Semasa bekerja dengan company digital media dulu, salah satu sumber artikel yang saya suka godek-godek adalah laman Hypebeast Korea. Kerana konten-konten dia cool…
Sebelum jadi empayar multimedia dalam dunia fesyen, Hypebeast bermula dari bilik tidur seorang lelaki bernama Kevin Ma pada 2005.
Dia suka sangat baca majalah fesyen dan gali maklumat pasal kasut di laman forum tentang kasut yang memaparkan trend terkini dari London, Tokyo dan New York.
Kevin bukan berlatarkan belakang fesyen, dia studi dalam bidang bisnes dan psikologi. Semasa bekerja di bank, dia buat blog Hypebeast sebagai ‘projek tepi’ untuk kumpul segala berita tentang fesyen, culture dan muzik dalam satu tempat.
Kevin yang obses tentang kasut itu sedar blognya lebih daripada sekadar hobi, dan boleh buat duit. Ketika itu pula fesyen jalanan atau street fashion baru nak hype.
Kini pembekal konten digital ini tidak hanya membekalkan artikel-artikel tentang trend terbaru fesyen streetwear tetapi juga ada kedai online sendiri untuk jual pakaian dan aksesori berjenama.
Website yang turut dilengkapi platform e-commerce ini turut dibanjiri jutaan pelawat setiap bulan dan jadi trendsetter dalam fesyen, kasut dan teknologi.
Ketika situasi hayat majalah tak menentu, Kevin pernah berani melancarkan Majalah Hypebeast bercetak stail editorial majalah fesyen dan artikel panjang-panjang.
Pendekatannya yang slow-and-steady nampaknya menjadi. Ketika ditanya media resipi kejayaannya, jawabya dengan simple:
“Ikut naluri kamu, dan cuba pelbagai benda. Mungkin ni klise, tapi kalau kamu tak cuba, kamu takkan berjaya.”