Saya mula agak lambat- hujung tahun 2024 baru mula buka akaun tiktok dan awal tahun 2025 baru aktif.
Akhirnya sign up tiktok ni kerana ramai pelanggan minta link akaun tiktok, lebih-lebih lagi bila dapat tahu orang buat juta-juta sales pakai tiktok, hal ini diakui dan dibuktikan oleh 10 orang dalam circle pelancongan yang saya hormati to the point saya rasa ‘bodohnya kalau buat bisnes tapi tiada akaun tiktok’.
Takpelah, masa terbaik buka dan aktif bertiktok adalah pada tahun 2020 dan masa kedua terbaik adalah sekarang. Namun rasa kesal tetap menghantui saya sebab lambat beradaptasi dan ketinggalan bas dengan perkembangan semasa.
Di kaca mata saya, tiktok ni awalnya platform belia joget-joget menari kemudian berevolusi ke konten hiburan, edukasi dan inspirasi selepas meletup pada tahun 2020- zaman lockdown covid.
Pada era ini, boleh dikatakan apps ni buat orang ketagih termasuk saya sendiri semasa kerja sebagai content writer dalam niche East Asian di sebuah syarikat media digital masa tu yang memburu cerita-cerita menarik untuk content curation. Kebanyakan contents masa tu genuine dan autentik. Tiktok juga kasi chance kepada sesiapa untuk viral atau masuk dalam For You Page (FYP).
Sehinggalah…
Tiktok perkenalkan tiktok shop dan ramai orang tengah gilakan affiliate. Lumrah di mana banyak crowds, di situ ada pasaran tempat peniaga pacak brands termasuk kami. Mana ada orang jual di dalam gua takde orang, tempat jin bertendang. Kalau dalam dunia online ni, tiktok lah pasar paling hot sekarang.
Oleh itu, konten di FYP sekarang kadang tak ubah seperti katalog niaga, terlalu komersial dan iklan bersepah sana sini. Konten yang genuine nampaknya semakin jarang dan tenggelam, kalah dengan duit. Ini pendapat yang saya baca dalam sebuah artikel dan mengalaminya sendiri.
Saya rasa menyesal dan rasa terlambat sebab baru bertiktok pada masa orang dah mula menyampah dengan platform ini dan lari ke media sosial lain. Dari sini, saya belajar bahawa don’t put all eggs di tiktok tapi cross-post juga di platforms lain.
Apa pun, better late than never. Lantas saya tebus penyesalan itu dengan berusaha post hari-hari di platform ini. Sebelum ini saya menolak tiktok sebab saya tak reti dan tak minat buat video.
Jalan pintas atau shortcut adalah upah je lah orang buatkan video atau handle akaun tiktok ni tapi saya putuskan untuk buat sendiri je dulu. Sebab kalau orang buat belaka, selamanya saya tak pandai dan tak belajar apa-apa.
Saya belajar banyak perkara tentang tiktok marketing daripada pembacaan, kursus, internet dan pengalaman praktis sendiri. Cuma pengetahuan itu scattered dan berselirat dalam kepala jadi saya tulis blog ini untuk clarity dan susun balik segala pengetahuan itu sebagai case study.
Rupanya kan, tiktok ni bukan terhad ke video je, post foto-foto pun boleh. Ya, dah masuk 2025 ni baru saya sedar dan insaf sesungguhnya.
Alhamdulillah, kini akaun tiktok bisnes semakin grow dan ada impaknya pada marketing dan sales. Sampailah suatu hari, saya pergi ke bengkel marketing dan tersedar seusatu. TikTok ini hanyalah alat yang sebahagian daripada promosi.
Makna marketing dan branding ini lebih besar daripada itu yang perlahan-lahan saya hadam untuk dipratikkan, Insya-Allah saya tulis dan kongsi pengetahuan ini dari semasa ke semasa (sekiranya saya rajin).