Bercinta Bagai Nak Rock

Di dalam kereta, berkumandang lagu rock era 90-an dulu-dulu. Lalu ibu pun buka cerita bahawa penyanyinya mati usia muda dan sebenarnya bekas jiran kami masa di KL dulu.

“Abang Shah**, nyanyi lagu rock satu!” begitulah demand sepupu ibu yang masih belia remaja ketika itu setiap kali bertandang ke rumah dan jumpa penyanyi tersebut.

Shah berkahwin dengan Ina** dan rumah mereka sebelah rumah ibu di kawasan kejiranan rumah teres itu.

Siang hari, pasangan suami isteri ini bekerja, Ina lawyer manakala Shah tak tahu kerja apa, tapi malam-malam si suami pergi jamming atau menyanyi di kelab-kelab.

Tak tahulah apa punca, tapi selalu dengar laki bini ini bergaduh dah level-level baling pinggan mangkuk kain baju. Mungkin tidak senada dan seirama dalam melagukan cinta halal.

“Tak malu ke jiran sebelah dengar ni? Orang lain kahwin juga tapi aman je hidup!” leter Kak Ton**, mak Ina yang tinggal di depan rumah mereka.

Kadang Kak Ton ceritalah ke ibu, apa nak jadi dengan anak menantunya ini, masa bercinta lain, lepas kahwin lain jadinya. Akhirnya melodi cinta antara Shah dengan Ina dinoktahkan dengan penceraian.

“Yalah, mula-mula pun Ina mungkin seronok dapat bercinta dan kahwin dengan artis penyanyi rock. Lepas kahwin baru sedar rupanya realiti itu sekeras rock (batu).” Ibu tutup cerita selari berakhirnya lagu yang bergema dalam kereta tersebut.

Sesebuah perhubungan itu ada complexities tersendiri, dan fantasi romantik dengan real-life punya cabaran memang kontra lah. Baik orang awam mahupun orang glamor, excitement of love itu expired bila hadapi rutin tanggungjawab harian dan gaya hidup serta mentaliti.

**Bukan nama sebenar

*Disclaimer: Cerita ini hanyalah sebagai refleksi hidup, bukan untuk judge individu terbabit.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Tekan butang share :)

error: Content is protected !!
Scroll to Top