20 Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Sains Marin

Semasa saya di Tingkatan 4, saya pernah menyertai Ekspedisi Kayak ke Pulau Kapas. Walaupun macam nak tercabut skru lengan sebab letih tau kayuh kayak daripada tanah besar sampai ke Pulau. Tapi pengalaman tu sangat best.

Pengalaman itu lah yang memperkenalkan saya dengan dunia kelautan ni.

Selepas ekspedisi tu, saya terus tanya Google pasal bidang yang berkaitan dengan laut dan terjumpa kos sains marin ni. Dan saya pun pasang cita-cita itu.

Selepas SPM, saya dapat tawaran asasi sains UiTM. Hampir separuh budak kelas saya nak ambil medic bila tanya nak sambung ijazah apa lepas ni tapi saya tetap dengan cita-cita saya untuk belajar pasal laut walaupun orang buat muka pelik bila dengar bidang itu.

Tamat asasi sains UiTM, saya pun minta la kos ini dan lapan-lapan tempat dalam borang UPU tu semua dipenuhi dengan kos yang berkaitan dengan sains akuatik. Akhirnya dapat kos Sains Samudera di UMT and the rest is history. Tapi masa tu saya tak fikir sangat pasal kerjaya ni, tau nak main air je.

Sebab kos ini tidak famous macam Amos famous, biskut famous tu, jadi antara soalan yang terpacul daripada mulut-mulut yang bertanya adalah:

“Nak kerja apa ambil kos sains marin ni? Jadi nelayan? HAHAHA LOLOLOL”. Tanya seorang Hamba Allah kepada saya sambil ketawa berdekah kah kah kah.

Selepas 3 tahun menekuni bidang sains marin ini, barulah saya nampak serba sedikit laluan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ini. Kalau ada sesiapa tanya lagi, boleh jawab kot, Insya-Allah. Antaranya:

1. Saintis, Penyelidik dan Pensyarah

Saya perhatikan, ini antara kerjaya popular dan menjadi pilihan ramai graduan sains marin. Ramai yang habis belajar terus sambung atau jadi pembantu penyelidik.

Pernah tonton filem ‘Meg’ atau ‘Deep Water’? Cool gila saintis dalam tu kan.

Laut amat luas dan masih banyak perkara yang belum dikaji, ribuan spesies haiwan marin yang tidak dikenal pasti serta misteri yang belum terbongkar di dalam laut sana tetapi negara kita kekurangan kepakaran dan penyelidikan dalam bidang kelautan ini.

Jika minat anda ada di dalam dunia akademik dan penyelidikan, tak apa, kejarlah minat itu. Terdapat ramai juga graduan sains marin yang menjawat jawatan sebagai pegawai sains, penyelidik dan menjadi pensyarah di mana-mana IPT. Sebelum bergelar pensyarah universiti, anda perlu memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD)

Antara nasihat pensyarah saya, kalau nak jadi seorang pensyarah, cuba cari bidang dan kepakaran apa yang tiada dalam Universiti dan berusaha menjadi pakar dalam bidang tersebut.

2. Konsultan Alam Sekitar

Konsultan alam sekitar ini adalah orang yang bekerja dalam sektor swasta dan awam di mana mereka menekankan isu alam sekitar seperti pencemaran air, tanah dan kualiti udara. Dalam jurusan sains marin, nanti ada subjek yang dipanggil EIA (Environmental Impact Assessment). Saya lihat kerjaya ini antara yang paling laku.

3. Pegawai Perikanan dan Akuakultur

Setahu saya, pegawai perikanan ini biasanya bekerja dengan kerajaan seperti yang kita tahu satu jawatan 10,000 orang berebut mohon. Tugasnya berkaitan dengan hal ehwal industri perikanan negara.

4. Pegawai atau Renjer Taman Laut

Setakat yang saya lihat dalam laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia, kira-kira ada 40 buah taman laut di Malaysia. Antaranya Pulau Redang, Pulau Payar dan Pulau Tinggi. Tugas pegawai di sana mungkin uruskan projek-projek di taman laut itu.

5. Ahli Bioteknologi Marin

Bioteknologi Marin ni adalah apa-apa produk yang terhasil dari haiwan dan tumbuhan marin untuk kegunaan manusia dalam industri farmaseutikal, akuakultur dan kosmetik. Kalau anda boleh berkawan baik dengan mikroskop dan suka bab-bab DNA, bacteria dan kerja-kerja makmal, mungkin kerjaya ini sesuai dengan anda.

6. Pegawai Pendidikan dan Komunikasi

Setahu saya, kerjaya ini untuk sesiapa yang berminat dengan dunia pendidikan dan sukakan kanak-kanak kerana antara skop kerjaya adalah seperti mengadakan program kesedaran dan kem-kem alam sekitar.

7. Aktivis dan Pegawai Pemuliharaan (Conservationist)

Biasanya bekerja dengan non-profit organization (NGO) seperti WWF, Malaysian Nature Society, Juara Turtle Project. Aktiviti konservasi ini biasanya lasak dan deal dengan hidupan liar tak sama dengan main dengan kucing. Yang ni saya rasa sesuai untuk sesiapa yang passionate dengan haiwan dan nak selamatkan bumi.

8. Penyelam dan Jurulatih skuba
Nak jadi penyelam profesional biasanya langkah pertama kena ada lesen selaman skuba. Selepas itu selalu pergi penyelam (kena rekod selalu) sampai jadi divemaster.

Dive master ni lesen peringkat tertinggi dalam scuba dive. Bila dah diiktiraf sebagai divemaster, boleh menyelam kat mana-mana termasuk tempat-tempat berbahaya seperti laut dalam dan dalam gua. Bila dah divemaster, boleh ajar orang lain pula sebagai jurulatih skuba.

Suatu hari, lecturer saya tanya dalam kelas. “Apa passion awak semua? Saya tak kisah kalau awak tak minat belajar tapi apa passion awak?”
Lalu beliau pun cerita pasal seorang senior dalam kos sains marin. Senior saya ni malas belajar tapi sangat passionate dengan selam skuba. Sekarang dah jadi penyelam di UMT.

Saya pernah terbaca, kerjaya ni juga boleh bawa seseorang tu mengelilingi dunia. Ada seorang mat salih ni, dia sangat suka menyelam jadi dia datang ke Malaysia, menetap di pulau dan bekerja sebagai penyelam. Yang syoknya, makan minum dan tempat menginap semua bos dia tanggung.

9. Jurukamera Bawah Air (Underwater Photographer)

Kalau anda suka mengambil foto, minat fasal kamera dan berbakat dalam bidang fotografi, kembangkan bakat anda kerana bidang ini semakin mendapat perhatian dan boleh menjana pendapatan.

10. Pegawai Meteorologi

Mengkaji cuaca dan iklim. Memberi amaran bencana dan sebagainya.

11. Jurulatih Mamalia Marin

A million miles start with first step. Marine Science graduate can be marine mammals trainer. Look what your senior did.” Kata Dr J, bekas pensyarah saya dalam Facebook.

(Sumber gambar: Common Thread|I-S magazine online)

12. Pengurus Aquarium

Tugas utama seorang aquarist termasuklah memantau kualiti air, suhu, bersihkan tangki, baiki peralatan, beri penerangan kepada pelawat, jaga ikan-ikan, bagi makan dan sediakan aktiviti menarik kepada pengunjung.

13. Penulis dan Wartawan Sains dan Alam Sekitar

Anda suka menulis dan membaca? Kewartawanan dan artikel yang berkaitan dengan sains terutama tentang laut agak kurang mendapat perhatian di negara kita.

Wartawan dan saintis memainkan peranan yang sama iaitu mencari kebenaran dan perlu mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Saintis menulis penemuannya di dalam bentuk laporan saintifik contohnya jurnal-jurnal ilmiah yang perkataannya amat canggih manakala wartawan boleh menulis (atau menterjemah) ayat-ayat atau ‘terms’ saintifik di dalam jurnal tersebut ke dalam bentuk ayat yang boleh difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Senang cerita, budak umur 5 tahun pun boleh faham.

Bekerja di Media. Perlu mempunyai naluri ingin tahu yang sangat tinggi. Menjadi penulis adalah impian saya jadi saya mulakan dengan menulis blog tapi ada cabarannya sebab memang semua orang boleh menulis tapi bukan semua orang boleh rajin menulis. Tapi setakat ni saya dah mula dengan menulis artikel dan cuba hantar kat mana-mana media. Ini bidang saya sedang ceburi sekarang.

14. Ahli Arkeologi Maritim

Mengkaji artifak, peninggalan sejarah seperti harta karun dan kapal karam yang tenggelam di Malaysia. Bidang ini sudah lama ada di negara kita tetapi tidak begitu meluas. Mungkin sebab bidang ini memerlukan teknologi dan kos yang tinggi untuk menjalankan kajian.

15. Ahli Geologi Marin atau Geoscientist

Mengkaji batu-batu, pasir sedimen, minyak dan gas dan juga gunung, gua di dasar laut. Ni biasanya boleh kerja di syarikat-syarikat oil& gas.

16. Tentera laut (Navy)

Graduan sains marin turut diberi peluang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia untuk menjadi pegawai TLDM.

17. Keusahawanan dan servis Eko-pelancongan

Jika anda seorang yang kreatif dan inovasi, macam-macam boleh buat sebenarnya.

Kalau anda suka bekerja sendiri, boleh tahan dengan sepak terajang dunia bisnes dan nak jadi bos, mungkin anda boleh memasang impian untuk menceburi bidang bisnes dan keusahawanan.

Tidak salah kalau ada impian, asalkan disertai dengan doa+usaha+ tawakal+sabar. Contohnya mungkin boleh buka kedai pancing ke, kedai aquarium air masin ke atau membuka kolam untuk menternak udang. Boleh buat mi udang. Eh, laparlah pulak.

Kalau minat dalam sektor pelancongan, boleh cuba jadi pemandu pelancong atau nature guide, bawa pelancong pergi pulau-pulau, paya bakau ke, tengok kelip-kelip di sungai dan macam-macam lagi aktiviti yang berkonsepkan eko-pelancongan.

18. Kartunis dan Animator

Pernah tengok SpongeBob? Tahukah anda kartun-kartun yang terkenal tersebut dihasilkan oleh ahli biologi marin yang berkisar kan tentang hidupan laut. Pernah tengok filem animasi Finding Nemo? Menurut laman web Mentalfloss, krew filem tersebut kena belajar kursus marine biology, oceanography, and ichthyology (perikanan) serta kelas selaman skuba untuk bagi watak-watak tu nampak ‘real’.

19. Penganalisis Polisi dan undang-undang Marin

Penganalisis polisi ini selalunya orang yang bekerja dengan kerajaan untuk influence polisi awam. Mereka akan kaji, menganalisis dan tawarkan nasihat tentang isu dan timbul contohnya masalah saintifik atau isu polisi.

Dalam sains marin, ada subjek marine policy yang wajib ambil. Interesting jugalah belajar sebab dapat tahu kes-kes yang pernah hot di Malaysia seperti isu tuntut Pulau Batu Puteh, Kepulauan Spratly, Pulau Natuna dan lain-lain.

20. Kurator
Bekerja di muzium maritim.

 Kesimpulannya

Setakat ini saja yang saya tahu, dengar cerita daripada orang lain dan pengalaman hidup sendiri. Maaf kalau ada penerangan yang terkurang. Mana-mana bahagian kerjaya yang saya explain panjang lebar tu adalah cita-cita dan apa yang saya minat.

Sekiranya nak tahu nama organisasi atau syarikat-syarikat mana yang tawarkan kerja berkaitan marin, saya rasa eloklah anda bertanya sendiri pada pensyarah-pensyarah, pihak universiti atau alumni. Sebab saya rasa mereka lebih tahu, berpengalaman, networking dan ada connection dengan pelbagai institusi atau organisasi yang berkaitan.

Salah satu lifehack untuk dapatkan kerja juga adalah berbaik dengan senior dan alumni. Manalah tahu kalau dia sudah bekerja nanti, bolehlah dia rekomen anda kepada bosnya sekiranya ada jawatan kosong.

Tapi jujurlah cakap, sebenarnya bidang ini tidak sesuai untuk hungry-money people and very tough in the job market.

Jangan ingat lepas keluar universiti terus dapat kerjaya idaman dan terus berjaya dalam hidup. Jauh lagi perjalanan. Ada yang bernasib baik terus dapat kerja tapi tak ramai macam tu. Lari bidang pun ramai dan tak salah pun selagi bahagia dengan pilihan hidup.

Ada beza antara kerja dengan karier. Kerja untuk dapatkan wang dan meletak makanan atas meja, manakala karier pula tentang minat dan skil yang kita nak buat untuk jangka masa panjang.

Sekiranya tidak tahu lagi apa yang dimahukan dalam hidup, mungkin anda boleh bereksperimen dengan kerja sajalah apa-apa pun dulu (walaupun tak ada kaitan dengan apa yang belajar) sambil-sambil bina karier impian sebab we have to start somewhere.

Sekiranya anda betul-betul ada passion dan berjiwa besar, Insya-Allah boleh pergi jauh.

Lagi artikel berkaitan: 

20 Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Sains Marin

22 thoughts on “20 Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Sains Marin”

  1. Salam saya Nisa, boleh sharekan email cik dengan saya? Saya nak melanjutkan pelajaran tidak lama lagi dan berminat dengan bidang marine geoscienes, tetapi tidak tahu nak rujuk pada siapa. Harap cik dapat memberi pencerahan pada saya.

    1. Saya tak sure yang ni sebab lepas grad semua sudah bawa haluan masing-masing melalui kehidupan yang bahagia. Awak bimbang menganggur ke lepas ambil kos ni? Pada pendapat saya, mengganggur ke tak ini pilihan hidup individu tersebut, bukan salah kos yang dia ambil. Apa yang penting adalah awak ada goals dan matlamat dalam hidup serta perancangan apa nak buat lepas grad.

  2. Salam sejahtera kak zafirah, saya nak tanya kalau-kalau kerja dalam bidang ni high demand dekat Malaysia, lebih-lebih lagi dengan keadaan negara sekarang? Saya juga nak tau kalau-kalau tugas ahli biologi marin di malaysia merangkumi penyelidikan lapangan di kawasan laut terbuka(aka boleh jumpa ikan laut macam whale?) dan tidak terikat di kawasan perairan Malaysia sahaja?

    1. Salam sejahtera Mizan, pada pandangan saya secara umum kerja dalam bidang ini ada, tetapi kena pandai cari contohnya tanya lecturers, alumni, seniors dan universiti sebab mereka mungkin ada connection dengan industri termasuk di luar negara. Saya tengok ada beberapa orang seniors yang belajar dan bekerja di overseas berkaitan dengan laut.

      Kalau tengok pasaran kerja dalam Malaysia, saya tak rasa begitu high-demand lah. Tapi saya rasa penting juga rakyat Malaysia ada knowledge dan awareness pasal laut so tak rugi pun belajar kos ini. Tambah-tambah lagi banyak isu pasal laut sekarang seperti pencemaran laut, climate change, plastik dan kerosakan alam sekitar.

      Ya, ahli biologi marin boleh naik kapal dan turun ke laut terbuka. Ada marine biologist di lapangan dan ada juga yang suka duduk makmal. Ada lecturer di U saya dulu buat kajian tentang dolphin di Malaysia. Ada saintis yang join ekspedisi sampai ke Antartika

  3. assalamualaikum kak, saya berminat nak pursue study dalam bidang marine ni. boleh tak akak jelaskan dekat saya apa beza course science marine dan marine biology sebenarnya?

    1. Waalaikumussalam Nana, sorry lambat reply. Sains mari belajar hampir semua pasal laut dari ombak, sedimen, dan hidupan laut manakala marine biology banyak fokus hidupan laut dari plankton sampailah ke ikan paus.

  4. Assalamualaikum, saya pelajar Tahun 2 Sains Marin di UMT. Semasa saya Tingkatan 5 lagi saya buat kajian untuk pilih kursus pasal laut sebab saya begitu minat kelautan sejak kecil. Terpengaruh dengan dokumentari National Geographic 😁 Alhamdulillah UPU saya dapat kursus yang paling saya minat. Saya sudah beberapa kali membaca blog cik/puan sejak dari itu. Semua kerjaya itu saya amat minat. Pilihan no.1 saya adalah tentera laut. Doakan saya dapat habiskan degree saya dengan cemerlang. Terima kasih kerana membuat blog ini dan memberi inspirasi kepada saya.

    1. Waalaikumusaalam, aminn. Semoga terus maju jaya! Wahh, kalau minat nak jadi tentera laut boleh join PALAPES semasa di kampus. Kawan satu kos saya dulu pun jadi navy sekarang

  5. Assalamualaikum saya nak tanya, kalau agrikultur marin sama ke macam marin biology ? boleh beri penerangan tentang agrikultur marin ?

    1. Waalaikumussalam, kedua-duanya nampak sama tapi tak serupa. Setahu saya agriculture marin lebih kepada penternakan ikan air masin, banyak belajar pasal ikan-ikan tertuamanya untuk bekalan makanan manusia.

      Manakala marin bio pula kaji tentang hidupan laut dari sekecil-kecil plankton sampailah ikan paus.

  6. Assalamualaikum..

    Anak sy akan menduduki SPM pada mac 2022. Beliau berminat untuk mengikuti bidang laut dan ikan. Boleh bagi panduan macam mana laluan bagi memohon. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam puan, setahu saya laluannya begini:

      SPM—> STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma aliran sains (Pointer 2.00-3.00 ke atas)—-> Degree Sains Marin.

      Boleh mohon menerusi UPU.

    2. Assalamualaikum kakk,blh sy nk tnya,klw ambik course sains marin blh ke nnti nk apply kerja as pegawai sains kat kerajaan/swasta?

  7. Assalamualaikum akak, saya nk tanya. Selain dari intern dlm bidang conservation, apa lagi ye yg saya boleh apply untuk intern since sy pun student sains marin kat umt sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top