Hikikomori- Perkataan dari Jepun ini merujuk kepada orang yang suka duduk rumah dan mengasingkan diri dari dunia luar. Trend gaya hidup dalam kalangan millennial ini pernah meletup di Jepun.
Saya pun jadi macam tu juga, mungkin kerana parut kesan daripada luka torehan dua ekor manusia yang pernah transit dalam hidup saya.
Saya jumpa mereka ni semasa tengah buat praktikal, di mana fasa awal pekerjaan yang ucap ‘Welcome to the real world’.
Manusia pertama bernama Mok, but she’s not so motherly seperti namanya. Perempuan sepet itu memang terang-terang tunjuk dia tak suka saya for whatever reasons.
Dia selalu marah saya, bagi jelingan maut, anggap saya macam halimunan, memulau saya dan bercakap dalam bahasa Cina dengan geng dia walaupun saya ada dengan diaorang. Yeah, she’s rude. Sangat.
Dia bukan rasis pun, sebab dia baik je dengan perempuan Melayu seorang lagi. Dia cuma tak senang dan tak suka saya. Itu je.
Saya cuba berbaik-baik dan ambil hati dia, namun I learned in hard way yang orang kalau tak suka, dia memang tak suka dan lebih baik kita jauhkan diri.
Manusia kedua pula bernama Zaidi. Dia orang pulau, ekstrovert dan agak kasar orangnya. Dan dia sangat anti dengan saya sebab katanya, saya suka berkepit dengan buku dan duduk diam-diam daripada berbual dengan diaorang (yang topiknya entah apa-apa dan rasa tak boleh masuk)
Mungkinlah diaorang ini tak suka saya sebab saya tak reti sangat bersosial, suka buat hal sendiri dan tak lasak macam mereka.
Saya tahu berbakul-bakul mereka mengumpat di belakang saya (sebab supervisor cerita).
Disebabkan supervisor faham yang saya langsung tak serasi dengan mereka, maka saya ditukarkan ke jabatan baru.
Di tempat baru, saya sibukkan diri dengan kerja. Habis kerja, saya tanya dan minta lagi tugasan baru. Bukanlah sebab saya rajin, tapi sebab saya nak lupakan kesakitan hati penangan dua ekor tu dan kesannya pada saya.
Walaupun dapat A untuk internship itu, hidup saya berpusing 180° dan affect perjalanan karier.
Semasa tahun akhir itu, saya aktif mencari kerja dan nak bina karier. Namun lepas internship tu, saya cuma berkurung dalam bilik, tak mahu percaya lagi pada sebarang impian.
Biarlah orang nak kata atau judge saya lembik ke apa, saya tetap validate emosi saya pada ketika itu. Kalau ada yang kata ‘orang lain lagi susah…’. Pada saya, cerita orang lain tu orang lain lah. Kenapa pula nak kena bertanding siapa lagi susah? Tahap resistance setiap orang kan tak sama?
Cerita-cerita ngeri tentang penjara dunia korporat- politik ofis, tikam belakang, kipas mengipas dan ‘what if kalau jumpa lagi spesies dua ekor tu’ turut meracun fikiran dan melumpuhkan pergerakan saya untuk mara ke masa depan.
Lepas tu ada pula yang keluarkan kenyataan yang ramai student cemerlang biasanya tak boleh survive in the working world sebab mereka cuma tahu baca buku. (Saya terasa sebab I was a dean list student and yeah, ulat buku).
Pada saya, kalau seorang ketua atau bos itu baik dan bijak, dia akan tempatkan atau bagi tugasan yang sesuai dengan anak buah dia, bukan pukul sama rata je.
Contohnya orang tu boleh berkomunikasi dan tarik orang, then letak lah bahagian sales, presentation ke atau jumpa klien. Kalau jenis kaki study, tempatkan di bahagian research ke atau bagi dokumen tebal-tebal, nah pergi duduk review sana. Setiap orang ada kelebihan dan fungsi masing-masing.
Tapi saya tak ambil pusing dah sebab saya sangat takut nak kerja full-time dengan orang. Selepas grad, saya terus sambung masters sebab nak larikan diri daripada dunia pekerjaan yang kejam.
Sambil buat masters, saya tak dapat lari daripada fikirkan soal future dan career planning. Hari-hari saya google ‘How to make money online’ dan belajar selok-belok dunia freelancing.
Saya suka freelancing sebab saya hanya perlu pleasing the client, kerja sendiri, tak perlu fikir soal persaingan dengan colleagues dan cakap soal kerja sahaja tanpa perlu huha huha atau melepak ramai-ramai dengan rakan sekerja.
Selalunya kalau berkumpul ke apa, mesti saya macam tak sabar nak balik, bukan lah sebab tak suka orang-orang dekat situ atau nak menyombong. It just… Saya selesa bersendirian with my thoughts.
Dari tahun 2016-2021 ni, boleh dikatakan saya memang banyak duduk rumah, WFH (Whatever From Home seperti shopping, blogging & working).
Sebab itulah semasa awal-awal MCO selama dua minggu pada tahun lepas, saya makan popcorn je tengok orang meroyan kebosanan tak tahu nak buat apa di rumah. Berkurung di rumah bukan norma baru tapi memang dah normal bagi saya. Entahlah, struggle orang lain-lain kot.
Tapi deep inside, saya bersorak jugalah sebab tak perlu jumpa sangat orang, salam-salam peluk berlaga pipi, pergi majlis, kenduri atau bersesak-sesak dengan orang ramai.
Saya pun tak adalah serius memanjang, ada juga hobi macam dengar lagu, layan movie, kartun, membaca, main game, bermanja dengan kucing, belajar skil baru dan blogging. Lepas tu buat correction pada tesis dan join program Glow Penjana under MDEC untuk teroka lagi tentang dunia freelancing.
Ini kalau saya tweet ‘Seronoknya PKP ni!’ memang jadi lauk, mampos kena kecam dan dilabel ignorant dan privileged.
Ramai yang mengeluh ekonomi teruk dan tak boleh kerja sebab MCO.
Netizen di laman burung biru itu kebanyakannya saya tengok ramai yang vokal, speak the Queen’s language, dan acah-acah meraikan keterbukaan.
Tapi ada juga sisi narrow minded diaorang terutama bila anggap yang semua orang kena duduk dalam bubble mereka dan aminkan je kata-kata majoriti. Kalau unpopular opinion atau lain sikit, terus nak hentam. Bangga sangat ke jadi savage?
Tapi tak dinafikan yang rasa gembira dan selesa duduk rumah itu bukanlah 24/7/356 ada, kadang saya rindu juga nak jumpa sedara mara di kampung. Berkumpul, bergosip dan makan bersama-sama.
MCO dan Covid-19 ini ajar juga saya erti rindu dan appreciate contact dengan manusia.
Begitulah bagaimana saya terjebak dengan gaya hidup Hikikomori ini.
Sebenarnya, saya tak mahu canang pun sisi vulnerable saya ini pada satu dunia web atau bagi orang tahu sebab buat apa nak dedah kelemahan dekat orang kan…
Kadang saya malas nak tunjuk kuku sebenar sebab dalam dunia yang serba judgmental ini, people can be so mean. Seakan tak ada ruang untuk unapologetically jadi diri sendiri walaupun dalam platform sendiri. Bila jadi sendiri, masih akan ada orang yang tak puas hati dan cuba bring you down.
Tapi memandangkan saya tengah berlatih jadi thick skin dan saya cuma manusia biasa, jadi saya cerita jugalah dan nak mencontohi seseorang.
Guy Kawasaki, seorang penulis, venture capitalist di Silicon Valley pernah kata, “Saya menulis buku ni bukanlah untuk tayang sisi hebat atau flawless hidup saya, tapi nak tunjuk mistakes yang saya buat supaya orang lain boleh belajar dan tak ulang.”
Sebelum ini saya jaga sungguh jari dan mulut daripada mengata, lepaskan angst dan jauh sekali keluarkan kata-kata kesat sebab tak nak merisikokan reputasi dalam dunia online ini.
Bila-bila masa je orang boleh Google nama kita, terutama majikan atau potential client yang stalk nak kenal kita ni jenis orang yang macam mana.
Seorang pegawai HR pernah cerita yang ada seorang gadis ni nampak elok dan perform, tapi tak jadi diambil bekerja sebab mereka terjumpa tweet “zccccbnnmbgg :@@#׶!” wanita tersebut.
Saya setuju yang moral cerita tersebut adalah kita kena jaga tingkah laku dan elakkan tunjuk perangai yang tak semenggah dekat public.
Pada masa yang sama, sekiranya orang seperti pegawai HR itu stumble dengan blog post saya ini, reluctant nak bagi job just because tak suka personaliti saya, bukan hasil kerja, maka saya lepaskan je la orang begini…
Dua ekor manusia yang saya benci sangat tu telah ajar yang saya tak boleh nak entertain semua orang di planet bumi ini.
Dan rezeki Allah luas dan tak bertepi.
Saya bitch about dua ketul manusia itu sebab nak buang bongkah batu yang memberati kepala saya dan berdamai dengan masa lalu.
Mereka pun dah tak ada di tempat intern itu, dan dengar cerita si Zaidi itu buat hal.
Kehadiran mereka yang tak diundang dalam hidup saya pun, bukanlah saja-saja tapi sebagai pengajaran dan pelajaran.
Sekurang-kurangnya mereka jelas tunjuk tak suka dan layan saya macam sampah. Bagaimana pula dengan orang yang benci dalam diam tapi berpura-pura baik depan saya? Itu lagi bahaya.
Adakah saya blame diaorang sebab membuatkan saya menutup pintu untuk manusia? Tidak, berada dalam cangkerang Hikikomori ini saya yang corakkan sendiri.