Baru-baru ini aku ikut merayakan keberanian adik lelaki aku berkomitmen menerusi wedding dia. Aku tumpang happy pada hari bahagianya dan mengalukan kedatangan ahli baru dalam keluarga.
Ramai juga tanya, bila giliran kenduri kahwin aku?
Esok pun boleh kalau setakat nak kenduri kahwin sehari. Namun nak hidup dengan seseorang pula bukan sehari dua.
Memikirkan hidup aku maybe bertukar 180° bila berumah tangga ni, membuatkan aku pause sejenak daripada rushing nak tukar title miss to mrs.
Lagipun belum ada calon lagi. Di mata umum, orang single ni nampak sunyi. Tapi bagi aku lebih sunyi lagi kalau bersama dengan orang yang salah- tak serasi, takde persefahaman dan tiada tolak ansur.
Rasa Ketinggalan
Cuma bila pandang raja sehari ini bersanding di pelamin bersama sang ratu hatinya, my cousins dukung anak-anak dan tetamu yang hadir bersama pasangan, terdetik juga rasa left behind dalam alam dewasa.
Kerana dalam environment aku ni, aku lihat orang yang berkeluarga ni matang, sabar, bertanggungjawab dan komited. Mereka ada something untuk diperjuangkan. Itu apa yang aku nampaklah, behind the scenes aku tak tahu.
Dalam usia menjengah 3 series ini, rata-rata orang sebaya aku bercakap tentang tadika anak, naik pangkat, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Rasa terasing dan tak boleh relate sebab aku belum ada semua tu.
Kadang aku beat myself kenapa diri ini begitu kompleks, slow dan procrastinator tegar.
Khabar Duka
Ketika wedding adik aku juga, Mok Teh iaitu emak saudara aku kelihatan tak bermaya, hilang selera makan dan kurang sihat. Selalunya dialah yang paling riuh dan ceria semasa kenduri kendara.
Apabila check di hospital, doktor mengesahkan Mok Teh menghidap kanser kolon tahap 4. Ya Allah…
Sedih, sebak, hilang seri. Rasa itu turut menyelubungi kaum kerabat keluargaku. Masa tu aku sedar nikmat sihat tu antara yang mahal.
Hidup ini juga terlalu singkat untuk inferior dalam soal jodoh dan pencapaian material. Lebih baik bertindak improve diri sementara masa dan hayat masih ada ini.
Turning Point
Aku sibuk menumbuh jadi orang dewasa. Bila angkat kepala lihat sekeliling, orang-orang tua dalam hidupku pun makin menua, ada yang sudah tiada dan mula sakit-sakit. Ibu dan ayah aku sendiri pun perlu keluar masuk hospital.
Rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan. Ramai (termasuk diri ini) nak menyingkap rahsia Tuhan tentang jodoh dan rezeki berbanding kematian sedangkan mati itu lebih pasti dan kita sepatutnya buat persediaan.
Hakikat ini sedikit sebanyak jadi pelempang realiti dan turning point untuk aku bergelut keluar dari kepompong dunia sendiri, supaya boleh terbang sebagai ramai-ramai.
Ketika menaip ni, aku rasa overwhelm dengan fasa adulthood ni. Jadi aku decide untuk ambil satu langkah pada satu masa- ‘1 step, 1 time’ yang Insya-Allah aku akan cerita dalam next entri…
Bila muhasabah diri dan merenung masa lalu, aku dapati susunan takdir Allah memang indah. Mungkin ada pembaca blog ini yang turut berperang perasaan sama macam aku. Takpelah, kita ni maybe late bloomer… namun bila sampai masa yang terbaik, kita tetap bersinar.