Realiti Affiliate Shopee Yang Tak Ramai Tahu
Saya join affiliate shopee ni ketika sambutan hangat terhadap program ini sudah surut dan sunset. Akan saya ceritakan kenapa saya rasa macam tu nanti.
Affiliate shopee ni sangat hype pada tahun lepas (2021). Boleh dikatakan bila bukak Twitter, TikTok dan Facebook penuh orang share link shopee. Termasuk selebriti, influencer dan page-page viral di Facebook. Sampai kan content clickbait yang takde kena mengena pun diaorang tepek link shopee, ingat orang nak klik ke teww 🤭
Jadi hal ini turut menarik orang biasa macam saya untuk turut into the scene. Sepatutnya join masa tengah hype tapi saya busy dengan kerja masa tu.
Baca lagi: Pengalaman Daftar Shopee
Harapnya masih belum terlambat untuk saya explore salah satu cabang digital marketing ni.
Nampaknya ramai join tapi tak ramai tahu realiti sebenar buat shopee affiliate ni.
Selepas diterima jadi member Shopee Affiliate (SA), saya join grup tempat para Shopee Affiliate atau Ambassador berkumpul di Facebook. Macam-macam drama, isu dan keluhan yang dilontarkan:
Realiti #1 Content Kena Curi
Bukan mudah konsisten buat konten dan copywriting. Ada hari memang kering idea atau burn out. Bagi orang yang terdesak, mereka guna taktik keji iaitu just copy paste ayat dan gambar orang lain.
Dalam support group Shopee Ambassador di Facebook, itulah antara isu yang sering naik di posting dan content creator asal sering naik angin bila content mereka diciplak terang-terangan.
Kadang admin page viral pun buat kerja copy paste ni, tanpa kredit kepada pemilik asal content dan tepek link SA dia sendiri.
Kemudian saya dapat tahu ada group-group Facebook contohnya Racun Shopee, Shopee Viral dan banyak lagi. Ada group free dan ada group berbayar atau sewa.
Ada group yang ahlinya berpuluh ribu orang. Biasanya para SA post content mereka di situ untuk luaskan capaian dan engagement. Mungkin tujuan asal group itu ditubuhkan untuk berkongsi minat dan sama-sama cari rezeki.
Okay je usaha ni cuma bagi saya, posting di dalam group tu agak spammy dan banyak juga saya dengar cerita tak sedap pasal group-group SA ni. Yalah, bila ramai orang ni, mesti ada macam-macam juga perangainya.
Realiti #2 Bayaran Dapat Lambat
Bila dapat buat sale dan conversion berlaku, duit komisyen bukan dapat terus sebaliknya kena tunggu 3 bulan. Mungkin pihak shopee nak verify dulu.
Ada orang yang dah lama buat SA ni mengadu bayarannya asyik pending berbulan-bulan tanpa diketahui sebab.
Realiti #3 Bersifat Sementara
Memang ramai buat Shopee Affiliate (SA) tapi mungkin tak ramai yang mampu bertahan. Dengar cerita ada admin yang nak jual group shopee viral dia di telegram.
Post-post yang ada setepek link shopee pun makin sendu. Kerana para pengguna pun dah lama sedar taktik buat duit ni.
Bila berasa dirinya dieksploitasi atau dimanipulasi demi simbol RM, memang orang akan turn off melainkan para SA tu jujur dan trusted.
Jangan Give Up
Setakat ini, itu apa yang saya nampak tentang program affiliate shopee ni di kaca mata saya.
“Jangan patah semangat.”- Ini pesanan untuk diri saya juga yang agak down semasa artikel ini ditaip.
Berasa down sebab rasa macam dah terlambat nak mulakan sesuatu atau berasa ketinggalan. Mungkinkah ini yang orang kata FOMO (Fear of Missing Out)?
Takpleh, masa terbaik untuk buat kerja affiliate ni adalah 5-7 tahun lepas sebelum hype, tapi masa kedua terbaik adalah sekarang.
Dalam next post, Insya-Allah saya nak cerita tentang affiliate marketing ni macam mana. Jom kita sama-sama belajar, stay tuned!
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.