Era 1990-an, New York.
Selepas menikah, ayah aku dihantar bertugas ke New York untuk projek pembinaan. Diceritakan ibu aku menangis nak ikut lalu turut diterbangkan ke sana. Pasangan pengantin baru itu berumah tangga di sebuah apartmen studio berhampiran bangunan pejabat United Nation dan pawagam.
Selepas bye bye suami tercinta pergi kerja naik subway atau bas, ibu tidak melepaskan peluang berjalan kaki meneroka kota Big Apple itu. Antara perkara yang dilihatnya adalah orang beratur panjang, ingatkan nak beli tiket bas rupanya nak beli tiket filem ‘Jurassic Park’ yang pertama kali ditayangkan waktu itu.
Kemudian ditemuinya municipal court yang boleh ditonton menerusi TV, contoh kes yang dibicarakan termasuk anjing masuk ke dalam rumah jiran dan gigit kasut.
“Weh bengonglah! Takdok kat kampung aku gini, kalau ada dah lama diangkutnya lembu-lembu naik lori pergi mahkamah sebab masuk tanah orang.” Ibu ketawa 🤣
Kalau baca artikel USA Today, ada juga kes-kes mat saleh kat mahkamah yang bunyinya bodo-bodo macam kes sandwich Subway tak cukup panjang, air Red Bull tak menjanjikan tenaga lepas minum, burger takde cheese pun kena saman dan penculik saman mangsa culik sebab buatkan dia masuk lokap.
Bila tempat padat penduduk macam tu, memang macam-macamlah ragamnya.
Tengah shopping di supermarket, ibu terdengar seorang wanita membebel kepada anaknya. Apa yang membuatkan ibu menyapanya adalah wanita itu kecek Kelatey di tengah-tengah lautan New Yorkers ni! Betul lah kata orang, Kelantanese ni memang ada di mana-mana.
Kata ibu, orang Kelantan memang kena keluar mengembara dan cari rezeki di luar atas sebab-sebab yang agak sensitif untuk diceritakan sebab dah masuk syarahan bab politik, ekonomi dan sosial pula nanti.
Semasa cuti, ibu ayah and the geng buat road trip merentas Kanada lalu di Air Terjun Niagara. Zaman tu memang harapkan buku peta untuk tunjuk jalan, Google map dan waze belum wujud lagi.
Tidak lama berada di NYC, roh aku pun ditiupkan ke jasad kecil di dalam rahim ibu. Walaupun made in New York, mata aku tak warna biru pun. Aku tetap berdarah kacukan Terengganu-Kelantan.
Sekian sepotong memori ibu & ayah aku di New York. Aku asyik menceritakan kisah pengembaraan orang dalam blog ni. Entah bila aku boleh merasainya sendiri, jika dapat menjejakkan kaki ke kota yang tak pernah tidur ni, aku nak explore muzium dan kedai buku kat sana.
Semasa menuntut publishing studies di UM atau baca novel, aku dapat info NYC ni kota penerbitan dan buku. Kebanyakan American yang nak jadi penulis kejar impian mereka di sana. Malah dikatakan lebih ramai penulis daripada pembaca di New York!
Selain bertempat ibu pejabat organisasi terkenal dunia dan pencakar langit, ada satu lagi binaan yang jadi mercu tanda kota ini iaitu Statue of Liberty, simbol kebebasan. Sedikit fun fact tentang Lady Liberty ini:
#1 Merupakan hadiah dari Perancis, Gustave Eiffel yang buat Menara Eiffel turut terlibat dalam projek pembinaannya
#2 Nyaris diletupkan perisik Jerman semasa Perang Dunia Pertama
#3 Terdapat kotak rahsia yang ditanam dibawahnya. Menurut scholastic, ia mengandungi potret pereka, 20 medal gangsa dan Perlembagaan AS
#4 Sama macam manusia, wanita batu gergasi yang tak pernah lenguh pegang obor ni turut ada rangka di dalamnya. Tulang belakang diperbuat daripada besi dan ada tangga di dalamnya. Bahagian mahkotanya pula sebenarnya tingkap.
Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.
Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing.