Sedar Jasa Pokok Bakau Selepas Dibadai Tsunami

Aku menyertai rombongan bas ke utara tanah air anjuran WWF Malaysia-CIMB. Lawatan ini bukan saja-saja makan angin sebaliknya kena belajar contoh eko-pelancongan di tempat orang dan aplikasikannya di kampung sendiri.

Sebelum balik ke Terengganu, bas bergerak ke Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut di Sg Aceh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Nilai Hidup & Pokok Bakau

Di sana, kami bertemu komuniti nelayan Pulau Pinang. Ketuanya adalah Encik Ilyas, beliau bagi taklimat dan berkongsi pengalamannya dalam penanaman pokok bakau. 

Setahu aku, kegiatan konservasi bakau dan hutan paya laut di sana dah mula sejak lewat 90-an lagi. Encik Ilyas tahu kawasan bakau ni sarang pembiakan ikan, jadi beliau mahu melindungi kawasan itu supaya bekalan ikan ke laut dan rezeki nelayan tak putus. Lalu beliau mula menanam bakau.

Namun usaha murni itu diketawakan kerana segelintir orang kampung kata, “Buat apa tanam bakau, bukan ada nilai pun! Baik tanam pokok getah ke, sawit ke…”

“Kalau Allah nak tunjuk, memang sekejap je. Tahun 2004, sini pernah dilanda Tsunami. Kat tepi pantai ramai mati. Manakala di kawasan yang ada pokok bakau, tiada penduduk mati cuma harta benda rosak.” cerita Encik Ilyas kepada rombongan dari Terengganu ni.

“Sejak itu, orang dah tak ketawa lagi. Malah orang yang pernah ketawakan kami dulu siap tanya, “Ilyas, ada lagi tak nak tanam pokok bakau? Aku nak buat juga.”

Masa kuliah sains marin dulu, aku belajar yang tenaga ombak jadi berkurang bila dihalang sesuatu. Pokok bakau yang mencengkam kuat tanah mungkin bantu melemahkan ombak besar itu.

Tak Sesuai Untuk Orang Lapar Duit

Cerita Encik Ilyas lagi, hutan paya laut sesuai dibuat kegiatan eko-pelancongan. Contohnya ajak pelancong tanam pokok bakau ke atau apa-apa tumbuhan yang sesuai kat tepi pantai. Sediakan anak pokok cantik-cantik dan caj lah harga.

Cuma nasihatnya lagi, projek penanaman bakau ni lebih menjurus ke arah charity dan nak sebarkan awareness lah berbanding keuntungan komersial. Selalunya team beliau terima lawatan daripada pelajar-pelajar sekolah yang nak tanam bakau. 

Semasa zaman belajar juga, aku dapat rasa macam mana tanam bakau. Memang pengalaman tu best, paling tak boleh lupa masa tak boleh bangun lepas jatuh sampai empat tangan kena tarik aku keluar dari ke lumpur tu haha. 

Baca lagi: Pengalaman Belajar Sains Marin

Katanya lagi, nak cari pelapis yang meneruskan legasinya ini bukan senang dan usaha ini tak sesuai untuk orang yang pentingkan material. Tapi beliau faham, orang muda ni baru nak bina hidup seperti nak kerja, kahwin dan berkeluarga. Mesti perlukan simbol RM juga.

Kemudian kami dapat input bagaimana menghasilkan produk daripada tanaman bakau. Contohnya jus dan jem diibuat daripada buah berembang. Aku cuba roti sapu jem berembang dan kuih lepat tu, sedapnya!

Subhanallah, indahnya tempat ni

Selepas dijamu makan tengah hari yang sedap (aku tak boleh move on dengan kari dan kuih lepat dia!), kami melawat kawasan. Aku suka tengok boardwalk ni kerana bagaikan ada kecantikan misterius yang tersendiri.

Sambil meniti di boardwalk ni, aku dengar cerita ngeri daripada Tok Pa, salah seorang ahli rombongan ni tentang Tsunami di Penang.

Masa kejadian, beliau ada di sana dan terlibat dalam kerja sukarelawan cari mangsa. Ceritanya,  banyak jumpa cebisan anggota manusia yang dah tak cukup sifat. Perempuan tak digalakkan ikut serta sebab ada yang kena histeria dan sebagainya.

Nampak tenang dan damai alam ciptaan Allah ni. Tapi sekali alam ni ‘berteriak marah’ dek kerakusan manusia, membayangkannya pun rasa seriau!

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top