Pengalaman Hiking Gunung Sarut (Sebagai Newbie)

Pada mulanya, saya merancang nak naik Gunung Tebu yang dekat dengan dusun keluarga yang kini dijadikan campsite.

Biasalah, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan dan ditakdirkan Gunung Sarut di Setiu yang tercatat sebagai gunung sulung saya.

Saya terima pelawaan Ain untuk menyertai trip ke Sarut kerana masa itu terinspirasi dengan novel Jepun, Days at the Morisaki Bookshop yang ada babak wataknya pergi hiking.

Dalam novel berkenaan, perjalanan mendaki memberi ruang kepada watak utamanya, Takako untuk melepaskan tekanan, berhubung dengan alam semula jadi, dan merenung tentang makna kehidupan.

Pendakian ini juga menjadi simbol kepada perubahan dalam hidup Takako—daripada seseorang yang terperangkap dalam masa lalu, kepada seseorang yang mula membuka hatinya untuk menerima pengalaman baharu.

Sebelum Naik Gunung

Ain menempah trip dengan Jedi Outdoor, khidmat malim gunung yang pernah membawa dia naik Gunung Tebu dulu. Saya ikutkan saja sebab Ain lebih kenal mereka.

Ain sudah pesan awal-awal supaya training seperti jogging ke, panjat bukit ke, jangan naik bodo gitu je namun saya endah tak endah sebab tenggelam dalam urusan kerja, family dan personal projects.

Physical training yang saya buat, hanyalah naik-turun-naik tangga sampai ke tingkat 15 di kondominium keluarga di KL. Itupun sekali 🤭

Saya baca dalam group WhatsApp, difahamkan Gunung Sarut ini santai-santai sahaja. Rupanya level santai bagi hiker otai dan newbies/noobies ini macam planet venus dan bumi ya kawan-kawan. Masa kaki on the track itu baru tahu langit gunung itu tinggi ke rendah.

Hari Kejadian

Pagi

Saya, ibu dan ayah bermalam di dusun. Usai subuh, kami pickup Ain dan berjanji dengan dua lagi kawan Ain iaitu Sarah dan Ewa untuk carpool pergi sekali dengan kereta Sarah.

Kami berempat melalui jalan berliku-liku untuk sampai ke Lata Payung di Setiu. Tempat ini popular dengan airnya yang biru hijau dan merupakan kaki Gunung Sarut.

Cuma tempat ini digital detox sungguh sebab tak berapa nak ada line telefon. Kalau ada berita viral wabak zombie 🧟, mungkin kami orang terakhir tahu.

Sebelum naik, ada sesi briefing dan photo group dulu.

Slow & Steady

Kemudian pendaki dilepaskan naik, kami berempat jalan dulu tapi baru 10 langkah, saya dah pancit lantas tepi sikit, bagi orang belakang jalan dulu.

Masa merentas desa sekolah dulu pun saya antara yang last sampai sebab jalan lenggang kangkung, siap beli air minum di kedai lagi sementara peserta lain berlari kejar medal.

Tapi kali ni lain, rasa bersalah pula tengok Ain, Sarah dan Ewa tunggu saya. Ain pegang kata-katanya “Takpe makcik & pakcik, saya jaga molek Zaf ni.”

Akhirnya salah seorang guide, Pokdi suruh Ain & the geng jalan dulu, kalau saya semput nak kejar langkah diorang, nak cari mana spare part jantung kat tengah-tengah gunung ni kan? Lagipun saya ada terbaca berita, seorang lelaki obese maut kena serangan jantung sebab sahut cabaran member naik gunung tanpa henti.

Tongkat sakti

Oh ya, lupa nak perkenalkan, satu lagi teman setia saya menggunung adalah tongkat dibuat dari rotan yang saya bagi nama Rocky. Special la sebab ayah saya yang buat ni, sampai sekarang saya simpan.

Kebetulan bulldozer jumpa banyak rotan masa sodok kebun. Disebabkan terlupa nak beli hiking stick (Kat DIY ada), jadi kita guna sahaja apa yang ada di dusun itu.

Checkpoints

Blue Pool

Kira-kira sejam kemudian kami tiba di Bluepool. Belum boleh mandi manda beria di sini sebab kesejukkannya boleh menyebabkan kaki cramp, merangkak naik gunung nanti.

Isi perut dulu kat sini, kerana antara punca terbesar saya tak larat adalah belum sarapan. Kena makan nasi atau pulut baru ada tenaga.

Lipan
Seingat saya, asal usul nama checkpoint ini disebabkan pendaki dulu-dulu jumpa banyak lipan bila selak daun di atas tanah. Antara R&R yang ada di sini, boleh lah nak solat ke rehat ke cuma tiada kedai jual buah dan jajan.

Laluan nak sampai sini agak berpacak. Pokdi tawarkan untuk tolong bawakan beg saya supaya pergerakan saya lebih laju. Pada mulanya saya rasa serba salah, keberatan sebab risau menyusahkan dia. Yalah, dia menggalas backpack dia lagi, nak dukung beg saya yang seberat budak ini lagi. Akhirnya saya akur sebab kalau tidak mungkin hari sudah gelap pun kami tak sampai-sampai lagi.

Saya dengar dan cuba ikut cakap guide selagi logik sebab I think he knows what he’s doing, and I trust him. Yalah gunung ni playground dia kan, bukannya Disneyland yang boleh dibuat main-main.

Nokia
Antara tempat yang ada line, dulu-dulu kan handphone jenama Nokia mendunia jadi orang zaman dulu bagi nama ini.

Masa nak gerak tu, tiba-tiba hujan mendadak turun. Setelah tunggu seketika, kami ambil keputusan untuk terus bergerak, lagipun sudah bersiap memakai baju hujan.

Mencabar jugalah sebab jalan licin, spek mata pula tiada wiper, basah kena hujan. Kadang saya berhenti sekejap peluk pokok, masa itu lah mula berhuhu why, why why.. Kenapalah takde lif ke eskalator ke kat sini, kenapalah lama sangat nak sampai ni 😢

To distract my thoughts, saya berbual dengan pokdi dari topik cita-cita, kehidupan, pokok, tumbuh-tumbuhan, pembalakan sampailah ke fitness tips.

Mujur masa itu dia ni rileks dan bersabar dengan saya yang bertatih-tatih ni, takut jugalah dapat guide yang panas baran dan anti geng kura-kura. Tuhan saja boleh balas budi dia. Saya nak bagi dia roti, roti pula terpenyek dalam beg.

Bonsai Basecamp

Masa nak dekat sampai di checkpoint Bonsai, Masya-Allah, Subhanallah, rasa macam mati hidup semula naik ke taman kayangan, cantik la tempat tu 😍.

Alhamdulillah, akhirnya saya, Rocky, dan Pokdi selamat sampai, lewat sejam dari tentatif asal yang tertera pukul 3 petang. Para pendaki pacak khemah dan bermalam di sini.

Apa jadi pada hari esoknya?

Bakal bersambung… di bahagian 2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top