Akhirnya Sampai Ke Gramedia!

Jarum jam terasa berdetik perlahan. Ahad itu merupakan hari terakhir kami berada di Padang, Indonesia. Luasnya negeri ini membuatkan perjalanan ke Gramedia di Kota Padang mengambil masa hampir dua jam. 

Kalau tak singgah kedai buku tu, saya nak merajuk!

Gramedia merupakan sebahagian daripada Kompas Gramedia Group, gergasi media di Indonesia yang turut memiliki akhbar Kompas,Kompas TV, dan pelbagai saluran media lain.

Pengasasnya merupakan dua sahabat yang bergiat dalam kewartawanan dan bersama-sama mahu mengembangkan dunia pendidikan di Indonesia. Mereka adalah Jacob Oetama dan Petrus Kanisius Ojong.

Tahun 1970-an

Kedai pertamanya didirikan di daerah Gajah Mada, Jakarta Pusat. Pada mulanya, Petrus Kanisius Ojong yang mengurus kedai ini di samping mengendalikan majalah Intisari-sebuah majalah ala Reader’s Digest (1963) dan harian Kompas (1965). 

Namun sepeninggalan sahabatnya pada tahun 1980, Jacob Oetama sempat pening bagaimana nak urus bisnes itu kerana tidak begitu tahu menahu soal pengurusan perniagaan. Berkat kecekalan dan niat yang murni, dia mula mengasah skil keusahawanan dan Gramedia berkembang ke hampir pelosok Indonesia.

Meskipun kini dikenali sebagai rangkaian kedai buku terbesar di Indonesia, pengasasnya masih membumi dan berpegang pada visinya iaitu memandaikan masyarakat Indonesia dan membuka jendela dunia menerusi buku. 

Gramedia juga kerap mengadakan acara pelancaran buku, bengkel seni, dan seminar literasi untuk mempromosikan budaya membaca.

Di Gramedia Padang, Disember 2024 

Setibanya di Gramedia, kami hanya diberi masa 30 minit—hanya untuk masuk, pilih buku, bayar, dan keluar. Tidak hanya buku, barangan gaya hidup lain seperti alat muzik dan gym turut dijual. 

Bangunan kedai buku tiga tingkat itu bagai taman labirin, membuatkan saya terasa seperti sukar mencari jalan keluar.

Rak-rak buku yang tersusun kemas seperti tembok tinggi, seolah-olah mengundang saya untuk tenggelam dalam dunia aksara. Meskipun saya telah membuat senarai buku yang ingin dibeli pada malam sebelumnya, sensasi browsing di Gramedia tetap sukar untuk dilawan. 

Saya biasa membeli buku Gramedia melalui Shopee, tetapi ada judul tertentu yang tiada di platform tersebut. Antara sebab saya begitu menggilai buku-buku Indonesia adalah:

  1. Kulit buku yang comel dan estetik, lagi-lagi kalau konsep watercolour painting. 
  2. Kandungan yang penuh pesan moral dan mengajarkan erti kehidupan.
  3. World-building serta jalan cerita yang unik.
  4. Gaya bahasa yang page-turner dan selari dengan citarasa saya.
  5. Tidak terlalu tebal—ideal untuk masa dan tumpuan yang terbatas di era digital ini.
  6. Karya-karya terjemahannya pun best.

Di kedai itu, saya lebih mencari karya terjemahan dari Jepun, Korea, dan Indonesia—judul-judul yang jarang ditemui di pasaran Malaysia. Buku-buku ini seringkali terasa dekat di hati, menjadi sumber escapism, dan mengangkut saya ke negara-negara yang saya belum jejak lagi. 

Semasa tulis blog ini, buku-buku yang dibeli di Gramedia ada di library office, malas nak pergi snap gambar hehehe.

Saya beli novel Jepun tentang thrift shop

Saya tidak mencari buku Hamka, Tere Liye, atau Andrea Hirata kerana lebih suka menyokong perniagaan tempatan dengan membeli karya mereka melalui Jejak Tarbiah.

30 minit terasa terlalu singkat, tetapi saya cuba belajar untuk berasa cukup dan bersyukur. Setidaknya, saya berpeluang menjejakkan kaki ke Gramedia—lebih baik daripada tidak langsung.

Suatu hari nanti, insya-Allah mungkin saya akan kembali… ke Gramedia cawangan negeri lain pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top