Saya suka baca/ tonton drama dan buku cerita Jepun dan Korea kerana mereka mengetengahkan profesion yang unik misalnya pembuat perfume, penulis iklan untuk pengumuman bas & bungkusan biskut dan chocolatier.
Semasa belek Naver, laman blog terkenal Korea, saya jumpa artikel berkenaan profesion yang saya rasa cool giler:
#1 Pereka Bunga Api
Boleh dikatakan ini kerjaya seorang artis yang melakar langit malam dengan keindahan bunga api.
Namun ini agak berbahaya sebab main dengan bahan letupan. Selain kebolehan artistik, penting juga mahir hal teknikal seperti celik komputer, perancangan, edit muzik, jenis warna dan bahan kimia serta keadaan cuaca.
Difahamkan pereka bunga api buat rekaan grafik dan buat raptai menerusi komputer dulu. Kemudian dia akan jumpa pekerja di site untuk ‘cetak’ bunga api di langit kawasan tersebut. Mereka bekerjasama dengan ahli kimia untuk buat bahan letupan itu.
#2 Perancang Menu Makanan
Apabila masuk ke restoran, benda pertama yang kita cari adalah menu.
Tajuk buku J-lit ni memang dark habis, tapi ramuan ceritanya memang chef kiss. Aku larut dalam keasyikan baca novel terjemahan Jepun-Indonesia ni. Boleh beli kat Shopee.
Ia mengisahkan Ruri yang lari ke hutan untuk gantung diri. Sebelum tu flashback cerita ibu bapanya yang berbakat dalam bidang masakan dan mahir buat menu makanan luar biasa.
Dari situ aku kenal kerja perancang menu makanan ni. Mereka perlu menganalisis keseimbangan nutrisi, harga, bahan makanan sehinggalah keperluan pelanggan.
Menurut Naver, kalau di syarikat katering besar memang ada team khas yang buat research dan merancang menu. Manakala di restoran private pula chef sendiri turut terlibat buat menu.
Tiga perkara yang dititikberatkan semasa buat menu adalah kebersihan, kesihatan dan rasa. Kerjaya ini sesuai untuk orang yang kreatif, inovasi dan belajar dalam bidang berkaitan makanan.
#3 Forest Healing Instructor
Kadang tak rasa letih nak mengharungi masyarakat zaman moden ni? Rata-ratanya bersembang pasal side hustle, pencapaian material dan mental health.
Di Korea Selatan, ada satu terapi menghirup udara segar di hutan dengan bantuan Forest Healing Instructors.
Untuk jadi instructor itu, perlu dapatkan lesen daripada jabatan perhutanan. Kerjanya adalah:
- Study tentang pelbagai info dan knowledge yang berkaitan hutan
- Mengadakan program healing untuk merawat minda dan tubuh manusia di hutan
- Mengurus infrastruktur di hutan
Bestnya kalau perkhidmatan dan kerja ini ada juga di Malaysia kan? Kadang kita pun nak rehatkan minda dan fizikal daripada arus kehidupan yang deras ini dengan back to nature.
Baca lagi: Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Sains Marin
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.