Blog Masih Relevan? 3 Sebab Blog Penting Untuk Bisnes Anda

Adakah blog masih relevan?

Yes but no.

Tidak jika blog dijadikan diari online, contohnya:

Dear blog, hari ni aku kenyang makan hati tengok dia bersembang sakan dengan si polanah binti polan di tepi tangga. 

Zaman menceritakan kegiatan harian di blog itu sudah berlalu. Kini orang baca status cerita personal di Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya. 

Ya, blog masih relevan sekiranya anda mahu mengembangkan bisnes atau kerjaya. Contohnya:

  • Mahu komisyen daripada pemasaran affiliate
  • Mahu jual produk/servis anda, menukarkan pengguna dan prospek jadi pelanggan
  • Jawab persoalan dan bagi solusi kepada masalah netizen

Kenapa Perlu Ada Blog Untuk Bisnes? 

Kini (2022) rakyat Malaysia seramai 32.98 juta orang. Menurut data daripada laman Statista, terdapat 29 juta lebih pengguna Internet di Malaysia dan dijangka akan terus meningkat. 

Ketika artikel ini ditulis, trend digital begitu pesat maju apatah lagi sejak pandemik Covid-19 melanda. Anda sendiri dapat rasakan, orang ramai berkumpul di dunia maya.  

Oleh itu, bisnes anda juga mestilah visible atau senang orang nak cari dalam dunia online ini. 

Terdapat pelbagai saluran online (atau orang panggil ‘funnel’ menurut penulis Natasha Courtenay-Smith). 

Salah satu kaedah untuk tarik prospek/pelanggan adalah content marketing menerusi blog. Content marketing boleh juga dibuat menerusi platform seperti YouTube, Instagram dan Podcast namun penulisan yang power masih lagi bernilai. 

Anda mungkin perhatikan banyak orang habiskan masa di media sosial, tapi sebenarnya ramai juga orang guna Google untul cari maklumat misalnya review produk, servis, tudung matching baju atau cari tempat makan dan sebagainya. 

Oleh itu, ini 3 sebab kenapa blog bagus untuk pemasaran dan bisnes anda:

1. Memberi Identiti Kepada Bisnes & Kepakaran Anda

Sebagai contoh, saya taip ‘Cara baiki aircond tak sejuk’ di Google. Kemudian keluar deretan artikel.

Saya tertarik dengan artikel ini, lihat bagaimana dia tulis artikel tentang aircond. 

Pada hujung artikel, dia letak CTA (Call-To-Action) iaitu contact WhatsApp kalau perlukan servis dia dalam membaiki aircond. 

 

Blog boleh jadi tempat untuk beri penjelasan dan bagi tunjuk ajar kepada bakal pelanggan tentang produk atau servis anda. Selain itu, ia juga boleh jadi bank ilmu pengetahuan. 

Semakin banyak company anda hasilkan konten seperti ini, ia dapat bina kredibiliti dan kepakaran anda dalam industri.  Seterusnya meningkatkan kepercayaan kepada pengguna terhadap kebolehan anda serta berpotensi untuk menukarkan pengguna jadi prospek dan akhirnya pelanggan. 

Selalunya saya lihat orang yang buat bisnes consultancy la paling ramai patut buat blog untuk naikkan authority anda dalam sesuatu bidang. 

2. Merancakkan SEO Website Anda

Kini semakin ramai pemilik business buka mata tentang e-commerce dan e-store. 

Bagi pengguna WordPress seperti saya untuk buat website dan blog, terdapat sejenis plugin yang dipanggil WooCommerce untuk buka kedai online dalam page website/blog anda. 

Sekiranya ramai orang jumpa anda dalam online menerusi Google, kemungkinan website anda ranking tinggi dalam list enjin carian. Proses ini dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimisation). 

Dalam buku The Million Dollar Blog, penulis cerita yang syarikat besar-besar selalunya bayar Internet marketer mahal-mahal untuk buat SEO ni bagi bawa masuk trafik ke website mereka. 

Setiap kali anda terbitkan post blog, makin kerap website anda berpeluang muncul dalam page enjin carian Google dan membawa trafik ke website anda secara organik atau percuma. 

Ada juga yang berbayar guna Google Ads untuk pastikan website dia nombor 1 dalam carian google. 

3. Lebih Senang Dapat Exposure Berbanding Media Sosial 

Saya perhatikan tak ramai usahawan sedar tentang pentingnya website (apatah lagi blog) untuk mempromosi produk/servis mereka. 

Ramai yang masih bergantung pada media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk cari pelanggan, betul tak? 

Tiada masalah untuk guna media sosial cumanya lebih padu lagi jika perhatian pengguna atau trafik dari sana dibawa ke website/blog anda sendiri.

Untuk situasi win-win, blog turut boleh jadi bahan post untuk media sosial selain daripada infografik, video dan post iklan. 

Artikel di blog ini anda boleh share di media sosial. Daripada buat postingan yang bunyinya ‘terlalu menjual’ atau hard selling, ada baiknya anda post juga perkara yang soft selling contohnya buat artikel yang boleh educate prospek seperti yang dijelaskan dalam point no.1.

Tambahan pula, zaman sekarang potential customer suka cari maklumat di internet. Oleh itu, artikel dalam blog/website lebih mudah dijumpai berbanding konten dalam media sosial. 

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top