Zon Maut Di Puncak Gunung Everest

‘Sedihnya kalau mati beku sorang-sorang di atas puncak Gunung Everest tu.’

Itulah yang dirasakan semasa tonton dokumentari Netflix berjudul ’14 Peaks: Nothing Is Impossible’ yang Zahariz rekomen. 

Rancangan docu ini memaparkan Nirmal Purja @ Nims, seorang lelaki Nepal yang menawan 14 puncak gunung tertinggi di dunia bersama pasukannya. 

Projek ini dipanggil ‘Project Possible’ walaupun nampak impossible sebab semua gunung yang dipanjat tu tinggi lebih 8,000 meter dan ada zon maut di puncak sebab paras oksigen makin kurang. 

Namun perkataan ‘Mustahil’ dan ‘Putus Asa’ seakan tiada dalam kamus hidup Nims. 

Persiapan Mental & Fizikal

Nims diceritakan berasal daripada keluarga susah, bapanya seorang Gurkha iaitu tentera dari Nepal yang direkrut oleh British zaman dulu. 

Tentera Gurkha ni terkenal berani, setia dan professional. Kuah memang tumpah ke nasi apabila Nims ikut jejak langkah bapanya jadi tentera elit di UK. 

Dia satu-satunya warga Nepal yang terpilih. Usahanya bukan biasa-biasa untuk masuk situ. Setiap hari pukul 3 am, dia bangun untuk jogging berkilo-kilometer jauhnya, berenang dan pelbagai aktiviti fizikal yang dia buat untuk fit. 

Ketika bertempur di medan perang, dia nyaris mati apabila peluru sniper musuh sikit lagi nak kena dia tapi melencong ke lain. 

Ternyata pengalaman-pengalaman ekstrem inilah yang jadi persiapan Nims untuk tawan gunung. 

Hati Seorang Isteri

Kata Nims, mental isterinya kuat. Namun air mata wanita itu tetap gugur sewaktu di airport untuk melepaskan suami ke Project Possible. 

Ramai kawan isterinya tanya, bagaimana dia nampak kuat? 

“Jika asyik memikirkan Nims, saya akan murung. Saya tak mahu mengalihkan arah hidupnya.” kata isteri Nims. 

Tabah betul dia. Kalau aku pun, mungkin kering air mata ni jika my future husband nak buat perkara yang berisiko tinggi untuk tempah awal tiket ke alam barzakh. 

Tetapi kerana sayang and tak nak clip his wings, mungkin harus relakan juga. 

Life Lesson Untuk Aku

“Dia mati di pangkuan saya. Saya tak pernah tinggalkan siapa-siapa di belakang.” kata Nims dengan lemah kepada isterinya menerusi telefon. 

Tangisannya juga pecah dalam dingin salji kerana dia berasa gagal menyelamatkan pendaki lain di gunung itu. Rakannya suruh dia tinggalkan mayat tersebut dan teruskan hidup. 

Sebelum itu, setiap saat dikira semasa dia bertungkus lumus bekalkan oksigen dan cuba bawa turun pendaki yang tenat itu. 

Dari situlah aku belajar bahawa masa ini ibarat nyawa, takkan kembali bila dah berlalu. Hargai masa yang ada ini untuk cekal merealisasikan impian dan matlamat tanpa mengalah. 

Pasukan Nims pernah hampir putus asa, tetapi Nims tetap teruskan juga sampai projeknya jadi. 

Mungkin betul la quotes yang aku pernah baca dulu, “Bukan gunung yang kami tawan tapi diri sendiri.”

Sekiranya anda nak baca nukilan saya lagi, boleh subscribe channel zafirahzapri.com di Telegram atau klik gambar di bawah. Saya akan update artikel terbaru bersama perkongsian pengalaman, perspektif dan pendapat saya di situ.

Topik; lifestyle, business, kerjaya, perhubungan, makna kehidupan dan apa-apa topik berkaitan digital content & marketing. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top