[Interpersonal Skills] Mengapa Skil Ini Penting Dalam Kehidupan Dan Karier?

Akhirnya saya daftar masuk juga kursus dalam talian Interpersonal and Human Relations kelolaan tuan Norizan Sharif, atau lebih dikenali sebagai Nobisha. Beliau sangat famous di laman Twitter dan LinkedIn sebab rajin berkongsi tips tentang kerjaya dan self-development.

Kenapa sampai kena masuk kursus ni? Sebab sebagai langkah permulaan untuk baiki diri. Selepas menjalani ujian personaliti, saya mendapati diri ini 40% ekstrovert dan 60% introvert.

Ada masanya saya suka jumpa orang dan berborak. Selepas huha-huha, saya mesti pergi suatu tempat untuk menyendiri bagi mengecas bateri tenaga yang drained bila dikelilingi ramai manusia terutama masa kenduri ke, gathering atau mana-mana acara sosial. Kadang bila pergi tempat orang ramai, hanya jasad saya berada di situ manakala fikiran saya pula sudah lari ke dalam gua yang ada Wi-Fi dan line laju bersama laptop, telefon dan buku-buku. Dan saya rasa rumah lebih syurga daripada keluar jalan-jalan. Lecehlah nak kena bersiap berbedak bertudung bagai.

Bila dah lama sangat terpuruk dalam rumah dan tak berjumpa sangat orang, kadang mari rasa kekok bila berhadapan dengan manusia. Paling bahaya bila terlalu selesa.

There’s nothing wrong pun dengan personaliti saya. I love myself. Cuma sikap terlalu menurut perasaan untuk malas jumpa orang itu tak bagus jugalah. Sebab introvert ke, ekstrovert ke, kita tetap makhluk sosial yang tak hidup sorang-sorang di atas muka bumi ini.

Saya teringat sebuah filem seram romantik komedi Korea bertajuk ‘Spellbound’. Kisahnya, ada seorang perempuan ni selalu bersendirian dan dikatakan anti-sosial di tempat kerjanya. Akhirnya bos dia dapat tahu yang perempuan ini sangat menderita sebab dihantui roh kawan baiknya yang mati lemas. Perempuan itu tak boleh berkawan, berkeluarga, mengawan dan membiak sebab hantu tu selalu kacau kebahagiaan dia.

Dia rasa sangat sepi. Perasaan sunyi duduk sorang-sorang ini sama bahaya seperti hisap rokok 15 batang sehari. Ada beza alone dengan lonely. Tapi bagi saya dua perkara ini subjektif. Macam saya, memang suka enjoy me-time di kafe ke, atau kedai buku. Walau dikelilingi orang ramai (tapi orang yang tak serasi), datang juga rasa sunyi tu. Tapi kalau dengan orang-orang yang boleh ‘ngam’, saya have fun la.

Bagaimanapun, kita tetap perlukan orang lain juga dalam hidup dan kena jaga baik hubungan dengan orang sekeliling untuk hidup aman sentosa sejahtera.

Kepentingan skil perorangan dalam kerjaya

Saya sebenarnya lebih fikirkan soal karier. Mungkin bukan saya saja, tapi juga jutaan orang di luar sana. Wabak COVID-19 ini bukan saja bunuh orang tetapi juga ekonomi. Ratusan ribu orang kena buang kerja dan fresh grads pun merangkak cari kerja termasuklah saya yang sedang berperang dengan quarter-life crisis ini.

Bila tengok dengan mata hati, sebenarnya banyak juga blessing in disguises.

Saya bersyukur sebab ada support dan kabel kuat daripada family. Saya kena berhenti berangan untuk bekerja dengan orang lain sebaliknya fokus chalet yang ada depan mata ini. Walau kerja dengan family pun, kalau boleh nak profesional la. Sambil-sambil itu, saya ceburi juga digital freelancing dan buat blog sebagai side hustle. Persoalannya, macam mana saya nak deal dengan keluarga, staff, pelanggan dan stakeholders lain bila mari rasa tak yakin? Jadi saya ambil baby step untuk belajar dan praktik cara-cara Interpersonal and Human Relations ini.

Selain itu, saya mengisi masa senggang dan kekosongan hati dengan baca buku fiksyen dan non-fiksyen, artikel-artikel business tips, entrepreneur, self-development, kerjaya dan fakta pelik-pelik. Saya buat blog ini pun sebab nak simpan segala input yang diproses itu buat rujukan masa depan nanti. Insya-Allah kalau ada umur 10 tahun lagi, saya nak baca balik tulisan-tulisan ini.

Dalam beberapa artikel soal kerjaya yang saya pernah baca, selalu jugalah dinyatakan ‘soft skills’ jadi kriteria utama dalam pemilihan calon pekerja oleh majikan. Hard skill atau skil dari sudut teknikal ini adalah perkara yang boleh diajar melalui training manakala soft skill pula atas kehendak diri individu tersebut dan benda yang tak boleh disuruh-suruh. Ia perlu diasah, dipelajari sepanjang hayat dan tak ada exam untuk mengukur markahnya.

Soft skill ini adalah skil yang berkait dengan orang seperti komunikasi, PR, empati, teamwork, leadership dan interpersonal skill. Seorang pengurus projek pernah cerita, kadang ada projek tak jalan bukan sebab tim tu tak ada kemahiran atau tak reti buat kerja tapi hubungan sesama manusia tu hancur. Malah kerja yang tak perlu hadap orang seperti programmer pun, tetap perlu communicate dengan team dan jabatan lain.

Lagipun nak urus politik ofis dan pekerja bermasalah ini satu kerja berat juga. Buang dan tukar pekerja pula agak costly. Mungkin sebab itu mereka tekankan betul soft skill ini semasa cari staff supaya suasana tempat kerja harmoni dan boleh buat kerja dengan baik.

Hard skill yang dipelajari di kolej, U dan sijil profesional berguna untuk dapatkan interview kerja. Manakala soft skil pula untuk dapatkan kerja dan jaga posisi. Dari interview itu jugalah mereka akan menilai bahasa tubuh, cara bercakap dan pemikiran kita.

Interpersonal dan Public Relation (PR) skil ini rupanya tak sama. Menurut encik Nobisha, interpersonal ini untuk interaksi dengan orang sekeliling kita sama ada di rumah atau tempat kerja misalnya dengan keluarga, bos, rakan sekerja. Semakin tinggi pangkat atau tanggungjawab seseorang dalam pengurusan, semakin dia kena pandai jaga perhubungan dengan manusia terutamanya staf. Manakala PR pula antara wakil organisasi dengan klien, pelanggan dan orang awam.

Ibu saya ajar, salah satu interpersonal skil ini adalah listening. Contohnya jika kena uruskan staff bermasalah, dengarkan dulu sebab-sebab dia tak boleh buat kerja, jangan bebel atau serang semberono. Kemudian barulah tunjuk jalan penyelesaian kepada dia.

Skil perorangan ini boleh dilatih dan dipelajari kalau kita nak misalnya berfikir sejenak sebelum maki atau cari gaduh dengan orang, networking dengan orang industri atau sama minat dengan kita, mentorship, mulakan perbualan, tanya khabar dan kalau kena pergi kursus pun pergi sajalah.

Saya perhatikan online courses dalam pelbagai bidang tumbuh macam cendawan. Ada yang free, berbayar dan free-trial. Orang ramai pun dah mula berlumba-lumba nak upgrade diri dengan cari ilmu pengetahuan dan menambahkan digit dalam akaun.

Learning process itu memang tak akan pernah berhenti walaupun sudah menamatkan pendidikan secara formal. Sebab kita akan belajar macam-macam perkara lagi dalam hidup ini misalnya daripada kesilapan, pengalaman, pengembaraan, perubahan, orang sekeliling, di jalanan, buku, kursus dan internet.

Semalam hari jadi wabak COVID-19 yang ke-1, semoga umurnya tak sampai ke 2021 nanti. Dalam sama setahun ini, memang macam-macam jadi dan dunia menyaksikan banyak perubahan. Untuk adapt dengan norma baru ni, saya sedang cuba kawal mindset. Tukar dari fixed mindset kepada growth mindset. Contoh dan maksud dua mindset ini adalah:

Growth Mindset

“Okay, aku tak reti buat ni. Tapi aku cuba dan belajar.”

Seseorang yang ada mindset ini percaya yang dia boleh ubah nasib diri dia dengan berdoa, berusaha dan harungi cabaran.

Fixed Mindset

“Susahlah nak cari kerja sekarang. Belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau tak ada kabel, kabel, kabel.”

Orang macam ni biasanya rasa memang dah nasib dia, tak boleh nak buat apa dan tend to blame orang lain dan keadaan bila susah.

Begitulah rumusan yang saya belajar daripada kursus tuan Nobisha untuk refleksi balik dalam kehidupan. Tidaklah saya cerita sebiji-sebiji content yang diajar sebab tak nak ganggu periuk nasinya dan tak nak kena saman sebab langgar hak cipta.

Insya-Allah, bila rajin nanti saya kupas topik seterusnya iaitu macam mana nak ‘baca’ manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top