasaran blog untuk bisnes amat meluas sebagai content marketing. Lebih-lebih lagi kalau anda pandai buat SEO writing, memang laku keras dalam market antarabangsa, sebab owner website/blog berebut-rebut nak konten website/blog mereka ranking no.1 dalam page carian google. Artikel-artikel dalam bahasa Inggeris memang bersaing sengit. 

Nak cari job-job macam ni, untuk beginner boleh try platform macam freelancer, upwork, fiverr dan seangkatan dengannya. Memang banyak berlambak jobs dalam tu tapi bayarannya pun murah gilerlah contohnya $5-10 je. Ni cerita pengalaman saya guna Freelancer.com:

Baca lagi: Pengalaman Guna Freelancer Untuk Cari Job Menulis

Manakala pasaran blog untuk bisnes, brand atau keusahawanan di Malaysia ni ada, cuma kureng sikit nampaknya. Kalau blog hiburan/cerita-cerita viral tu banyaklah. Takpun blog-blog peribadi. Atau pun mungkin juga dah ramai usahawan tempatan ada blog tapi saya terlepas pandang.

Tulis blog ni tak sama dengan format karangan masa kita belajar kat sekolah dulu, ia lebih kepada kena conversational style, macam bersembang dengan kawan. Kalau tulis macam tesis, mengantuk orang nak baca.

2) Ghostwriter

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Tugasnya bukan menulis cerita hantu, tetapi secara umumnya menulis online content untuk bisnes, brand dan media tetapi tiada kredit nama. Namun bayarannya lumayan. 

Sama macam point di atas, jobs macam ni berlambak kat platform freelancing.

Saya pernah ambil job ni melalui Freelancer, tulis artikel untuk klien orang Perancis. Setengah mati jugalah research pasal bahasa Perancis sampai klien tu kata macam saya pula yang buat bisnes tu. 

Kalau content online pendek-pendek okaylah. Kalau buat ghostwriting buku, saya belum ready lagi melainkan dapat job daripada klien-klien berduit/berprofil tinggi dan bayaran boleh kenyang setahun.

3) Copywriter/Penulis Iklan

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Copywriter dan content writer ni ramai orang anggap nampak sama tapi sebenarnya tak serupa. Perbezaannya saya akan kupas dalam entri lain. 

Motif penulisan jenis copywriting ini lebih kepada nak menjual produk atau servis.

Penulis akan tulis iklan dalam pelbagai bentuk seperti website landing page, artikel blog atau social media post yang ada call to actions (CTA) kat hujung ayat, cth; hubungi kami untuk tempahan, email newsletter dan sebarang kempen marketing yang boleh tukarkan pengguna jadi pelanggan. 

Baru-baru ini saya dapat job buat copywriting untuk produk aromaterapi. Saya join kelas copywriting anjuran Tuan Iffat dan dapat klien kat situ, yang juga merupakan peserta. Saya labur puluh-puluh ringgit join kelas tu tapi dapat pulangan ratus-ratus. 

Saya cadangkan kalau ada kelas, kursus ke, join je sebab selain dapat ilmu pengetahuan, boleh meluaskan networking atau untung-untung boleh dapat job. 

Suatu hari nanti, insya-ALLAH ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kita cari dan praktis ini akan berbakti kepada kita pula. 

4) Pengurus Sosial Media

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Sesetengah bisnes memang banyak bergantung pada media sosial untuk online presence. Hari-hari kena jaga akaun atau page tu. 

Boleh dikatakan setiap pemilik bisnes wajib ada koman-koman pun FB page atau akaun IG sebab banyak pengguna berkumpul kat situ. 

Memang makan masa untuk business owner dan usahawan yang busy untuk peduli pasal benda tu, baik diaorang fikir pasal strategi, cash-flow, profit dan camne nak kembangkan bisnes dan bayar gaji staff daripada fikir nak post apa. 

Kalau company besar-besar, selalunya mereka hire pengurus sosial media secara full-time. Untuk freelancer, boleh try approach usahawan mikro di IG shop ke, grup-grup bisnes di FB, WhatsApp dan sebagainya.

Dalam artikel lepas, saya cerita serba sedikit pengalaman jaga page FB untuk company digital media. Tugas saya upadate contents untuk blog & social media, buat sponsored post dan berurusan dengan klien.

5) Penulis web

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Penulis website tulis kandungan untuk pelbagai page dalam website termasuk homepages, page About, FAQs, deskripsi produk, info dan sebagainya.

Saya buat projek ni untuk family business. Nampak senang tapi krik krik krik juga masa buat tu, termenung nak tulis apa kat dalam website ni. 

Mana-mana business owner yang celik mata tentang online presence akan sedar dan buat juga website atau platform sendiri untuk bisnes. Kerana sampai bila kan nak bergantung pada sosial media sahaja?

Pengusaha bisnes tak kisah lah sama ada startup yang baru melangkah ke dunia online atau yang dah established mahu expand dan perlukan lebih banyak pages dalam website, mungkin akan cari penulis kandungan web. 

6) Penulis deskripsi produk

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Saat artikel ini ditaip, platform e-commerce tumbuh macam cendawan. Semakin ramai juga usahawan atau peniaga produk yang berkumpul di e-marketplace. 

Hari itu, saya pergi kursus e-dagang WarongMall. Saya perhatikan ramai juga peserta terutamanya golongan peniaga warga emas yang agak struggle untuk guna platform ini, contohnya macam mana cara nak buat grafik cantik-cantik, dan tulis deskripsi produk yang padu. 

Memandangkan bisnes adalah tentang problems & solution, saya nampak ini peluang untuk offer servis tersebut kepada sesiapa yang ada masalah tersebut.

Saya tak pernah buat lagi kerja ni, cuma pernah dengar cerita ada seorang student tempatan pernah dibayar 200 USD untuk tulis deskripsi produk. 

7) Penulis skrip video

Rich results on Google's SERP when searching for 'penulisan online'

Walaupun saya cerita peluang dalam bidang penulisan, hakikatnya netizen zaman sekarang ni lebih suka tengok video. 

Tapi jangan risau, video pun bergantung pada bidang penulisan juga iaitu skrip dan research. Mungkin anda boleh cuba cari peluang penulisan skrip ini memandangkan industri video marketing dan komersial semakin berkembang. Cuba reach out mana-mana YouTuber ke. 

Jika diperhatikan, online courses/coaching pun makin giat diadakan. Mungkin anda boleh follow rapat konten sifu-sifu ni, sebelum approach mereka untuk bantu tulis skrip/bahan pengajaran. Dapat buat slides power-power pun okay dah kan. 

Ini level penulisan yang saya sendiri belum cuba lagi, sekiranya anda grab peluang ini dan dah berjaya, kenanglah daku dalam doamu. Chewah!

Sampai sini dulu, jika ada apa-apa tak faham, nak tambah atau nak berkongsi cerita, sila tinggalkan komen ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top