Sejak PKP tahun 2020, industri e-commerce memang booming betul. Ramai orang shopping online waktu tu sebab tak boleh bergerak ke mana.
Salah satu platform e-commerce buatan tempatan yang baru nak bernafas ketika artikel ini ditulis adalah WarongMall.
Bila dengar nama WarongMall, saya tak dapat lari daripada membayangkan warung kedai kopi di kampung saya. Namanya agak kampungan namun isi dalam platform ini boleh tahan juga. Ia boleh letak PDF dan ada fungsi SEO untuk carian Google yang trainer kata tiada kat Shopee dan Lazada.
Bagaimana tahu tentang WarongMall
Antara taktik untuk menguar-uarkan kewujudan platform ini kepada para peniaga adalah menganjurkan kursus kepada 2000 peserta selama 3 hari.
Pihak penganjur menjelajah ke 10 buah negeri termasuk Terengganu untuk mengadakan kursus pendigitalan bisnes termasuk tutorial guna laman e-dagang ini.
Saya dapat tahu pasal ni sebab viral di WhatsApp lantas terus daftar bila dengar copywriting, Facebook Marketing dan grafik turut bakal diajar.
Lagipun kursus ini free je, tajaan WarongMall.Net dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Saya perhatikan sasaran mereka adalah usahawan SME, mikro dan penjaja kecil.
Dapat kenalan baru
Para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada golongan asnaf, pencen, peniaga kecil, lulusan masters, tauke kedai emas dan jutawan dalam diam pun ada.
Di sana, saya menambah beberapa orang kenalan. Rata-ratanya adalah wanita baya-baya emak saya.
Semuanya bermula apabila 3-5 orang makcik minta tolong saya. Memandangkan ini kursus digital, jadi kena banyak guna phone atau laptop. Mereka struggle sangat nak guna gajet termasuk sign up website. Malah ada yang letak alamat rumah di alamat emel, OMG! Terhibur juga dengan gelagat comel makcik-makcik ni.
Makcik-makcik ni kaya dengan pengalaman, malah saya tak terkejut pun kalau ada makcik yang gelang emasnya sampai ke siku hasil meniaga waima jual keropok lekor sebab mereka kaya duit tunai.
Memanglah zaman sekarang ni orang duk embracing teknologi, digital marketing blablabla. Cuma saya rasa tugas-tugas pendigitalan ni baik serahkan pada anak-anak ke, atau orang muda yang lebih tech savy misalnya hire copywriter, social media manager, digital marketer dan lain-lain sekiranya mampu.
Sementara makcik pula boleh rileks atau mengatur strategi bisnes daripada pening kepala nak log in Facebook macam mana.
Ada juga cerita-cerita makcik ini yang membuka mata saya dan bagi life lessons.
Apa yang dipelajari dalam kursus :
- Geran-geran dan loans yang disediakan oleh kerajaan serta agensi yang terlibat
- Kenali diri menerusi ujian psikometrik
- Cara guna e-marketplace WarongMall
- Hal basic plan berniaga cth: Business Model Canvas (BMC), Rancangan Perniagaan
- Canva design
- Cara develop business
Dalam ikhtiar nak menjana kewangan ni, saya perhatikan peluang terlalu banyak, cuma sejauh mana kesungguhan nak mulakan langkah itu.
Kemudian trainer nasihatkan nak mula berniaga ni tidak digalakkan pakaian loan dulu buat modal , sebaliknya buat sikit-sikit dulu ke atau mohon geran daripada kerajaan. Nak expand bisnes baru okay kalau nak buat pinjaman. Apa yang penting sekali adalah kenal pasti target market dan cari pelanggan dulu.
Selain itu, study juga peluang-peluang seperti Bajet 2022/2023 daripada Kementerian Kewangan dan trend teknologi yang berkembang seperti NFT, e-wallet, e- delivery dan e-marketplace.
Saat artikel ini ditulis, WarongMall ini masih di baby stage dan saya pun tak pasti sejauh mana ia boleh pergi. Mungkin hari ni tak ramai tahu, esok-esok Insya-Allah popular.
Lima tahun lepas, semasa buat kajian untuk tesis masters, saya mendapati pelbagai platform digital seperti e-wallet, e-commerce, digital marketing ini memang sudah ada cuma agak perlahan untuk diterima masyarakat.
Bukan senang nak terima perubahan bila dah selesa, melainkan ada paksaan untuk bergerak.
Saya ingat lagi bagaimana team FoodPanda gigih bagi flyers kepada orang yang lalu-lalang di stesen LRT. Masa tu tak ramai kenal lagi apps ni.
Sehingga lah dunia diserang wabak dan melumpuhkan banyak bisnes dan physical store. Sejak itu orang mula buka mata tentang passive income, buat duit online dan pelbagai lagi cabang digital.
Bagi player yang dah biasa berkecimpung dengan dunia digital ni, maybe steady je. Mana-mana yang baru nak mula mungkin tergagau-gagau sikit. Tapi tiada istilah terlambat. Yang penting kita start je dan start just do it.
Para usahawan kecil yang berminat nak berniaga di WarongMall boleh lawat dan daftar di sini.