Pengalaman Kena Scammed Kelas Bahasa Jepun

Dalam entri lepas, aku ada cerita nak belajar bahasa Jepun. 

Lalu aku daftar ke kelas bahasa Jepun syarikat 2Squaredmy. Marketing dia boleh tahan kaw-kaw jugalah sebab viral di Twitter dan public figure Hazeman Huzir pun promote kelas tu. 

Apa yang jadi magnet untuk orang ramai (termasuk aku) daftar juga adalah yurannya yang agak murah, RM 50 sebulan.

Pada mulanya aku sangka kelas bahasa ni mungkin social enterprise sebab pengendali akaun twitter 2Squaredmy tu pernah kata ada pihak yang sudi taja kelas, jadi yuran diskaun ke RM 40.

Aku bayar yuran untuk 5 bulan terus sebab nak suruh diri ni komited belajar bahasa Jepun sampai pandai. Little did I know, aku turut bayar yuran kebodohan sekali… 

Kelas Tak Best 

First day. Aku cuba tekan google link nak masuk kelas tapi asyik tak approved. Bukan aku je, ada beberapa lagi orang yang tak boleh masuk. 

Apabila berjaya masuk, sensei dah start mengajar. Caranya mengajar pula laju seperti keretapi peluru di Jepun, tak sempat nak kejar dan sepatah haram pun tak faham. Tambahan pula tulisan Jepun nampak macam cacing kerawit bagi beginner macam aku. 

Selepas habis kelas, sensei minta feedback caranya mengajar jadi aku pun cakap yang dia mengajar laju tapi dia terus tutup Google class tu. Husnuzon: mungkin dia nak cepat, tak dengar suara dan tak perasan mesej aku. 

Ponteng Kelas

Sejak pengalaman tak best dalam kelas pertama tu, aku rasa reluctant nak pergi lagi. Tapi duit yuran dah bayar, macam mana ni? 

Takpe, rakaman ada. Sisi gelap online courses ni adalah aku take it for granted. 

Semasa PKP dulu, aku aktif juga masuk online courses itu ini. Sekarang dah tak mahu sebab rasa overwhelming dan isu komitmen. Sakit mata dan kepala juga tengok skrin lama-lama ni. 

Sekarang aku nak execution, belajar something terus praktis. Kalau masuk kelas pun, prefer belajar secara fizikal dan dapatkan pengetahuan bagi selesaikan masalah. 

Management Issue

Terus terang cakap, aku rasa bingung, keliru, tak selesa dan lemas dengan kelas bahasa Jepun ni.

Pengurusannya kurang professional, contohnya tangguhkan kelas just untuk check siapa yang dah bayar yuran, jadual kelas berterabur, asyik send invois minta payment walaupun ada students yang dah bayar advance untuk next months. 

Lepas tu kan, aku terbayar lebih. Si admin kata nanti dia refund, sampai sekarang janji itu dicapati. Hampeh.

Then konflik dalaman company seperti duit kena sabotaj dengan company lain pun diaorang cerita kat students. Itu pun dah red flag. 

Bila orang emel/WhatsApp tanya-tanya tak layan pun, bab minta duit laju pula. 

Kena Scammed? 

Trust issue aku meroket naik bila orang ramai bising-bising kat Twitter kata founder 2squaredmy ni scammer dan tak bayar gaji cikgu-cikgu bahasa terutamanya mandarin. 

Bila bangkitkan hal ni dalam grup WhatsApp, sensei pun panik dan mula rasa dirinya turut kena gamed. Kalau sensei pun blur, apatah lagi kami ni huhu.

Kesian juga sensei tu. Walaupun aku rasa kelasnya tak best, aku masih nak percaya yang dia dah try her best dan maybe ikhlas mengajar. Cuma ilmunya masuk telinga kananku, transit kejap dalam kepala then keluar ikut kiri. 

Kalau pengasas 2Squaredmy tu berada di pihak yang benar, sila tampil bagi penjelasan. Aku dengar ada student yang sedang kumpul bukti untuk heret dia ke polis. 

Kalau betul dia scammer, aku harap ultraman ke godzilla pijak je kereta dia. Tak suka betul perasaan kena scammed ni. 

2 thoughts on “Pengalaman Kena Scammed Kelas Bahasa Jepun”

  1. Hi, saya pernah mengajar under 2squared, memang terabur management, gaji bayar lambat. Ada banyak screenshots of apa yang jadi di belakang tabir seperti fraudulent marketing strategy etc.

    Thank you for shedding light onto this issue.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top