Idea Bisnes Kambing
Kambing akan buat anda bankrap. Atau kambing juga bakal menguntungkan anda.
Pilihan ada di kedua-dua tangan.
Sejujurnya saya takde kambing. Cuma pernah tengok saudara-mara bela (dari yang berjaya sampai lingkup) dan main dengan kambing jiran di kampung je.
Namun saya tetap rasa usaha ternakan dan perniagaan kambing ini istimewa.
Di samping mengikut teladan Nabi Muhammad SAW, nabi-nabi dan rasul terdahulu , mengembala kambing juga boleh melatih sifat tanggungjawab,tabah dan sabar. Sabar dengan perangai kambing, cuaca panas dan tabah menanti hasil daripadanya.
Memelihara haiwan ternakan ini tidak mudah, namun jika dibuat dengan betul dan penuh minat, insya-Allah boleh jadi aset dan pelaburan yang bagus.
Bila sebut perniagaan kambing, biasanya ramai orang terbayang penjualan kambing hidup dan daging. Tapi di bawah ini ada juga idea income streams daripada kambing yang bestnya kalau boleh buat:
#1 Sabun Susu Kambing
Di luar negara, sabun susu kambing mendapat permintaan yang tinggi kerana khasiatnya seperti membersihkan dan melembabkan kulit. Tambahan pula, industri kecantikan sentiasa mendapat tempat kerana orang ramai khususnya wanita suka terlihat cantik.
Jika terdapat lebihan susu kambing ternakan anda, boleh belajar buat produk sabun organik sendiri dengan rekaan yang menarik.
Kemudian, jual sabun susu ini di festival, pesta, kedai atau secara online. Apabila sudah mahir, boleh buka kelas untuk ajar orang lain yang berminat pula.
#2 Jual Daging Kambing/Kambing Hidup
Selain turut dijual untuk aqiqah dan korban, boleh juga target pengusaha restoran, katering, pengusaha kambing perap, kambing golek/bakar atau orang persendirian yang mahu buat kenduri.
Di samping itu, boleh juga supply kambing kepada penternak lain. Untuk kambing hidup, YouTuber ini kata untuk beginner mungkin boleh cuba jual/beli anak kambing dulu.
Boleh research baka kambing apa yang elok dan bagus menurut spesifikasi anda misalnya nak cari yang jenis banyak mengeluarkan susu, bulu atau daging.
#3 Pelancongan- Airbnb Dengan Kambing
Orang bandar sanggup bayar tiket masuk ke farm petting zoo untuk tengok haiwan ternakan.
Dapat gosok kambing mungkin boleh jadi pengalaman yang mereka tak boleh lupa. Masa pergi Kundasang dulu saya sendiri pun excited bagi kambing makan rumput, padahal berlambak je kat kampung.
Sekiranya anda mempunyai ladang yang cukup besar dan indah, boleh buka untuk lawatan sambil belajar kepada para pelajar, contohnya demo cara perah susu kambing. Ataupun mengadakan acara seperti parti hari jadi malah majlis kahwin tema farm!
Satu lagi buka pusat penginapan dan sewakan di platform Airbnb seperti di luar negara ini supaya pengunjung dapat merasai pengalaman bermalam dan bersarapan bersama kambing di ladang.
#4 Servis Pengurusan Kambing
Bila anda sudah biasa dengan kambing, boleh guna pengalaman dan kemahiran anda untuk bantu orang yang berminat nak bela kambing juga.
Contohnya mungkin tuan punya kambing itu balik kampung ke, bercuti atau tinggal di luar kawasan, bekerja makan gaji dan bela kambing secara sambilan dan tercari-cari orang untuk tolong menjaga kambingnya.
Macam buka nursery atau taska kambing ke, caj mahal sikit sebab bukan senang nak mendidiknya supaya jadi kambing yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
#5 Buat Tutorial & Konten Internet
Jika anda berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam perniagaan kambing, sudah sampai masanya anda turut buat duit dengan berkongsi ilmu dan kepakaran anda. Misalnya jadi coach atau tenaga pengajar kursus-kursus jangka pendek, bengkel dan sebagainya.
Dengan dunia digital sekarang, anda turut boleh buka channel YouTube (monetize daripada Google adsense) atau akaun TikTok untuk kongsi tips bisnes ternakan, gelagat kambing atau perkara di sebalik tabir industri ternakan. Percaya tak, ramai giler orang suka konten yang mendidik begitu seperti yang dibuat oleh penternak kambing di Malaysia ini..
Apa yang penting, anda boleh bagi informasi bernilai di internet. Jika camera shy atau malu terkinja-kinja di depan kamera tapi suka menulis, dicadangkan buat blog dan e-book tentang kambing.
Baca lagi: Blog Masih Relevan? 3 Sebab Blog Penting Untuk Bisnes Anda
Baca lagi: 7 Jenis Peluang Kerja Dalam Bidang Penulisan Online
Contohnya penulis e-book bernama Mohamed Farid Sulaiman ini. Dia minat tentang usahawan tani dan research tentang penternakan kambing sampai jadi e-buku. Malah contoh kertas kerja projek permohonan pinjaman ternakan kambing pun dia bagi!
Pelaburan Kambing
Apabila sebut tentang pelaburan, mesti ramai terfikir saham, hartanah, startups IT, kripto dan sebagainya. Jarang dengar pelaburan dalam usahawan tani. Sedangkan sumber makanan inilah yang orang cari hari-hari.
Saya tertarik dengan perkongsian seorang netizen Malaysia di YouTube bagaimana dia ‘melabur’ dalam bentuk ternakan kambing. Perkongsiannya terima banyak likes sebab boleh tahan rare juga caranya lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda.
Sebelum invest ribuan ringgit, Warren Buffet, antara pelabur terkaya di dunia pernah kata “The best thing to do is invest in yourself.” Katanya lagi, apa-apa yang boleh improve diri, buat je. Salah satunya adalah dengan membaca.
Bagi yang berminat dengan perniagaan kambing tetapi zero bab ni, saya rekomen e-book tulisan Mohamed Farid Sulaiman ini. Dia kongsi dari A sampai Z termasuk cara buat kandang, modal dan sumber kewangan serta baka kambing.
Harganya dalam RM 60. Bagi saya pelaburan untuk ilmu ini tidak sia-sia, sama ada boleh menyelamatkan bakal usahawan kambing daripada kerugian RM 6,000 atau membawa pulangan RM 60,000 bila belajar daripada pengalaman orang lain.
Untuk dapatkan e-book ini, boleh klik sini atau gambar rahsia kambing di bawah:
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.
Kalau jadi pengembala pun kira masyuk dah tu