Soto Padang,Teh Talua & Es Jeruk

Pengembaraan kulinari kami bermula ketika bersarapan di warung Soto Angkasa, sebaik sahaja tiba di Padang, Indonesia. 

Peta Indonesia sebesar dinding terpampang berhadapan pintu masuk, menyedarkan saya angan-angan untuk memburu dan merasai juadah di negara Garuda  ini jadi suatu hakikat, makanan amat dekat dengan memori dan budaya setempat tau.  

Ayah Su Mansor kata sedap giler makan di Indonesia

Soto

Sejak di Malaysia lagi kami sudah berangan nak makan soto Indonesia yang dikatakan ada 16 jenis soto.  Ekspektasi kami yang setinggi angkasa terhadap Soto Padang mendarat ke realiti apabila hidangan disajikan.

Ter-culture shock sekejap melihat sotonya dimakan bersama nasi dan keropok, biasanya makan dengan nasi impit.  Tetapi boleh juga makan dengan mihun. 

Gambar soto yang saya tangkap

“Sedap! Macam yang Mok Teh (makcik saya) buat.” kata ibu sambil diangguk ayah dan saya. 

Kuah Soto Padang ini biasanya dibubuh pati lembu dengan bahan hirisan daging lembu yang telah digoreng kering. Ada juga pilihan ayam untuk orang yang tak makan daging merah seperti saya. 

Gambar hiasan yang lebih presentable dari Canva

Di Kota Padang, soto ini lazimnya dinikmati sebagai hidangan sarapan pagi dan sering dipadankan dengan teh talua sebagai pelengkap.

Teh Talua

“Ada sesiapa nak rasa teh talua?”

Seisi meja termenung dan ada yang terus menggeleng kepala apabila dengar teh talua ini sebenarnya teh telur. Tak biasa dengar dan rasa air ni. 

Minuman ini masyhur di rantau Sumatera Barat, terutamanya dalam kalangan petani dan pekebun sebagai minuman tenaga. 

Lazimnya, ramuannya adalah air teh, gula, kuning telur ayam kampung dan perahan limau nipis (optional). 

Kuning telur akan dipukul bersama gula hingga berbuih, menghasilkan buih yang lembut, kemudian teh panas dituang di atasnya. Kadang-kadang, susu pekat manis atau perahan limau nipis ditambah untuk memberikan rasa yang lebih menarik.

Saya tidak melepaskan peluang untuk mencicip sikit dengan sudu apabila ditawarkan Kak Yati yang duduk di meja sebelah. Rasanya macam teh tarik lemak berkrim masam. 

Es Jeruk

Pilihan minuman lain adalah es jeruk atau air limau ais. Rasa macam Tan Sri Megah Holding pula bila pagi-pagi dah pekena jus oren segar. Bezanya dalam drama TV, jus orennya sering tak habis diminum kerana Tan Sri sibuk nak pergi ofis untuk mesyuarat projek juta-juta. 

Di sini, habis licin gelas sebab sedap giler! Memang diperah buah limau segar termasuk air tangan si pembuatnya barangkali. Cuma rasanya manis sangat, tak cukup diabetis, kena diapeha pula kalau minum hari-hari melainkan buat kerja-kerja berat seperti bercucuk tanam. 

Saya tak pasti lah kat mana mereka tanam limau ni, tetapi boleh dikatakan minuman sejuk ini ada di mana-mana restoran, malah 4 hari 3 malam kami minum ini. 

Rasa rindu pula es jeruk bila taip ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top