Menulis dan buat konten adakalanya turut mengalami musim kemarau, kering kontang idea atau semangat untuk bikinnya.
Biasanya aku sekat diri daripada scroll media sosial termasuk TikTok dan YouTube sebab selain takut ketagih dan menelan banyak masa, otak juga penat nak cerna zillion konten yang disuapkan.
Tapi bila fikir-fikir balik, di situlah ‘lombong berlian’ untuk curate content, idea dan inspirasi. Jadi tidak boleh menolak terus platform sosial ini sebaliknya perlu bersederhana.
Salah satu channel YouTube yang menarik perhatian aku adalah Her 86m2 yang dikendalikan oleh seorang wanita Vietnam bernama Thuy Dao dan suaminya. Pasangan suami isteri ini merupakan fotografer dan content creators sepenuh masa yang tinggal di Jerman bersama anak perempuan mereka.
Mereka buat video yang memaparkan rutin normal mereka di kawasan desa seperti berkebun, memasak, dekorasi, seni, kehidupan yang simple dan perlahan.
Menerusi video bertajuk ‘The Reality of Working as a Full-Time Content Creator’, terdapat beberapa perkara yang aku belajar daripadanya dan buat refleksi hidup:
#1 Mula merangkak dan berjalan perlahan-lahan:
Seseorang artis atau content creators nampak sangat berbakat dan genius di mata kita. Di sebalik itu, mungkin dia praktis selama 10 jam straight untuk mengasah skil.
Kata Thuy Dao, bukan semua orang mampu buat begitu termasuklah dirinya (dan juga aku). Aku kagum campur hairan bagaimana orang boleh ada stamina hasilkan 10 artikel sehari. Bila cuba lenjan tulis artikel banyak-banyak, akhirnya aku penat tak terbangun dan burnout.
Last-last rasanya pendekatan ‘slow & steady’ lebih sesuai dengan aku. Dapat publish 1 artikel hari ni pun dah happy, 10 orang subs my blog channel di telegram pun dah fly me to the moon.
Apa yang penting, menulis atau buat konten ini jadi tabiat dan saya konsisten. Dah tak laratlah nak kejar goals yang tidak realisitik atau cepat-cepat nak dapat hasil.
#2 Gariskan sempadan
Semasa bekerja sebagai digital writer di sebuah company media, memang rasa nak menari tango bila artikel tulisan aku dibaca jutaan orang meskipun banyak masa hilang semasa proses menukangnya.
Walaupun perform dan passionate dengan kerja tu, personal life aku agak suffer. My brain keep buzzing pasal kerja dan idea-idea pun menerjang kepala tak kira masa walaupun hari cuti.
Nak seimbangkan kehidupan peribadi dengan kerja-kerja kreatif ini bukan boleh berlaku semalaman. Dalam proses ini, aku kena ‘pause’ kejap, merefleksi fikiran dan emosi. Journaling dan blogging ni memang helpful sangat, Alhamdulillah.
#3 Work smart
Dulu aku suka baca online articles tentang freelance writers, content creators dan digital nomad. Rata-ratanya tulis impian hidup mereka yang nak lari daripada kerja 9 to 5, nak jadi bos sendiri dan menaip laptop di Bali.
Realitinya, kerja sendiri atau freelance ini menuntut masa kerja lebih daripada orang lain. Kalau orang lain bekerja 40 jam seminggu, self-employed mungkin kena kerja 80 jam semasa fasa permulaan. Sendiri bos, sendiri kuli dari kerja-kerja cari klien (sales), buat konten, social media posts, jawab emel, tax, invois, accounting.
Sebab itu penting untuk work smart, develop sistem yang dapat jimatkan masa supaya ada masa lebih untuk personal life dan creative life.
#4 “Siap” lagi bagus daripada “Perfect”
Aku pernah menderita sebab perfectionism. Memang bagi attention to details, bekerja keras dan menghabiskan masa terlalu lama untuk gilap konten. Hasilnya berbaloi, alhamdulillah.
Cuma sisi gelapnya aku jadi procrastinator tegar sebab tunggu masa ‘perfect’ dan takutkan hard work. Malah momentum dan minat pun jadi hilang.
Memandangkan masa tak pernah tunggu kita, sama ada tahun depan aku dapat result or regret, aku benarkan diri buat silap, karya yang imperfeksi dan expect zero audience untuk pujuk diri mula menulis. Bila siap, rasa bahagia dan puas dengan sense of accomplishment.
Aku teringat cerita ‘Whisper of the Heart’ keluaran Studio Ghibli, ada seorang datuk ni kata “Craftsmen shouldn’t expect perfection at first…”
#5 Passion sahaja takkan pernah cukup
Bekerja sendiri, mahu buat content sepenuh masa perlukan tekad, konsistensi dan perancangan bisnes yang bagus.
Dalam hidup aku- blog, websites dan segala karya yang aku lahirkan ini dah macam anak-anak sendiri sebab mereka banyak menuntut masa, tenaga, pengorbanan dan kasih sayang.
Kerja create content juga perlukan pelaburan terutamanya terhadap diri sendiri yang jadi aset.
Dalam blognya, Thuy Dao petik kata-kata Pelé, seorang pemain bola legenda Brazil,
“Success is no accident. It is hard work, perseverance, learning, studying, sacrifice and most of all, love of what you are doing or learning to do.”
Belajar bersyukur
Bila tengok video dia, dan beach life di Terengganu menerusi lensa kamera Zahariz, timbul rasa syukur bila tengok banyak keindahan yang dunia ini tawarkan, di mana sebelum ini aku gagal menghargainya dan live in the present kerana stress dengan kerja, bimbang tentang masa depan dan past regrets.